Chapter 20

98 8 1
                                    

Bab 20

Wheein membuka laptop miliknya. Dia membuat kerja dengan penuh fokus. Tiba tiba dia terdengar bunyi loceng. Dia bangun dan berlalu naik ke atas. Dia melihat Taehyung yang sedang berkerut dahinya.

"kenapa ni?" soal Wheein.

"nak kencing hehehe" kata Taehyung. Wheein tersenyum melihat sengihan Taehyung. Dia memapah Taehyung masuk ke bilik air. Dia menunggu Taehyung selesai membuang air.

"dah?"

"dah" jawab Taehyung. Wheein memapah Taehyung ke atas katil. Dia meletak Taehyung di atas katil. Dia berlalu ke bawah. Laptop itu dilihatnya semula. Dia membuat kerja sambil lagu dipasang.

Telefonnya berbunyi. Dia melihat siapa yang memanggil. Tertera nama Jinyoung di situ. Dia mengangkat panggilan tersebut.

"hello?"

"kau dah balik sini tak bagitahu kan" kata Jinyoung. Wheein tersengih.

"hehehe... Aku busy lah"

"jom jumpa. Aku dah lama tak jumpa kau" kata Jinyoung. Wheein mengetap bibir.

"sorrylah Jinyoung... Aku busy jaga Taehyung. Kalau ada masa aku jumpa kau eh. Bye Taehyung panggil" kata Wheein lalu dia menamatkan panggilan.

Jinyoung tergamam. Dia duduk di kerusi. Vernon memandang Jinyoung yang duduk termenung. Dia memandang pelik.

"kau kenapa bro?" soal Vernon.

"aku ni kan... Dah tolong dia macam macam tapi lelaki tu jugak yang dia cari" kata Jinyoung. Vernon berfikir siapa lelaki itu.

"kau cakap pasal apa ni? Aku tak faham"

"Wheein... Aku hantar dia luar negara untuk beranak kat sana, lari dari si Taehyung tu tapi dia cari jantan tu balik" kata Jinyoung.

"lahh dah dia cintakan jantan tu nak buat macam mana? Bagi dia kau ni kawan dia masa senang dan susah. Tu pun dah dikira baiklah" kata Vernon.

"kau cakap senanglah... Aku kenal Wheein dah lama. Dari sekolah menengah aku sayangkan dia. Hati aku sakit"

"mana tahu kau dapat lebih baik dari Wheein. Kan dia ada anak dengan Taehyung... Makin eratlah hubungan diorang. Dah lupakan je ok" pujuk Vernon. Jinyoung bangun dan berlalu semula ke dapur.

*********************

Seminggu berlalu...

Woojin dan Wooyong berlari di halaman rumah. Taehyung duduk di luar. Dia mengambil cawan di tepi lalu dihirupnya air kopi. Wheein berlari keluar dari rumah sambil menjerit memanggil nama Taehyung.

"dear!!!" jerit Wheein. Tersedak Taehyung dibuatnya.

"Yes darling!" laung Taehyung. Wheein berlari ke arah Taehyung.

"kenapa darling?"

"saya baru dapat panggilan dari doktor... Dia kata ada orang nak dermakan mata dia dekat awak. Lagipun pesakit tu dah bertahun tahun tak sedarkan diri jadi keluarga dia decide untuk menderma semua kepada orang yang memerlukan" kata Wheein ceria.

"betul ke?"

"yelah... Takkan saya nak bohong pula. Dia suruh kita pergi esok pagi" kata Wheein.

"ok... Darling, pergilah sambung masak. I take care of them ok" kata Taehyung. Wheein mengukir senyum. Dia mencium pipi Taehyung dan berlalu masuk ke dalam.

Jennie minum air di cafe. Dia memikir sesuatu. Macam mana mahu memujuk mama Taehyung. Seorang perempuan duduk di hadapannya.

"Jennie, aku ada jumpa this guy. Sumpah hensem sesuai untuk kau" kata Jisoo. Jennie masih diam dan termenung. Jisoo memandang rakannya.

"Jennie, aku cakap dengan kau ni dengar tak?!" marah Jisoo. Jennie terjaga dari lamunannya.

