Bab 3

10.6K 726 21
                                    

"HAIH! Mana Luna ni? Dah pukul 10.30 pagi dah ni tapi masih tak datang. Selalu tak pernah pulak dia lambat macam ni." ujar bos kedai bakeri itu.

"Luna tak datang lagi ke bos?" soal pekerja lain.

"Belum. Itulah saya pelik, selalunya kalau dia demam ke sakit ke dia akan telefon saya beritahu tak datang kerja tapi ni tak ada langsung."

Mereka jadi hairan. Tak pernah Luna hilang begini. Salah seorang dari mereka ternampak sepucuk surat di balik pintu.

"Bos, ada surat."

Kepada Berry's Bakery,

Assalamualaikum bos dan semua rakan sekerja yang lain. Saya Arluna Aurell binti Rizal ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya sebagai cef pastri merangkap pembantu kedai kerana saya ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Dengan ini, saya meletakkan jawatan dalam tempoh notis berhenti 24 jam bermula saat bos dan semua pekerja tahu akan isi kandungan surat ini.

Maafkan saya kerana buat keputusan secara mengejut ini. Terima kasih kepada semua yang melayani saya dengan baik sepanjang tiga tahun saya bekerja di Berry's Bakery.

Malah, segala kunci kedai sudah saya letakkan di dalam peti surat kedai. Maafkan saya sekali lagi. Selamat tinggal!

Yang benar,
Arluna Aurell binti Rizal.

"Luna dah berhenti kerja." maklum bos.

"Hah?!" soal para pekerja.

~~~

Venice, Itali.

Tiga tahun kemudian...

KEJADIAN Adriel Harys datang secara tiba-tiba ke apartmen Luna semalam amat meresahkan hati dan perasaan Luna. Dia tidak khuatir akan Adriel sudah tahu dia berada di Itali namun apa yang menjadi masalahnya adalah Adriel Harys mahukan dia kembali.

Ah! Sudah lah dulu lelaki itu mahu membunuh aku namun kini dia kembali ingin bercinta semula dengan aku? Gila ke apa?

Apa lagi yang dia mahukan dengan aku? Adakah dia tidak berpuas hati kerana aku masih belum mati?

Tapi... kalau dia nak aku mati, semalam dia dah bunuh aku masa dia masuk apartmen aku.

Haih, boleh jadi gila aku memikirkan soal ini. Ingat selepas tiga tahun, hidup aku akan kembali tenang seperti sebelumnya namun ternyata kenangan silam masih lagi menghantui hidup aku.

Questa è tutta roba da pazzi!

(Ini semua perkara gila!)

Namun apabila dia sampai di hospital tempat dia bekerja, terus dia cuba menenangkan fikirannya. Maklum lah kini Arluna Aurell sudah menjadi pakar psikiatri jadi haruslah dia menjadi normal dan matang.

Kalau tidak, sia-sia sajalah dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menjadi pakar psikiatri jika dirinya sendiri pun tak mampu berfikiran positif.

"Buongiorno, dottoressa Luna. Oggi il medico ha due pazienti al mattino mentre tre pazienti la sera." maklum Isabel, penolongnya.

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now