Bab 14

7.1K 441 10
                                    

"APA yang uncle cakapkan ni?" soal Luna.

"Apa yang papa mengarut ni?" soal Ricky.

"Apa yang uncle cakap ni betul ke?" soal Adriel.

Ketiga-tiga mereka menyoal soalan yang hampir sama pada Arthur Diandro.

"Luna... papa adalah ayah kandung kamu." kata Arthur.

Luna tersenyum sinis. Dia tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Arthur. Tak mungkin lelaki Itali ini bapa kandungnya.

"Uncle, ini bukan masanya untuk bergurau dan ini bukan satu perkara yang boleh dibuat gurau. Ayah saya dah lama tinggalkan saya lagipun nama ayah saya Rizal. Tak sama langsung dengan nama uncle."

"Nama mak kamu adalah Mariam binti Mazlan. Dia anak tunggal. Tarikh lahir dia 13 September 1963 dan dia berkahwin dengan papa 24 Mac 1993."

Luna diam. Apa yang Arthur beritahu itu memang betul namun maklumat seperti itu boleh saja dia dapatkan daripada penyiasat peribadi.

"Okey... uncle memang pandai teka tapi Luna masih tak percaya. Uncle, tolonglah ini semua tak kelakar pun."

"Kamu tahu tak mana datangnya nama penuh kamu iaitu Arluna Aurell?" soal Arthur.

Luna diam.

"Dulu semasa papa kenal mak kamu, kami berjumpa di satu restoran di Milan. Nama restoran itu D'Aurella dan di situlah kami berkenalan. Tak lama kemudian papa memeluk Islam kerana semasa papa kenal mak kamu, dia selalu ajar dan beritahu papa tentang keindahan Islam. Papa terus tukar nama papa kepada Rizal bin Abdullah. Tapi masa tu keluarga papa iaitu keluarga Diandro tak suka papa memeluk Islam dan bercinta dengan mak kamu kerana kami berlainan bangsa."

"Tapi papa tetap dengan keputusan papa. Papa berkahwin dengan mak kamu dan terus pulang ke Malaysia lantas meninggalkan semua keluarga papa di Itali."

"Hidup di Malaysia bukan semudah yang papa sangka. Papa susah untuk bekerja di sana kerana papa bukan warganegara asal Malaysia. Masa tu, semua orang takut untuk ambil papa bekerja kerana mereka fikir papa adalah pendatang asing. Namun dengan sokongan mak kamu, papa terus berusaha untuk cari kerja dan alhamdulillah akhirnya papa diterima bekerja di sebuah kilang pembuatan kereta."

"Setahun kemudian, mama disahkan mengandung anak perempuan iaitu kamu. Dengan berita itu, papa jadi sangat gembira dan tekad untuk bekerja dengan lebih kuat untuk kamu dan mak kamu."

"Bila kamu lahir, mak kamu menyuruh papa mendaftarkan nama kamu sebagai Arluna Aurell binti Rizal kerana Arluna tu adalah gabungan nama asal papa iaitu Arthur dan Luna adalah nama pilihan mak kamu manakala Aurell pula sempena nama restoran tempat kami pertama kali berjumpa."

Air mata Luna mengalir tanpa sedar. Tak sangka lelaki yang selama ini dia cari rupanya ada di depan mata saja.

"Tapi kenapa uncle tinggalkan saya dan mak saya dulu?"

Arthur kelihatan hampa.

"Bukan papa sengaja tinggalkan kamu berdua. Beberapa bulan selepas kamu dilahirkan, papa dapat berita yang ayah papa tenat di Itali. Pada mulanya papa tak mahu pergi kembali ke Itali kerana papa tahu keluarga papa masih belum boleh terima mak dan diri kamu tapi mak kamu berkeras suruh papa pergi. Katanya dia tak mahu papa menjadi anak derhaka."

"Dengan penuh rasa berat hati, papa pulang ke Itali namun papa sempat berjanji pada mak kamu yang papa akan balik semula ke Malaysia untuk bersama kamu dan mak kamu. Tapi bila papa dah berada di Itali, ayah papa pun meninggal dunia dan mulai dari itu, keluarga papa meminta dan mengharap papa untuk menggalas semua tanggungjawab dan perniagaan keluarga papa."

