Chapter 33

61 5 0
                                    

Bab 33

Wheein memotong bawang di dapur. Anaknya turun ke bawah sambil menggosok matanya. Dia berjalan menuju ke dapur. Wheein melihat gelagat comel anaknya itu.

"sayang dah bangun? Mari sini duduk" Wheein memanggil. Woojin datang duduk di hadapan Wheein. Dia melihat sahaja mamanya memasak.

"mama, kita dekat mana?"

"dekat rumah aunty Hwasa" jawab Wheein. Dia mencuba rasa sup rumpai laut yang dibuatnya.

"papa mana?" Wheein terdiam. Dia memandang anaknya sambil tersenyum.

"papa outstation sayang. Ni dah siap makan ye. Kejap mama keluarkan kimchi dalam peti sejuk" Wheein membuka peti sejuk lalu mengeluarkan kimchi. Wooyoung turun ke bawah sambil memanggil mamanya.

"ye sayang mama dekat sini" Wooyoung berjalan ke arah mamanya lalu memeluk Wheein erat. Matanya masih mamai.

"duduk situ nanti mama sediakan sarapan ye" Wooyoung mengangguk dan duduk di sebelah Woojin. Hwasa turun ke bawah sambil menguap. Dia menggeliat di hadapan tangga. Rambutnya serabai dan tidak tersusun. Dia menggaru punggungnya yang terasa gatal. Terkejut melihat dua kembar yang memerhatikan tingkah lakunya.

"terkejut aku. Ingat toyol tadi. Ermm sedapnya bau" Hwasa duduk di sebelah Woojin.

"aunty ni bangun mesti sebab bau masakan mamakan" Wooyoung memerli Hwasa. Hwasa memandang tajam. Tahu sahaja budak itu. Wheein menggelengkan kepalanya sambil tersengih. Dia meletak mangkuk nasi dan sup rumpai laut. Japchae diletak di hadapan Hwasa. Terliur gadis itu dibuatnya.

"Hwasa, kau bila nak kahwin?" tersedak Hwasa dibuatnya. Dia menepuk dadanya. Wheein memandang terkejut lalu menghulurkan air. Hwasa meneguk air masak.

"tak nak aku. Tengok hidup kau yang huru hara ni lagi buat aku takut" Wheein memuncungkan mulutnya. Kawannya itu mulut memang kene cili.

"aku siku kau karang. Lelaki lain lain lah. Cuma kene pandai cari je"

"habis kau tu fail lah kan?" Wheein menyiku kawannya itu. Woojin dan Wooyoung mentertawakan mereka berdua.

"mulut kau tu" Wheein menarik rambut Hwasa. Hwasa menjerit meminta ampun.

********************

Taehyung terjaga dari lena. Dia menggeliat sedikit lalu menoleh ke sebelah. Isterinya tiada. Dia laju bangun melihat wardrobe di bilik mereka. Kosong. Dia membuka pintu bilik anaknya turut kosong. Dia mula menelefon isterinya.

"nombor yang anda dail tidak dapat diterima"

Taehyung mula menghantar pesanan. Kedengaran bunyi sesuatu di atas meja lampu. Dia melihat telefon tersebut. Ianya milik Wheein. Taehyung duduk di atas katil. Dia merapu wajahnya. Tiba tiba telefonnya berbunyi. Tertera nama Joy di situ.

"yes?"

"ok saya ke sana sekarang" Taehyung membersihkan diri dan memakai tuxedonya. Dia berjalan keluar menutupi pintu.

Tiba di officenya...

Taehyung masuk ke dalam bilik pejabatnya. Joy menghantar air kopi buat Taehyung. Taehyung menunduk. Joy menetap bibir.

"saya nak minta maaf"

"takpe bukan salah awak. Ini pilihan dia" Joy melihat tie Taehyung tidak terkemas. Dia datang ke arah Taehyung lalu membetulkan tali leher milik lelaki itu.

"done. You look smart kalau ianya kemas" Joy berkata sambil tersenyum.

