Chapter 36

69 6 0
                                    

Bab 36

Joy menyuruh orang suruhannya membuat kerja yang disuruhnya. Dia melihat majlis perkahwinannya. Dia mengukir senyum melihat bunga putih dan pelamin di situ. Bunga putih itu diambil.

Taehyung datang melihat persiapan yang dibuat. Joy pusing dan melihat Taehyung di situ. Dia mengukir senyum dan berjalan ke arah Taehyung. Tangan lelaki itu dipeluk.

"cantik tak?" soal Joy. Taehyung menangguk sambil tersenyum. Joy tersenyum puas. Dia mencari seseorang di belakang.

"sorang je ke?"

"haah, kenapa?" Joy mengeluh.

"macam mana saya nak mengambil hati mak awak kalau dia sendiri tak nak munculkan diri" Taehyung melepas pelukan Joy di tangannya. Tangan gadis itu diusap.

"kalau awak ada masa, awak datang jelah rumah omma saya. Ambil hati dia" Joy memuncungkan mulutnya. Dia sebenarnya malas mahu berjumpa dengan omma lelaki itu. Mana tak nya, setiap kali dia mahu berjumpa wanita itu langsung tiada di rumah. Ada sahaja alasan yang diberi.

"kalau you bawak I pergi rumah omma you boleh?" Joy membuat muka comel bagi memujuk lelaki itu. Taehyung tersengih lalu mengangguk.

"ok I bawak" Joy tersenyum puas.

PUAN KIM menelefon cucunya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan dua kembar itu. Dia meminta cucunya datang melawat ya di rumah. Mungkin Wheein tidak mahu terserempak dengan Taehyung. Cucunya sekadar membalas ya.

"mama!!!" laung Woojin dari atas. Mereka dua beradik turun berlari dari tingkat atas. Wheein memandang mereka.

"jangan lari nanti jatuh sayang" Wooyoung dan Woojin datang dan menarik kerusi. Mereka duduk di hadapan mama mereka. Wheein memandang pelik.

"kenapa sayang mama dua ni?"

"boleh tak kitorang nak jumpa nenek... Kitorang rindulah" kata Woojin.

"haah... Dengan aunty Hani" sambung Wooyoung. Wheein mengukir senyum.

"ok fine tomorrow kita pergi ya. Lagipun mama cuti besok" kedua mereka menjerit riang. Wheein tersenyum melihat anaknya itu.

**********************

Keesokkan harinya...

Joy dan Taehyung masuk ke dalam rumah. Kelihatan Puan Kim meneguk secawan kopi. Taehyung datang dekat ke arah ommanya.

"kenapa bawa dia?" soal Puan Kim separuh bisik.

"omma... Ni Joy dia nak berborak dengan omma. Omma ajar lah dia macam mana omma ajar Wheein"Joy hanya mengukir senyum. Puan Kim hanya diam. Kedengaran bunyi kanak kanak di luar rumah. Puan Kim terus meluru keluar.

Hwasa memarkir kan keretanya di hadapan rumah omma Taehyung. Hwasa melihat kawasan rumah tersebut. Mereka keluar dari dalam kereta. Woojin dan Wooyoung turut sama mengikuti Wheein dari belakang.

"ommo cucu nenek" sambut Puan Kim gembira. Woojin dan Wooyoung berlari memeluk nenek mereka. Puan Kim mencium pipi cucunya. Wheein tersenyum melihat anak anaknya gembira. Matanya tertumpu pada hadapan pintu. Kelihatan Taehyung dan bakal isterinya. Joy sengaja memeluk tangan Taehyung.

"marilah masuk dalam" Wheein dan Hwasa masuk ke dalam. Hwasa memandang Wheein yang beriak biasa. Di hadapan mereka ada Taehyung dan Joy. Taehyung tidak habis memandang Wheein. Hwasa mengeluh dan meneguk air kopi.

"you nak apa apa I ambilkan" kata Joy. Taehyung menggeleng. Joy melihat mata Taehyung memandang ke arah Wheein.