"Namun mereka masih tidak mahu menerima kamu dan mak kamu. Mereka memaksa papa untuk terus tinggal di sini dan putuskan hubungan papa dengan kamu berdua jika tak nak perkara buruk jadi pada kamu berdua. Masa tu papa tersepit dengan keadaan. Papa keliru dan buntu untuk memilih sama ada kembali kepada kamu berdua atau kekal bersama keluarga yang sudah melahirkan dan membesarkan papa di dunia. Kemudian papa tekad untuk menelefon mak kamu dan ceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sini dan papa terpaksa tinggalkan kamu berdua untuk selamanya."

"Mak kamu sedih namun dia akur dengan keputusan keluarga papa. Dia relakan papa tinggalkan kamu berdua kerana dia rasa keluarga papa lebih perlukan papa berbanding dia."

"Dan... itulah kali terakhir papa bercakap dengan mak kamu kerana keluarga papa tidak mahu papa berhubung dengan mak kamu lagi."

"Namun demi Allah, tidak pernah sekali pun papa lupakan kamu dan kamu. Setiap hari papa akan teringat pada kamu berdua tanpa jemu."

"Masa pun berlalu dan ketika itu papa dapat tahu yang mak kamu telah meninggal dunia akibat kanser. Papa jadi sedih dan kecewa kerana tak dapat untuk jaga dan ada di sisi mak kamu walaupun di saat akhir."

"Papa ingin balik ke Malaysia untuk mengetahui keadaan kamu namun papa takut... papa takut kamu terkejut dan marahkan papa kerana tak pernah muncul di hadapan kamu selama mak kamu masih hidup. Jadi, papa menyuruh seseorang untuk memantau keadaan kamu di Malaysia dan dari situ papa dapat tahu yang kamu sedang bercinta dengan Adriel Harys."

Luna dan Adriel saling berpandangan. Namun tidak berkata apa-apa.

"Apa yang kamu buat pada Adriel adalah perkara yang sama mak kamu pernah buat pada papa dulu. Kamu selalu ajar Adriel tentang agama dan kamu suka menceriakan Adriel. Bila papa tahu kamu sedang bercinta, papa siasat siapa Adriel Harys dan papa dapat tahu yang dia sebenarnya berketurunan Ricardo."

"Papa jadi marah kerana keluarga Ricardo dan Diandro sememangnya bermusuh sejak dari dulu lagi lagipun papa ingat Adriel sengaja nak mempermainkan perasaan kamu. Terus papa memantau semua pergerakan kamu dan Adriel."

"Satu hari, Adriel menyuruh Fredico menyiasat tentang latar belakang kamu dan akhirnya dia tahu yang kamu adalah berketurunan Diandro. Adriel fikir yang selama ini kamu hanya berpura-pura mencintai dirinya kerana kamu ingin menghancurkan keluarga Ricardo."

"Jadi..." Luna memandang wajah Adriel.

Adriel mengangguk perlahan.

"Ya, bila saya dapat tahu yang awak adalah berketurunan Diandro, saya ingat awak hanya berpura-pura cintakan saya semata-mata untuk hancurkan keluarga saya. Oleh itu, saya salah faham dan sebab itulah saya menyuruh Fredico untuk membunuh awak pada malam tu." jawabnya.

Luna menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Ini... ini semua mengarut! I can't believe this!" jerit Luna sebelum bertindak keluar dari situ.

Saat Luna beredar, Ricky dan Adriel mahu mengejar namun ditahan oleh Arthur.

"Biarkan dia. Marah dia sekejap aje. Nanti bila dia dah tenang, dia akan kembali."

Ricky memandang papanya dengan pandangan tidak puas hati.

"Jadi selama ini Luna tu adik Ricky? Ricky tak boleh bercinta mahupun berkahwin dengan Luna?"

"Boleh... Ricky masih boleh bercinta dengan Luna kerana Ricky hanya anak angkat namun papa tak rasa yang Luna boleh terima Ricky." jawab Arthur.

"Habis tu? Papa nak dia terima siapa? Jantan ni bodoh yang pernah nak bunuh dia ni? Ah, ini semua bodoh dan mengarut!" marah Ricky.

"Terpulang pada Ricky nak percaya atau tidak. Yang pasti, inilah kebenarannya."

Lantas, tanpa buang masa Ricky beredar dari situ dengan perasaan penuh marah.

Kemudian, Arthur turut beredar. Dia meminta maaf pada Adriel Ricardo Harys dan Alex Ricardo Fredico sebelum pulang.

"Mi dispiace zio..." katanya.

(Maafkan uncle...)

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin