Bab 18

7.1K 383 12
                                    

"DIA masih nak balik ke Malaysia. Saya tak halang tapi saya nak tahu dia pilih untuk balik ke Malaysia sebab saya juga ke?" soal Luna pada Fredico melalui panggilan telefon.

"Tak, bukan sebab awak pun. Dah lama dia nak balik semula ke Malaysia. Sebab dia ke Itali pun hanya nak pastikan awak selamat jadi bila dia nampak awak selamat dengan mata sendiri, dia akan balik ke Malaysia semula." jawab Fredico.

Arluna diam seketika. Dia mengeluh.

"Saya rasa saya tak pernah nak hargai dia. Ini semua salah saya." katanya.

"Tapi sejujurnya awak masih sayangkan dia?" soal Fredico pula.

Arluna Aurell menggeleng. "Entah. Tak tahu. Saya pun keliru dengan perasaan sendiri."

Fredico diam. Kemudian dia berkata sesuatu yang sangat menjentik hati Luna dengan sekuatnya.

"Ti ama così tanto che può lasciare tutto per te. Quindi, senti ancora che il suo amore non è tanto quanto il tuo amore per lei?"

(Dia sangat cintakan awak sampaikan dia sanggup tinggalkan semuanya demi awak. Jadi, awak masih rasa bahawa cinta dia tak sebesar cinta awak?)

"Awak adalah perempuan pertama yang berjaya menjadikan dia seorang lelaki yang kenal erti cinta dan kasih sayang, Luna. Hanya kerana awak, dia sanggup hilang segalanya termasuklah nyawa dia. Apa lagi yang harus dia buat untuk awak betul-betul percaya yang cinta dia untuk awak adalah benar?" soal Fredico.

"Ya, Fredico! Saya dah tahu dan sedar sekarang. Saya mengaku yang saya masih cintakan dia, masih sayangkan dia! Tak pernah sekali pun saya membenci dia sebab saya tahu keadaan yang memaksa untuk kami terpisah tapi awak tengoklah hidup saya sekarang ni. Saya baru saja jumpa dengan ayah saya semula jadi tak mungkinlah saya nak tinggalkan ayah saya semata-mata kerana cinta saya? Ayah saya adalah segala-galanya untuk saya dalam dunia ni."

"Pengorbanan..." kata-kata Fredico dicantas oleh Luna.

"Pengorbanan Adriel sangat mulia pada saya tapi bukan dia seorang saja yang harus melakukan pengorbanan, saya pun terpaksa berkorban demi dia."

"Dia akan sentiasa tunggu awak, Luna." ujar Fredico.

Luna mengangguk.

"Saya tahu tapi saya harap awak akan sentiasa ada dengan dia sebagai pengganti saya. Hanya awak yang boleh lindungi dia, hanya awak yang boleh faham dia."

"Keadaan dah semakin baik jadi mengapa awak perlu berkorban? Uncle Arthur pun akan setuju jika awak memilih untuk hidup dengan Adriel kembali."

"Papa memang setuju tapi saya terpaksa memilih papa berbanding Adriel kerana dia tak sanggup nak berjauhan dengan papa lagi. Dah berpuluh tahun saya terpisah dengan dia dan saya takkan sanggup untuk berjauhan sekali lagi."

Fredico diam. Apa lagi dia boleh buat selain menghormati keputusan Arluna Aurell dan Adriel Harys. Jika itulah kehendak mereka berdua, dia sebagai orang tengah hanya menurut saja.

Mereka berdua saja yang tahu apa yang terbaik untuk mereka.

"Janji dengan saya yang awak akan sentiasa jaga dan ada untuk Adriel Harys untuk saya. Boleh, Fredico?" pinta Luna.

Fredico mengangguk perlahan-lahan.

"Saya janji, Luna. Saya janji akan ada dan jaga Adriel untuk awak."

Luna tersenyum lebar. Dia tahu dia boleh mengharapkan Alex Fredico Ricardo.

Usai tamat panggilan telefon, Luna terdengar satu suara dari belakangnya.

"You masih cintakan Adriel?" soal Ricky.

Luna terkejut. Dia memandang wajah Ricky yang berdiri di hadapan pintu bilik tidur barunya.

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now