Chapter 38

76 6 0
                                    

Bab 38

Joy mengisi peluru di dalam pistol yang dibelinya. Dia menarik picu pistol tersebut lalu dia menyembunyikannya di dalam gaun kahwinnya. Yeri hanya memandang. Joy memandang Yeri melalui cermin.

"kau kenapa? Takut?" Soal Joy. Gadis itu hanya diam. Antara mereka 5 sekawan, hanya dia sahaja tahu sisi gelap Joy.

"aku nak ke tandas sekejap" Yeri berlalu keluar. Dia bermain dengan jari jemarinya. Seseorang menariknya sambil menekup mulut Yeri.

Jungkook menatap tajam mata gadis itu. Yeri mengetap bibir. Dia mula kecut perut. Jungkook melepaskan tangannya dari menekup mulut Yeri.

"awak nak apa dari saya?"

"kau fikir aku tak dengar apa yang kau cakap dengan Joy dekat dalam bilik tu?" Yeri mula menggigil ketakutan.

"sekarang, aku nak tahu. Betulkan ada gun dalam gaun Joy?" Yeri sekadar menangguk. Tidak berani untuk membuka suara. Jungkook berundur ke belakang.

"dah pergi" halau Jungkook. Yeri berlari pergi dari situ. Jungkook berjalan ke bilik Taehyung. Kelihatan Taehyung di hadapan cermin dan Wheein yang sedang duduk di sofa.

"hyung, aku nak cakap sesuatu" Taehyung dan Jungkook memandang Wheein.

"takpe saya duduk je dekat sini. Tak pasang telinga... I'm promise" Jungkook mula berbisik dengan Taehyung. Wheein hanya memandang mereka dari belakang. Taehyung menunjuk wajah serious. Dia sendiri tidak tahu topik apa yang dibincangkan oleh mereka berdua.

"kalau apa apa berlaku, aku nak kau suruh dia duduk belakang kau faham" Jungkook menangguk faham. Yang dia tahu mereka berbincang benda serious itu sahaja.

Wheein membetulkan tali leher Taehyung. Suaminya itu tidak pernah mahir memakai tali leher. Wheein menepuk sedikit habuk yang berada di dada lelaki itu. Taehyung memegang tangan Wheein.

"take care"

"you too" Taehyung mengucup bibir isterinya lama. Jungkook di hadapan pintu berdehem. Mereka berjalan keluar dari situ. Wheein duduk di tempat tetamu.

"kau pergi mana? Lamanya kencing" bisik Hwasa.

"diamlah... Majlis dah nak mula"

"Park Sooyoung, will you take Kim Taehyung as your husband?"

"yes I do"

"Kim Taehyung, will you take Park Sooyoung as your wife?" Taehyung menatap tangan gadis itu lama. Wheein memandang Taehyung yang hanya diam di situ.

Puan Kim turut menunggu maklum balas daripada anaknya. Hani dari tadi hanya membuat muka tak kesahnya.

"saya nak minta maaf... I can't continue this marriage" Taehyung mula berjalan pergi dari situ. Riak wajah Joy mula berubah. Dia mengeluarkan pistol dari gaunnya. Para tetamu mula menjerit terkejut. Puan Kim turut terkejut.

"kenapa awak batalkan benda ni semua? Sebabkan perempuan ni kan?!!" jerit Joy. 

Pistolnya terarah ke arah Wheein. Jungkook ingin menuju ke arah Wheein tapi langkahnya terhenti apabila terasa picu pistol berada di pinggangnya. Jungkook menoleh ke sebelah kanan. Kelihatan Yeri mengacukan pistol ke arahnya. Seulgi, Wendy dan Irene terkejut melihat mereka berdua.

Moonbyul mula memberi arahan. Unit ya semua mula bergerak menuju ke tempat tersebut.

"Joy, letak pistol tu. Benda tu bukan main main"

"habis tu perasaan saya ni main main untuk awak ke? Ha?!"

"saya mengaku tak pernah ada perasaan dekat awak. Saya hanya anggap awak sebagai worker sahaja" Joy menahan geram. Pistolnya masih terarah ke arah Wheein.

"I don't care. Kalau perempuan ni mati, kita boleh bersama kan sayang" kata Joy. Wheein menutup matanya. Nafasnya ditarik lalu di hembuskan.

"Joy, saya faham perasaan awak. Please letak pistol tu" Wheein berkata lembut.

