Prolog

25K 968 12
                                    

PEMANDANGAN malam kota Venice, Itali membuatkan Luna terbuai seronok dengan angin bayu yang menyapa wajahnya di balik tingkap. Benarlah kata orang, kota Venice sememangnya kota romantik sepertimana Paris, dan Florence.

Non c'è niente di meglio che godersi la bellezza della notte a Venezia.

(Tiada yang lebih baik daripada menikmati keindahan malam di kota Venice.)

Namun tidak sesekali Luna lupa apa tujuan asal dia ke sini. Menjejakkan kaki ke tempat orang yang beribu batu jauhnya dari tanah air sendiri. Tujuan itu adalah kerana ingin melupakan kisah silam yang mematikan hati.

Luna memejamkan matanya perlahan sebelum membuka semula dan tersenyum sekilas. Walaupun ini semua dikatakan sebagai satu pelarian namun Luna tetap utuh dengan kehendaknya.

Lagipun, dia sudah selesa dan biasa dengan Itali kerana sudah tiga tahun dia bermastautin di sana malah dia turut bekerja sebagai pakar psikologi di sebuah hospital swasta dan jurubahasa sambilan di syarikat pelancongan milik orang Malaysia di Venice.

Itu semua sudah cukup untuk menjadi alasan mengapakah dia tak mahu untuk pulang ke tanah air dan menjalani kehidupannya di sana semula.

Knock! Knock!

Saat dia termangu sendiri di balik tingkap, ketukan pintu apartmen mengejutkan dirinya sedikit.

Dia berjalan ke arah pintu apartmen itu lantas berdiri di hadapannya sebelum membuka pintu. Dia melihat dari skrin kamera keselamatan yang disediakan.

Ada seseorang yang sedang berdiri di belakang pintu apartmen itu. Luna rasa sesuatu. Seperti dia kenal susuk tubuh badan individu itu.

Pintu dibuka perlahan. Dia mula menyoal.

"Sì? Chi stai cercando?"

(Ya? Cari siapa?)

Individu itu tersenyum sinis sebelum dia menoleh ke arah Luna.

"Sto cercando Arluna Aurell binti Rizal."

(Aku cari Arluna Aurell binti Rizal.)

Luna terkejut. Individu itu masih tersenyum sinis.

"Ciao baby girl! Ti manco?" soalnya.

(Hai, baby girl! Rindu aku?)

Lantas, dengan pantas Luna menutup pintu itu. Dia berjalan mengundur malah menyuruh lelaki itu pergi.

"No, sei la persona sbagliata. Non ti conosco."

(Tak, kau salah orang. Aku tak kenal kau.)

Di balik pintu, lelaki itu tersenyum sinis kemudian mengetuk pintu sekali lagi.

"Baby girl, buka pintu ni please...? I cuma nak jumpa you aje."

Luna menggeleng. "Aku tak nak jumpa kau. Aku tak nak! Kau pergi balik!"

Lelaki itu diam. Kemudian suaranya naik oktaf.

"Arluna Aurell, buka pintu ni. Aku minta kau buka pintu ni dengan cara baik."

"Pergi balik, Adriel! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau tak faham bahasa ke?!" marah Luna.

"Okey kalau kau tak nak buka pintu, aku akan tendang pintu ni sampai pecah lepas tu you know what will happen."

Luna diam. Adriel sudah ke belakang untuk sedia menendang pintu apartmen Arluna Aurell.

"Satu..."

"Dua..."

Luna masih tidak membuka pintu itu. Adriel mengeluh.

"Tiga!"

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon