Chapter 35

62 5 0
                                    

Bab 35

Wheein keluar dari dalam kereta. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Satu suara membuatkan dia menoleh ke belakang. Taehyung muncul lalu menanggalkan kaca mata hitamnya. Woojin dan Wooyoung berlari memeluk Taehyung. Wheein menunduk mensilangkan tangannya. Rambut di selit ke belakang telinga.

"papa, mana papa pergi? Kitorang tunggu papa balik" kata Woojin riang. Taehyung mengukir senyum lalu mengusap perlahan rambut anaknya.

"papa busy sikit lately ni. Kamu berdua duduk dengan mama ye. Jaga diri jaga mama" Taehyung berkata sambil menjeling memandang Wheein. Wheein menoleh ke tempat lain. Woojin dan Wooyoung menangguk sambil senyum.

"papa, habiskan cepat ye kerja tu" kata Wooyoung. Taehyung hanya mampu tersenyum.

"Woojin, Wooyoung masuk dalam sayang. Mama banyak kerja nak buat ni" Wheein berkata lembut. Anak anaknya mencium pipi Taehyung dan memeluk erat. Lalu mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

Hwasa melihat dua anak kecil itu masuk ke dalam. Dia melihat Wheein dan Taehyung di luar rumahnya. Wheein masih dengan egonya dan turut sama Taehyung. Taehyung menarik lalu menghembus nafasnya perlahan. Wheein ingin masuk ke dalam tetapi ditarik oleh Wheein.

"awak sure nak teruskan ni? Tak kesian ke dekat anak anak?"

"saya nak buat apa lagi? Biarkan je awak dengan perempuan lain sedangkan saya ni tunggu mereput dekat rumah tu tunggu awak macam tu? Waktu Jennie bagitahu saya awak pergi club awak tu je dah buat saya geram. Also awak lepak dengan di dekat luar club lagi warghh"Wheein ketawa kecil. Taehyung menarik Wheein ke dalam pelukannya. Wheein terkejut akan tindakan lelaki itu.

Dia mengaku dia masih sayangkan Taehyung. Bau lelaki itu kalau boleh hari hari dia mahu cium harumannya. Cuma kalini sedikit pelik. Air mata jatuh ke pipinya. Taehyung mengusap lembut belakang rambut Wheein.

"mungkin ini yang awak nak buat kali terakhir. Kalau saya buat awak sakit hati, saya minta maaf. Walau macam mana sekali pun, saya cintakan awak hrmm" Taehyung berkata perlahan. Dia menahan Sebak. Wheein memeluk erat. Dia bukan jenis begini tidak tahu mengapa boleh jadi hati tisu begitu.

**************************

1 bulan kemudian...

Taehyung melihat Joy memilih dress perkahwinan mereka. Joy mengukir senyum. Dia menunjuk dress dress yang dipilihnya. Taehyung sekadar mengangguk sahaja. Tangan di seluk ke dalam poket seluar.

Joy pergi ke bilik persalinan. Dia mencuba dress yang dipilihnya. Taehyung duduk di sofa yang disediakan. Dia melihat magazine magazine di situ. Wajah Wheein kelihatan di muka hadapan. Taehyung tersenyum.

"baby, cantik tak?" soal Joy. Taehyung memandang Joy. Joy membetulkan dress ya sedikit sambil menetap bibir. Dia teringat Wheein memakai dress perkahwinan mereka.

Joy melihat majalah yang berada di tangan Taehyung. Dia merampas majalah tersebut. Terpapar gambar Wheein di hadapan. Joy mengeluh perlahan.

"you ni dah nak bercerai dengan dia pun masih nak tengok ke muka perempuan ni?" soal Joy.

"I takkan ceraikan dia" mendengar sahaja membuat hati Joy panas. Taehyung bangun dari duduknya. Dia berjalan keluar dari butik tersebut. Rokok di dalam pocket diambil. Pemetik api ditekan lalu dia menghisap rokok di luar. Matanya memerhati seseorang. Gadis itu seperti dikenalinya. Dia melintas jalan sambil mengusap perutnya.

Taehyung masih memandang ke arah gadis tersebut. Rokok di tangan di pandangnya. Dia menghisap lagi. Joy keluar dari butik lalu memeluk tangan kiri Taehyung. Taehyung melihat gadis di sebelahnya.

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now