Bab 2

10.7K 680 9
                                    

"EH, hari ni boyfriend kau tak ambil kau ke?" soal rakan sekerja Luna. Bukan mahu mengejek atau memerli namun selalunya waktu begini, sudah tersedia ada kereta BMW X6 berwarna merah di hadapan kedai.

Luna senyum. "Tak." jawabnya.

"Hari ni dia ada kerja luar jadi aku balik sendiri aje lah."

Rakan kerja mengangguk.

"Tapi kalau kau nak aku hantar kau balik, boleh aje. Nak?"

Luna menggeleng. "Eh, tak apa lah. Aku balik sendiri aje lagipun rumah aku dengan bakeri ni dekat aje."

"Okey lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku balik dulu tau!"

"Okey. Jumpa esok!"

"Baik!"

~~~

SELEPAS selesai mematikan suis lampu elektrik dan mengunci semua pintu kedai, Arluna Aurell terus berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Mujur lah rumahnya dengan kedai bakeri ini hanya 15 minit sahaja.

Tidak lah terlalu penat dia berjalan.

Semasa sedang berjalan kaki, fikirannya teringat pada sang kekasih hati. Haih... kadangkala dia terasa bagai mimpi pula bila lelaki sekacak Adriel Harys mencintai dirinya yang tidak seberapa ini.

Yalah, dia sudahlah anak yatim yang sebatang kara. Ibunya sudah meninggal semasa dia di tingkatan lima manakala dia langsung tidak pernah mengenali ayahnya kerana sejak dia kecil, ayahnya tidak pernah muncul kan diri.

Kata ibu, ayahnya ada namun jodoh mereka berdua tak panjang. Dan... Arluna Aurell tidak tahu sama ada dia membenci ayahnya kerana mengabaikan tanggungjawab dan meninggalkannya atau tidak kerana sejak kecil lagi ibunya selalu berkata ayahnya seorang yang sangat baik dan penyayang.

Lama juga dia teringat akan hidupnya sepanjang berjalan kaki. Entahlah... bila difikirkan balik percintaan dia bersama Adriel Harys ibarat kisah dongeng.

Sukar untuk percaya bahawa lelaki berharta seperti Adriel Harys memilih untuk bercinta dengan Arluna Aurell. Jika hubungan mereka ini berkekalan maka dia harus percaya bahawa ini semua adalah jodoh dari Tuhan.

Namun secara tiba-tiba tubuh badan Arluna Aurell ditarik kasar oleh seseorang lalu dibawa menuju ke lorong gelap.

"Argh!" jerit Luna.

Namun mulutnya ditekup.

"Diam! Kalau kau menjerit lagi sekali, aku bunuh kau." gertak individu itu.

Terus menggeletar badan Luna dibuatnya. Air mata pula sudah mengalir ketakutan.

Luna cuba melepaskan diri dengan cara memijak kaki individu itu namun apabila dia mahu melarikan diri, individu itu pantas menyentak rambut panjangnya.

"Hei! Kau nak lari mana, perempuan?!" marah individu itu.

"Tolonglah lepaskan aku... janganlah buat aku macam ni. Aku bukannya ada apa-apa pun!" ronta Luna.

Namun sayang, rontaan itu tidak dipedulikan sama sekali oleh individu yang memakai baju serba hitam itu. Malah, dia tergamak mengheret Arluna Aurell dengan kasar ke lorong gelap itu.

Rontaan Arluna Aurell kebal di telinganya.

Sampai saja di lorong gelap itu, tubuh badan Arluna Aurell dicampak terlentang di atas kotak. Sakit perit yang dirasai gadis itu langsung diendahkan.

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now