"thanks" kedengaran bunyi seakan benda terjatuh. Taehyung dan Joy menoleh ke arah pintu. Hani terkejut melihat mereka berdua. Joy membetulkan caranya lalu menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Taehyung membetulkan sedikit tali lehernya.

"I smell cheating" Hani berkata sambil memandang Joy. Joy berjalan keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik pejabat ditutup. Hani mengambil baginya dan berjalan ke arah meja abangnya. Kerusi di tarik lalu dia duduk di atasnya. Kaki disilang.

"kenapa pandang abang macam tu?"

"seriously? Your heart change totally 100 percent?" Hani agak terkejut melihat abangnya. Dulu bukan main gila lagi dekat kakak iparnya itu. Sekarang ini lain pula. Gila betul abangnya itu.

"ok I don't want it ok tapi Wheein yang tak boleh terima semua ni. Dia nak salahkan abang juga. Patu suruh abang kahwin dengan Joy. Nak tak nak abang terimalah" Hani menepuk dahinya.

"you are so stupid brother. Terang terang kak Wheein tu jeles. Omg I rasa kesian dekat kak Wheein dapat Husband sebengap abang" Hani mengeluarkan kipas Electric dari dalam bagnya.

"you call me stupid? Ei bukan salah abang jelah. Dia pun keluar dengan Jinyoung belakang abang"

"Jinyoung is her bestfriend omg. And you know that right?"

"tapi lelaki tu ada perasaan dekat dia. And she knows"

"but pernah tak kak Wheein kata yang dia cintakan Jinyoung oppa? Tak kan? Tu pun nak pakai otak Hani. Kalau tak otak abang tu tak berfungsi langsung" Taehyung menjeling adiknya itu. Perli budak itu selalu melebih.

"dah lah... Boleh migrain layan abang. Hani nak jumpa orang. Erghh just think something that make sense ok"
Hani berjalan keluar dari pejabat abangnya. Dia melihat Joy yang mencuri curi pandang Hani. Hani tersenyum sinis dan berlalu pergi.

Dia berdiri di hadapan rumah Hwasa. Loceng ditekan lalu pintu kecil di sebalik pagar terbuka dengan cara sendiri. Hwasa di pintu hadapan. Hani melambai tangan.

"come in" laung Hwasa. Hani masuk ke dalam rumah Hwasa.

Wheein turun ke bawah untuk membeli barang dapur. Langkahnya terhenti apabila melihat Hani di situ. Hwasa memandang Hani dan Wheein yang memandang di antara satu sama lain.

"oh my gosh aku lupa nak bagitahu. Adik ipar kau ni client aku. Sorry" Hwasa menggigit bibirnya. Wheein hanya senyum dan membiarkan sahaja.

"I let you guys berborak ye"

******************

Joy mula berfikir untuk menarik hati Hani. Dia masuk ke dalam bilik Taehyung. Bilik lelaki itu sedikit bersepah. Joy mengutip beberapa helaian kertas kerja di bawah lalu letak di atas meja.

"boss, tak lunch lagi ke? Dah pukul berapa ni" Joy menegur lembut. Taehyung melihat jam di tangannya. Dia mengeluh perlahan. Kepala diurut.

"arghh banyak sangat kerja saya tak perasaan waktu. Takpe nanti saya Lunch" Joy tersenyum lalu meletak plastik yang berisi makanan di dalamnya. Taehyung melihat bekalan tersebut lalu memandang Joy.

"oh saya teringat boss tu saya beli"

"just call me casually... Awak tu beza setahun je dengan saya" Taehyung membuka plastik tersebut. Bekas dibuka lalu dia menyuakan makanan ke dalam mulut. Joy tersipu malu.

"thanks" ucap Taehyung. Joy berjalan ke belakang Taehyung lalu mengurut belakang Taehyung. Taehyung menikmatinya. Sudah 2 hari dia tidak diurut oleh isterinya.

Joy tersenyum sinis. Dia mengambil hati Taehyung sudah. Tinggal mengambil hati bakal adik iparnya dan bakal mertuanya.

🦝🦝🦝🦝

Please vote and comment tq 💙

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now