Joy mendengus geram. Dia bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan ke luar dari rumah itu. Dia duduk berdiri di Taman. Kelihatan Wooyoung bermain di Taman itu. Joy mencuri lihat keliling dan berlalu ke arah budak itu.

"Wooyoung... Awak main apa tu?" soal Joy. Wooyoung memandang Joy.

"tengok butterfly ni. Aunty suka?" Soal Wooyoung.

"Wooyoung... Nanti kamu kena panggil Aunty mummy tau" Wooyoung tidak memahami apa yang Joy ingin sampaikan. Woojin datang ke arah adiknya. Dia menarik tangan adiknya dan masuk ke dalam.

"kenapa hyung tarik Wooyoung?" Woojin membuat tanda senyap.

"shh... Mama selalu sedih sebab Aunty tulah... Diam tau" Woojin memberi arahan. Wooyoung menangguk kepalanya. Mereka datang ke arah Wheein. Woojin dan Wooyoung memeluk ommanya. Joy datang dan duduk di sebelah Taehyung.

"mama... nak balik" kata Wooyoung perlahan. Matanya mengerling ke arah Joy. Wheein memandang pelik.

"kenapa sayang?" soal Puan Kim. Wooyoung hanya diam. Wheein mengusap rambut anaknya. Dia mengangkat wajah anaknya.

"tell me why? What's wrong dear?" Wooyoung masih diam.

"dia dah penat tu"kata Puan Kim. Wheein hanya senyum. Hwasa hanya diam di sebelah.

" baiklah... Kami balik dulu"kata Wheein. Dia menunduk hormat Puan Kim. Puan Kim datang dekat ke arah Wheein. Dia memeluk Wheein erat. Dia mengusap belakang badan Wheein sambil berbisik.

" dah berapa bulan? "Soal Puan Kim. Terkejut Wheein mendengar soalan dari mak mertuanya. Puan Kim mengukir senyum. Wheein memandang Hwasa. Mereka berjalan keluar dari rumah itu.

PUAN Kim melambai tangan ke arah mereka. Taehyung berdiri di sebelah ommanya. Puan Kim memegang bahu anak lelakinya itu. Taehyung memandang ommanya.

"wae omma?"

"berbaik lah dengan Wheein. Ada sebab omma kata macam ni. Dulu emosi dia tak menentu. Sekarang pun. Faham fahamlah. Kamu dah ada anak kembar mesti kamu faham apa maksud omma" Puan Kim masuk ke dalam. Dia memandang Joy sekilas dan berlalu masuk.

Taehyung bengong. Joy memegang lengan Taehyung. Taehyung memandang Joy. Dia tidak pasti menyayangi gadis itu ataupun tidak.

"you ok tak?" soal Joy. Taehyung sekadar mengangguk dan masuk ke dalam.

*************************

Wheein masuk ke dalam rumah. Anak anaknya berlari masuk ke dalam dan menuju naik ke atas. Hwasa menghalang Wheein. Wheein menoleh ke belakang.

"kenapa?"

"kau sure nak teruskan ke? Sempat untuk putuskan hubungan diorang" Wheein tersenyum lalu menggeleng.

"biarlah dia dah bahagia"

"bahagia kau cakap? Dia masih lagi ambil tahu pasal kau tau. Dia asyik tanya aku kau makan minum cukup ke tak. Duit kau cukup tak. Kau ada pinjam duit aku ke tidak. Tu kau kata dia bahagia? Bahagia ke dia kalau dia kalau macam tu?" soal Hwasa. Wheein diam.

" tu anak dalam tu. Takkan kau nak dia tak tahu pasal bapak dia. Nak jadi macam masa korang dulu gaduh. Nak baby tu rasa macam mana kembar tu rasa dulu? "Hwasa memandang Wheein dengan wajah geram.

"don't be so selfish" tambah Hwasa lagi. Wheein hanya diam. Dia mengusap perutnya itu. Hwasa bangun dan menuju ke dapur.

🦝🦝🦝🦝

Please vote and comment guys tq👍💙

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now