"arr ape dia?" soal Jennie.

"ish kau ni... Tadi kau yang ajak keluar ni termenung pulak. Kau ni kenapa? Cuba cite"

"aku tengah fikir macam mana nak pujuk mama Taehyung"

"kau tak habis lagi ke? Kau masa orang tu nak kau kahwin dengan anak dia, kau buat apa? Lari? Dengan jantan lain?" Jennie menjeling.

"tu semua cerita lama ok. Aku kesal dengan perbuatan aku. Well malam tu kau tahulah aku dengan  Kai tu kan dating masa tu"

"kau nak Taehyung at the same time kau nak Kai. Macam mana tu?" soal Jisoo.

"ok listen, aku nak Taehyung sebab duit. Kaulau kau nak tahu, keluarga appa aku bagi semua duit dengan syarikat atas nama Taehyung. Mana aku tak geram" marah Jennie.

"ni nak revengelah ni kan?"

"yes... Bukan tu je, aku rasa sayang dekat dia. Yelah dah lama aku tak jumpa dia. Cinta tu mula beputik semula"

"ok then what about Kai?"

"Kai? Lantak dialah... Dia tu bodoh kau faham" kata Jennie. Jisoo hanya menggelengkan kepalanya. Air smoothie dihirupnya.

*********************************

Keesokkan harinya...

Wheein membawa Taehyung masuk ke dalam bilik pembedahan. Selepas menanda tangan di kertas. Wheein melihat Taehyung. Di sebalik cermin.

Setelah berjam jam dia menunggu, akhirnya doktor keluar. Dia keluar dengan wajah senyum. Wheein meluru ke arah Doktor.

"doktor, macam mana dengan suami saya?" soal Wheein. Doktor itu tersenyum lalu menjawab.

"suami puan berjaya membuat pembedahan. Kami akan hantar dia ke bilik vvip" kata doktor itu. Wheein sekdar mengangguk. Dia duduk di kerusi yang disediakan dengan perasaan lega.

Jennie masuk ke dalam rumah Puan Kim. Dia melihat sekeliling. Tiba tiba dia terlihat dua budak kembar sedang bermain di ruang tamu. Dia meluru ke arah dua budak kembar itu.

"err hai... Kau sape?" soal Jennie. Wooyong memandang abangnya.

"aunty ni sape?" soal Woojin.

"eh budak... Kau nak menyetan aku ye... Kau bagitahu aku sekarang, kau sapa?" soal Jennie.

"anak daddy. Kenapa?" kata Woojin. Dia cuba menjaga adiknya yang hampir sahaja mahu menangis.

"anak daddy? Sapa papa kau?"

"Kim Taehyung" jawab Woojin. Jennie memandang budak itu dengan pandangan tajam.

"Jennie, kau buat apa kat sini?" soal Hani. Jennie menjeling budak kembar itu. Hani meluru ke arah anak buahnya.

"aku nak jumpa aunty... Mana aunty?"

"mama keluar. Takde pape lagi kan? Keluar!!" arah Hani. Jennie merengus geram. Dia mengambil begnya dan berlalu keluar. Hani melihat pemergian Jennie. Hani menunduk menghadap anak buahnya.

"kamu berdua takde pape? Aunty tu ada sakitkan kamu berdua ke?" soal Hani sambil melihat anak buahnya.

"kami ok je aunty, cuma Wooyong dia menggigil sambil menangis bila aunty tu marah" jawab Woojin. Tersedu sedan Wooyong.

"mana ada kita nangis... Wooyong kuat"

"eleh tu nangis... It's ok.. I protect you my brother" kata Woojin. Hani tertawa kecil melihat gelagat dua budak di hadapannya.

Jennie masuk ke dalam kereta. Begnya dicampak ke belakang. Dia meraung lalu menjerit. Stereng kereta dihentaknya.

"ARGHHHHHH!!! Bahagia korang ye... Tunggu kau. Aku buat hidup kau huru hara. Sakitnya hati akuuu!!!!" marah Jennie. Kereta miliknya dibawa laju.

*****************

Please vote and comment tq 👍💙

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now