Joy masih lagi dengan prinsipnya. Taehyung berjalan ke arahnya pantas Joy tekan picu pistol dan peluru itu meluru ke arah Wheein. Wheein menutup matanya tetapi tiada rasa apa apa. Dia berasa pelik. Dia membuka matanya dan terkejut melihat Jennie berada di situ. Semua terkejut. Pantas polis masuk dan menggari tangan Joy dan Yeri.

Jennie jatuh terduduk. Wheein memapah badan Jennie. Jin young berlari meluru ke arah Jennie. Dia memapah tubuh gadis itu masuk ke dalam keretanya. Mahu menunggu ambulance takut tak sempat.

************************

Jennie membuka matanya. Dia menggerakkan kepalanya  ke sebelah kanan. Kelihatan seorang lelaki sedang baring di situ. Dia memandang Jinyoung yang sedang terlena.

Jari jemarinya cuba untuk digerakkan. Nasib tembakan yang terkena tidak mengena pada organ penting. Dia memegang pinggang kanan yang terasa sakit akibat tembakan itu. Bunyi mengerang sakitnya membuatkan Jinyoung terjaga. Pantas lelaki itu menolong Jennie duduk.

"sayang juga you dekat I" Jinyoung terdiam. Dia menghulurkan air kepada Jennie. Jennie mengambilnya lalu meneguk air itu.

"lain kali jangan bahayakan diri macam tu. Kalau ye pun nak selamatkan orang tarik orang tu ke tepi" pesan Jinyoung. Jennie menetap bibir.

"alah you ni I nak jadi baik bukan selalu" Jennie tetap dengan pendiriannya. Jinyoung mengusap rambut Jennie. Gadis itu terdiam.

"I'm proud of you" Jennie diam sahaja. Dalam hatinya sudah meloncat gembira.

Seseorang masuk ke dalam. Kelihatan Puan Kim meluru ke arah Jennie lalu dia memeluknya. Taehyung dan Wheein turut berada di situ. Hani di belakang hanya memeluk tubuh.

"kamu ada sakit kat mana mana lagi?" soal Puan Kim. Jennie tersenyum lalu menggeleng. Dia mahu memeluk Puan Kim iaitu mak Longnya. Harapkan kasih sayang dari keluarganya hrmm.

"appa kamu dalam perjalanan ke Korea" Jennie terdiam. Dia menggenggam erat kain selimut. Dia kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan appanya.

"kalau dia tak datang lagi aman" kata Jennie. Puan Kim mengeluh perlahan. Rambut gadis itu diusap lembut. Dia memandang sayu melihat Jennie. Anak saudaranya.

"Jennie, terima kasih ye" kata Wheein lalu memeluk Jennie. Jennie mengusap perlahan belakang badan Wheein.

Malam

Wheein duduk di ruang tamu. Anak anaknya bermain di hadapannya. Taehyung baring di peha Wheein. Wheein mengusap rambut Taehyung.

"awak esok saya nak buat checkup. Awak teman eh" kata Wheein. Taehyung bangun dari baringannya. Dia memegang perut Wheein. Perut isterinya itu dicium lembut.

"nanti baby ni keluar saya nak namakan dia dengan nama gabungan kita" Wheein memandang pelik.

"maksud awak? Taehyung dan Wheein disatukan?" Taehyung mengangguk.

"tapi saya masih tak tahu lagi"

"nanti nanti jelah awak fikir... Saya baru masuk 2 bulan. Jantina anak pun tak tahu lagi" Taehyung tersengih. Wheein memandang wajah Taehyung.

"macam mana keadaan Joy?" soal Wheein. Taehyung duduk bersandar di sofa. Wheein memeluk badan lelaki itu.

"dia elok je dekat hospital mental. Awak ni kalau ye pun nak bagi saya kahwin dua carilah yang elok. Ni yang sakit awak bagi saya. Lama lama saya pun ikut sekali sakit tu. Sakit mencintai mu isteriku" Wheein memandang geli.

"eeeee... awak ni mmg nak kene kaki dengan saya. Ada ke bagi ayat lapuk. Bagi lah ayat hot hot power power" Taehyung memuncungkan mulutnya.

"AHAHAHAHAHA papa kene reject dengan mama" Woojin ketawa terbahak bahak.

"sian papa... Padan muka" sambung Wooyoung pula. Lagi muncung mulut Taehyung jadinya. Wheein turut tertawa melihat anaknya memerli suaminya.

"fine no toys"

"takpe mama ada" kata Woojin. Taehyung merengus geram. Wooyoung ini ikut perangai Taehyung manakala Woojin mengikut perangai Wheein.

🦝🦝🦝🦝

Please vote and comment tq💙

Play Date [C] ✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon