Chapter 17

118 10 3
                                    

Bab 17

Wheein memandang ke arah Puan Kim lalu menunduk hormat ke arahnya. Puan Kim meluru ke arah Wheein. Dia memeluk gadis itu dengan air mata bertakung. Wheein seperti tidak memahami wanita itu. Dia hanya membalas pelukan Puan Kim.

"err aunty?" kata Wheein.

"Don't call me aunty. Just call me mama." kata Puan Kim dengan senyuman di bibir. Puan Kim memandang ke arah dua budak kembar di belakangnya.

"tu anak siapa?" soal Puan Kim. Wheein memandang anak kembarnya. Dia memanggil mereka berdua datang ke situ. Lambat lambat Woojin berjalan.

"ni anak saya Woojin dan Wooyong. Anak Taehyung juga" kata Wheein. Puan Kim menekup mulutnya. Dia menundukkan sedikit bagi memandang dua budak kembar tersebut.

"nak jumpa dengan daddy kamu?" soal Puan Kim. Woojin dan Wooyong menganggukkan kepala mereka dengan wajah ceria. Puan Kim terukir senyum.

"jom. Nenek bawa kamu ye" kata Puan Kim lalu menghulur tangannya untuk dipegang. Mereka berjalan naik ke atas. Wheein hanya memandang lalu dia duduk di sofa ruang tamu. Hwasa duduk di sebelahnya.

"kakak berdua duduk dulu ye. Hani buatkan air"

"eh tak yah susah susahlah"

"no it's ok. Wait ok" kata Hani berlalu ke dapur.

Puan Kim membuka pintu bilik Taehyung. Dia membawa anak anak Taehyung masuk ke dalam.

"Taehyung, mama ni" kata Puan Kim.

"mama, Tae tak boleh nampak dah. How can I do my work?" soal Taehyung. Puan Kim menahan sebak. Dia menyuruh dua budak kecik itu memeluk daddy mereka.

Woojin dan Wooyong meluru ke arah Taehyung. Mereka berdua memeluk erat tubuh Taehyung. Taehyung terasa terkejut. Dia memegang tubuh kecil di kiri dan kanannya.

"err mama sapa ni?" soal Taehyung.

"tu anak kamu sayang. Kim Woojin dan Kim Wooyong" kata Puan Kim. Taehyung terukir senyum lalu memeluk dua budak di tepinya.

"daddy, daddy sehat?" soal Woojin.

"hish apa kau ni...daddy, i miss you" kata Wooyong. Woojin memandang Wooyong seperti mahu bergaduh. Taehyung tertawa mendengar suara anak anaknya.

"mommy mana?" soal Taehyung. Woojin mencari kelibat mommynya.

"mommy kat bawah kot. Daddy, mommy kan selalu ngigau pasal daddy" kata Woojin.

"woi kan tu rahsia mommy" kata Wooyong. Woojin menekup mulutnya. Taehyung tertawa mendengar telatah anak anaknya.

"kamu berdua behave tak masa daddy takde?" soal Taehyung.

"Woojin behave sebab Woojin abang. Tu budak manja tu" kata Woojin.

"heish salah ke? We still young" kata Wooyong. Taehyung mencium dahi anak anaknya.

"dah makan belum?" soal Taehyung.

"belum" jawab mereka berdua serentak.

"pergi turun makan ye. Lepastu panggil mommy ok" kata Taehyung.

"ay ay captain" mereka berlalu turun ke bawah.

"Taehyung, mama turun dulu ye sayang" kata Puan Kim. Taehyung sekadar mengangguk. Kemain laju dua budak kembar itu turun.

"Woojin, Wooyong jangan lari nanti jatuh" kata Wheein risau. Puan Kim memandang mereka sambil menggeleng kepala.

"mommy, daddy nak jumpa" kata Wooyong. Woojin dah mula ambik makanan. Puan Kim menolongnya mengambil makanan. Wheein memandang tangga yang menuju ke atas.

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now