HCE 4

5.4K 488 22
                                    

(media: dark purple- angry)

"Ayen!!!!! Ada orang nelpon kamu ni!Bingit banget telinga mak Leha dengar daripada tadi enggak henti henti bunyi deringannya!"

Aryan yang sedang baring di atas pelampung terus tergolek jatuh ke dalam air akibat terkejut dengan terjahan mak leha.

"Ish mak Leha ni! Terkejut Ayen!"

Aryan berenang ke arah tangga lalu panjat untuk mengambil Ip nya yang tak berhenti henti minta diangkat.

"Memekak betullah" dia mendengus perlahan.

Nama yang tidak putus putus memanggilnya tadi ditatap.
"Ada jugak yang kepala yang kene humban dalam jamban sat gi."

Dia menekan button hijau apabila pemanggil itu menelefonnya semula.

"We br....."

"Woi! Kau nak apa call aku! Tau lh mak bapak kau tu kaya sampai nak tinggikan lagi bill fon kau tu! Memekak je kau tau tak?! Ha! Kau nak apa?!" Herdik Aryan.

"Kau pahal emo? Period ke? Mengalahkan perempuan. Aku nak ajak kau pergi lepak dekat cafe si Ris tu pun ada sekali. Nak ikut tak?" Ajak Neal.

Neal langsung tidak ambil hati bila diherdik. Bukan selalu dengar Tengku Aryan Rykyle kita ni cakap panjang panjang.

Lagipun mereka dah berkenalan dari kecil sampai besar muka Aryan jugak yang dia kena hadap sampai ke tua nanti.

"Ok." Itu sahaja yang di balas oleh Aryan.

Neal yang disebelah sana sudah meng'roll' kan matanya. Menyampah.

"Mak Leha! Ayen nak keluar dengan kawan! Nanti mama dengan papa dah balik tolong bagitau diorang eh?" Pesan Aryan kepada orang yang menjaganya. Tuala yang disangkut di palang pondok di ambil lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

Di dalam biliknya, Aryan hanya mengenakan T-shirt putih dan seluar jeans berwarna hitam.

Kunci kereta di atas meja belajarnya di ambil dan terus menuju ke luar.

Pintu kereta di buka sambil tangan sebelahnya meng'scroll' instagram.
Dia masuk dan duduk di tempat memandu. Otaknya ligat memikirkan nama ig seseorang.
Aryan mencuba nasibnya dengan menaip 'AryannaRaisya' di tempt search.

"Damn! Tak ada! Ke perempuan tu memang tak ada IG. Hidup zaman purba ke apa minah ni." Bebelnya seorang diri.

Kemudian dia termenung seketika. Seolah olah dia baru sahaja sedar apa yang dia lakukan daripada tadi.

'Kenapa aku sibuk nak cari pasal perempuan tu? Eh kau dah sewel ke? Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni!!'

Aryan mengetuk kepalanya beberapa kali di stereng. Aryan wakeup!
Dia menurunkan handbrake lalu kereta mercedes miliknya itu laju sahaja membelah jalan raya.

***

"Terima kasih. Datang lagi." Aryanna mengeluh seketika. Rasa bersalah mula meresap di dalam jiwanya. Mana taknya, bila customer senyum padanya, Aryanna hanya mampu memberikan tundukan sahaja.

Kebetulan pula Encik Khairul iaitu pemilik cafe ini lalu di hadapannya. Nampak gaya macam boss nya itu mau keluar. Segera Aryanna mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Encik Khairul.

"Boss.." dia memandang encik khairul dengan perasaan gemuruh yang menyelubungi dirinya.

"Ya Aryanna?" Sahut bossnya. Memang Encik Khairul ni baik orangnya, tapi rasa bersalah pula nak minta gaji awal.

Her Colourful EyesUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum