BAB 9

146 4 0
                                    

Sebaik sampai di kolej dan selesai solat asar Qisya duduk di atas katil dia terpandang gelangnya. Qisya menanggalakan gelang tersebut dan membelek. Dia rasa seakan ada sesuatu dengan gelang tersebut bila Nazrin menegurnya. Gelang silver dengan batu kristal yang kecil dan berwarna-warni memang akan sentiasa di pakai Qisya dan dia tidak pernah menanggalkannya. Dia sangat suka dan sayang hadiah pemberian Balqis tersebut.

'Tak sangka boleh pula terjumpa kau Qisya Ahmad memang jodoh kita kuat sangatkan.' Tergelak Nazrin tidak sangka dia berjumpa dengan Qisya hari ini.

'Qisya, Qisya nak buat macam mana kalau jodoh kita kuat sangatkan.' Nazrin tersenyum bila teringat perjumpaan tanpa sengaja tadi. Plan Nazrin untuk pergi ke sana untk mencari barang tidak sangka terserempak dengan Qisya. Kecil betul dunia ni.

Qisya berjalan menuju ke mesin air. Hari ini terasa bahang sekali lebih-lebih lagi waktu tengahari sebegini.

'Alhamdulilah nasib baik ada lagi.' Teruja Qisya melihat air tin kegemarannya masih ada. Syiling dimasukkan tetapi baru sahaja air tin itu seminit di tangannya.

'Terima kasih.' Nazrin merampas air tersebut.

'Weh!' Marah Qisya dan lebih mengejutkan bila Nazrin pelakunya.

'Kau dah kenapa !?' Qisya cuba mengawal suaranya namun terlepas pula perkataan yang tidak sopan untuk seorang pensyarah.

'Apa Qisya? Adab mana?' Perli Nazrin dan dengan selamba membuka tin tersebut lalu meneguknya.

'Ya Allah bala apa ini.' Qisya menepuk perlahan dahi.

'Nah.' Nazrin menghulurkan dua ringgit Malaysia konon untuk membayar minuman tadi.

'Hish kau !' Qisya separuh menjerit di situ namun cepat-cepat dia menekup mulutnya. Nasib baik tiada orang ketika itu. Bertambah angin kemarahan Qisya bila air yang 'dicuri' Nazrin itu merupakan air tin yang terakhir.

Qisya berjalan lemah masuk ke Studio Lukisan 6. Dia berasa sedih kerana kempunan untuk minum air tin kegemarannya.

'Qisya nah.' Farhan menghulurkan minuman tin kepadanya.

'Wah, kenapa kau bagi aku.' Ceria wajah Qisya bila minuman kegemarannya sudah berada di tangan.

'Aku nak beli yang ini tapi salah tekan hahaha.' Farhan menunjukan air tin lemon tea pada Qisya.

'Rezeki aku, aku memang nak beli yang ini tapi ada orang curi tadi. Nah ambil ni.' Qisya menghulurkan duit yang Nazrin beri padanya tadi.

'Eh, tak payahlah kitakan member. Kalau bukan kau pun aku memang akan bagi siapa-siapa yang aku nampak.' Farhan cuba menolak duit yang diberi Qisya. Farhan melihat Qisya makin lama di pandnag makin manis pula rakannya itu.

'Hish tak boleh.' Terdetik di hati Farhan dan mengeleng perlahan menindakkan kata hatiya.

'Kau kenapa Farhan.' Pelik Qisya melihat Farahan, tiba-tiba mata Qisya menangkap kelibat Nazrin yang baru keluar dari bilik pensyarah.

'Ambil Farhan aku tak nak duit ini kalau kau tak nak nanti derma dekat masjid. By the way thanks for this.' Qisya sengaja berkata dengan kuat dan menunjukkan minuman itu dengan agak tinggi agar Nazrin nampak perbuatannya.

'Tapi...' Belum sempat Farhan berkata apa-apa Qisya sudah meninggalakannya

'Budak ni memang makin pandai.' Nazrin tergelak melihat perbuatan Qisya tadi. Teringat dia semasa zaman persekolahan dia pernah melakukan benda yang sama seperti ini namun lebih kejam.

'Bismilahhirahmanirahim.' Baru sahaja Qisya mahu mengigit burger yang di beli di gerai, burger tersebut sudah di rampas.

'Terima kasih.' Ujar Nazrin lalu memulangkan semula burger itu pada Qisya.

'Apa ni.' Lemah suara Qisya dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana banyak mata yang mermerhatikan mereka. Namun nasib baik guru pengiring rombongan, Puan Zubaidah tidak nampak apa yang terjadi. Kejam sungguh Nazrin pada Qisya dan sehingga sekarang dia bersikap begitu.

Qisya meneguk airnya perlahan kemudian dia teringat sesuatu.

'Mamat ni memang suka ambil makanan akukan. Hish sakit hati bila ingat balik.' Bebel Qisya sambil meletakkan air tinnya dengan agak kuat.

'Kau memang tau.' Qisya semakin sakit hati membayangkan wajah Nazrin yang menjengkelkan itu.

'Sudah Qisya dah nipis tin itu.' Leya datang menegur Qisya yang membebel seorang diri.

'Ya Allah aku ke buat hahaha.' Qisya tidak sedar yang dia sudah mengemikkan tin minumannya itu.

'Bukan kau Qisya cuma...' Ujar Leya separa bisik.

'Cuma apa pulak Leya ni?' Qisya sudah hairan dengan cara Leya bercakapa.

'Tu kawan kau.' Leya memuncungkan mulutnya ke sebelah kiri Qisya dan terus berlalu pergi. Terdengar gelak jahat Leya dari luar.

'Leyaaaaa !!!!' Jerit gadis itu yang berseorang di dalam studio.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now