BAB 5

160 4 0
                                    

'NUR QISYA AHMAD!!!!!' Suara yang kuat memecah kesunyian kawasan sekolah itu di pagi hari.

'Manusia mana buat bising pagi-pagi ni. Baru 6.30 pagi.' Qisya mula mahu bengang, sudah panggil nama dia sekuat hati. Qisya memandang kiri dan kanan.

'Qisyaaaaa hahaha.' Mendayu pulak suaranya disambung dengan gelak tawa.

Qisya memandang ke aras atas. Sudah agak, sambil tersengih lelaki itu melambai kepada dia.

'Sakit ke.' Qisya terus berlalu untuk masuk ke kelas. Pagi-pagi sudah ada yang mengganggu moodnya.

Qisya berjalan ke kelas sambil menenangkan dirinya. Dia beristigfar dan menarik nafas berkali-kali. Kemudian dia senyum dan melangkah masuk ke dalam sambil memberi salam. Langkahnya berhenti bila ada seseorang menganggu pandangan matanya. Sudah duduk di mejanya berbual rancak dengan Balqis.

'Eh, Qisya dah sampai.' Tegur Balqis sebaik melihat Qisya. Qisya hanya senyum.

'Tak reti pergi kelas sendiri ke.' Qisya cuba menghalau Nazrin dengan cara berhemat.

'Okaylah bye Balqis ingat tau janji kita.' Mesra sungguh lagak mereka.

'Okay Abang Nazrin.' Balqis menunjuk tanda peace sebagai tanda setuju. Nazrin bangun dan terus berlalu langsung tidak dipandangnya Qisya. Qisya mencebik baru sahaja dia mahu menarik kerusi untuk duduk.

'Oh ye terlupa pulak.' Nazirn patah balik ke arah mereka. Qisya sudah pelik dengan sikap lelaki seorang ini. Nazrin berjalan laju menuju ke arah Qisya dan melepasinya. Qisya tergamam dan dengan perlahan dia menarik kerusi dan duduk.

'Happy Birthday Qisya hehehe.' Ceria sahaja Balqis lalu menghulurkan kotak berwarna merah jambu.

'Eh kau ingat. Thanks Balqis hehehe.' Qisya tersenyum gembira.

'Gila tak ingat haha. Nanti kena santau pulak.' Balqis bergurau kasar.

'Amboi gurau kasar.' Usik Qisya.

Tiba-tiba dia teringat perbuatan Nazrin tadi, dia bukan sengaja melintasi Qisya.

'Happy Birthday.' Perlahan sahaja bisikkan Nazrin umpama angin yang berlalu.

'Boleh buka.' Minta Qisya dan segera membuang ingatan tadi.

'Bukalah.' Ceria sahaja suara Balqis.

'Balqissss cantiknya, comel hehehe. Thanks.' Gembira sekali Qiysa mendapat gelang silver dan berbatu Kristal berwarna-warni.

'Suka? Soal Balqis.

'Suka sangat.' Lama matanya menatap gelang tersebut. Sebalik senyum gembira Qisya ada juga insan lain yang turut gembira.


Qisya berjalan perlahan sambil membawa kanvas bersaiz 6 kaki x 7 kaki panjang. Kanvas yang lebih besar dari dia.

'Aduh budak-budak ni mana pulak tak pasal-pasal kena bawak benda ni naik atas.' Qisya membebel sendiri bila kawan-kawannya seorang pun tidak kelihatan. Dia menyeret sedikit kanvas tersebut kerana agak berat. Qisya jadi terkejut kanvas tersebut menjadi ringga dan segera berpaling memandang belakang.

'Terkedek-kedek saya tengok awak bawak seorang. Kuat juga awak.' Sangkaan Qisya meleset apabila dia sangaka salah satu rakannya yang membantu.

'Eh, En. Nazrin. Buat susah je saya boleh...' Belum sempat Qisya menghabiskan ayatnya Nazrin terus memotong.

'Awak ni memang tak suka di tolong atau tak suka saya tolong.' Peril Nazrin dan membuatkan Qisya tersentak serta merta.

'Em, eh tak, saya tak nak menyusahkan encik.' Ujar Qisya perlahan.

'Awak tak pernah susahkan saya.' Nazrin mengangkat kanvas itu sendiri dan berjalan mendaki tanggan menuju ke studio atas.

'Eh, Encik...' Belum sempat Qisya berkata lelaki itu laju sahaja berjalan.

'Apa maksud dia.' Qisya tidak dapat tangkap maksud Nazrin tersebut.

'Terima Kasih Encik, susah-susah tolong saya.' Ucap Qisya tanda hormat.

'Kasih diterima.' Sengaja Nazrin mengusik Qisya.

'Eh, hahaha.' Qisya hanya ketawa sahaja.

'Pelik dia memang tak kenal aku ke? Mestilah itu bukan orang lain. Peliklah.' Qisya masih berteka-teki tentang sikap Nazrin.

'Biarlah lagi bagus dia nak move on kot. So better aku pun buat selamba saja' Lebar senyuman Qisya dia berasa lega yang Nazrin tidak mengenali dia.

'Sabar Nur Qisya Ahmad we play the game first.' Jangkaan Qisya meleset rupanya Nazrin tidak pernah berubah dia hanya menunggu masa sahaja.

'En. Nazrin tu handsomelah untunglah siapa dalam kelas dia.' Gosip pelajar junior semasa di tandas.

'Haah, aku nak kelas dengan dialah, kau rasa dia dah kahwin ke.' Senyum sehingga ke telinga salah seorang antara mereka.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now