Bab 20

7.6K 384 11
                                    

"BAHAGIAN mana yang you tak boleh nak faham hah Ricky? Dah beratus kali dah I cakap yang I am not going to be yours. Apa yang buatkan you susah nak faham ni?!"

Ricky mengeluh. Hari ini dia kembali ke pejabat Arluna untuk berbincang mengenai hubungan mereka namun akhirnya terjadi pergaduhan yang disebabkan oleh Ricky yang gemar memaksa.

"I tak faham sebab I tak boleh terima you tolak I semata-mata kerana Adriel..."

"Jangan!" arah Luna.

"Jangan you cuba nak sebut nama dia kat sini. Dia tak ada kena mengena langsung dengan hal kita! You tu aje yang payah nak faham!"

"Just give me a chance to prove that I am the right person to be yours, Arluna Aurell. Just a single chance! You will not regret it."

"Ricky..." kata Luna.

"You adalah lelaki yang baik, setia, sanggup buat apa saja demi orang yang you sayang. Ya, I tahu semua tu dan I nampak semua tu tapi I bukan perempuan yang selayaknya untuk you. You akan berjumpa dengan perempuan yang lebih menghargai, mencintai diri you seadanya. I'm not that woman. How hard I try, I still can't accept you as my lover."

"You bagi alasan apa ni? So sekarang ni you nak cakap I terlalu baik untuk you? Eh, kenapa semua perempuan suka guna ayat tu eh? Dah tak ada ayat lain ke bila nak tolak orang?"

"Tak, Ricky! You memang baik dan I tahu you baik tapi hati I tak ada untuk you. I tak boleh nak paksa hati dan diri I untuk sayangkan you sedangkan kalau I buat macam tu, kita takkan bahagia."

"Dalam suatu hubungan, kunci kebahagiaan hubungan itu adalah kebahagiaan yang datangnya daripada dua orang yang saling mencintai antara satu sama lain."

"Let's say if both of us are in relationship... you love me with all your heart and I just pretend to love you... who will be hurt?" soal Luna.

Ricky diam.

"Who will be hurt, Ricky?" soal Luna lagi.

"Me." jawab Ricky sepatah.

"Why are you hurt?"

"Because the love you showed me is just a fake love."

"See? Dalam hubungan tu nanti yang tak bahagia adalah kita. Dari mana datangnya bahagia kalau I sekadar berpura-pura dan bagaimana nak bahagia kalau you saja yang bertepuk sebelah tangan?"

"Ricky, I tolak cinta you bukan sebab you terlalu baik untuk I. I tolak cinta you sebab I tak mampu nak cintakan you sepertimana you cintakan I. Cinta you pada I sangat besar tapi I tak boleh terima sebab ada yang lebih layak untuk terima cinta tu berbanding I."

"Lepaskan lah I dalam hidup you, Ricky. You sendiri yang akan terseksa kalau you masih berharap pada I. I minta maaf sebab lukakan hati you tapi tulah kenyataannya."

Ricky diam. Dia kelihatan hampa namun Luna tidak mahu ambil peduli. Dia buat tak faham saja demi mengajar lelaki itu.

"Enough with the conversation. I have to attend the meeting right now and you should get back to work. Nanti papa bising pulak!"

~~~

USAI habis mesyuarat bersama para pekerja, Arthur Diandro perasan bahawa anak perempuannya tidak banyak memberi tumpuan semasa bermesyuarat. Dia hairan kerana tidak pernah melihatnya anak begitu.

Selalunya Arluna Aurell sentiasa bersemangat dan fokus dalam kerja.

"Girl, are you okay? Do you have something to share about?" soal Arthur.

Risau juga jika Luna ada sesuatu yang menyusahkan dirinya.

Luna senyum sekilas. Dia menggeleng.

"Nothing, papa." jawabnya.

Arthur tersengih saja apabila Luna berkata begitu. "Duh... the answer is too cliche. Ingat ni drama Melayu ke?"

Luna senyum ketawa apabila papanya berkata begitu.

"Eh, macam mana tahu tu jawapan drama Melayu? Papa bukan tengok pun cerita Melayu."

"Siapa kata papa tak tengok? Hei, ini zaman internet tau! Walaupun papa duduk di Itali, papa tetap layan drama Melayu di YouTube dan Netflix tau."

Amboi... orang tua ni! Advance betul guna Internet.

Luna menggeleng. Perangai papa pun kekadang masuk air juga!

"Tapi serius... anak papa ni tengah ada masalah ke? Tak nak share dengan papa?"

Luna diam. Entahlah nak share atau tak sebab dia sendiri pun jarang sangat nak share masalah sendiri dengan orang lain. Dari dulu lagi macam macam tu.

"Okey, papa rasa papa dah tahu apa masalah Luna yang sebenarnya. Ini mesti sebab Ricky dan Adriel kan? Luna tak tahu nak pilih siapa di antara mereka." teka Arthur walaupun sebenarnya dia sudah tahu.

Bila bercakap soal Arluna Aurell binti Rizal alias Arthur, itu sajalah masalahnya iaitu berkenaan dengan cinta, hati dan perasaan.

Tersangatlah cliche!

Luna memandang wajah papanya dengan penuh tanda tanya.

"Who should I choose to be mine, papa?"

"Bercinta ajelah dengan dua orang tu dalam waktu yang sama. Nanti kahwin barulah fikir nak pilih siapa." jawab Arthur.

Luna mencebik. "Thanks papa... you are really helpful." sinisnya.

Orang tengah serius, boleh pulak dia main-main.

Arthur ketawa kecil. Serius sangat wajah anaknya itu memandangnya. Mesti tak puas hati tu.

"Okay... okay! Let's be serious..."

"Close your eyes and ask your heart... who is the person that your heart chooses?" soalnya.

Luna memejamkan mata dan buat sepertimana yang Arthur suruh namun tak lama kemudian, dia kembali membuka mata.

"It is still nothing." katanya.

"Sebab Luna masih serabut dan Luna tak percaya pada hati Luna sendiri. Luna... bila melibatkan soal cinta, hati dan perasaan ni hanya Luna yang boleh dan berhak untuk keputusannya. Luna boleh tanya papa tentang ni tapi mungkin jawapan papa tak sama dengan kata hati Luna."

Luna diam.

"Ask your heart when you are ready to choose, darling. It's your love and you deserve to be happy with anyone that you choose to be with."

Arthur memberi nasihat pada Luna dan sebagai seorang ayah, dia akan sokong dan restu sesiapa saja yang anaknya pilih jika itu boleh membahagiakan diri anaknya.

"As a father, I just want my daughter to be happy with her life especially when talking to love. There's nothing that I want in the world except to see my lovely daughter happy."

Luna terharu apabila Arthur Diandro berkata begitu. Lantas, dia terus memeluk ayahnya itu dengan erat.

Terima kasih Tuhan kerana kau telah hadirkan papa di waktu yang sangat tepat iaitu di waktu apabila aku memerlukan teman bicara.

"Thanks to you papa. I love you so much." ucap Luna.

"I love you so much too, girl. Anything for you and your happiness is my priority." balas Arthur.

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now