BAB 35

92 4 0
                                    

Qisya berjalan memasuki restaurant Secret Recepie. Hari ini dia ada temu janji dengan seseorang dan hari ini dia berjalan seorang tanpa Leya atau Atirah.

'Kak Qisya.' Gadis itu melambai ke arah Qisya sebaik gadis itu masuk ke dalam resturant.

'Nazirah lamanya tak jumpa.' Mereka bersalam dan memeluk kerana lama sungguh tidak berjumpa.

'Akaklah busy sangat. Nazirah ada je dekat sini.' Bunyinya seperti merajuk.

'Belajar macam mana okay ?' Soal Qisya ingin tahu khabar gadis itu.

'Alhamdulilah okay cuma degree susah sikit dari diploma.' Nazirah mengeluh perlahan.

'Hahaha biasalah tu belajar apa yang senang. Tak plan belajar luar negara macam Nazrin ?' Qisya tersedar kenapa dia sebut nama lelaki itu.

'Tak kot, ibu dengan abah macam tak bagi. Biasalah dia orang ingat Irah ni kecil lagi.' Ujar gadis itu dan menyuapkan laksa ke dalam mulut.

'Sebenarnya Irah nak tanya. Akak dengan Abang Ayen memang bercinta ke?' Soalan Nazirah membuatkan Qisya tersedak sedikit.

'Allah, ehem..ehem sorry,sorry.' Qisya meneguk airnya dengan segera. Terkejut Nazirah dengan Qisya boleh pula tersedak dengan soalannya.

'Ya allah akak sorry Irah tak ada nia nak bagi akak terkejut.' Nazirah rasa serba salah pula dia menghulurkan tisu pada gadis itu.

'Eh tak apalah. Nampaknya akak kena bersedia dengan soalan macam tu lepas ni.' Tawa Qisya cuba mengurangkan rasa janggalnya.

'Kalau Irah nak tahu kita orang pantang berjumpa mesti nak bertegang urat sampai sekarang.' Jujur Qisya cerita pada Nazirah.

'So, kau orang bukan bercinta? Tapi kenapa akak terima abang?' Soal Nazirah ingin tahu dia sedikit terkejut dengan jawapan Qisya.

'Akak hormat keputusan ummi dan abah. Kira ini macam wedding arragment family. Tapi apa yang akak tahu akak kena ikhlas yang lain akak serah pada Allah. Ada jodoh atau tidak itu urusan Allah.' Tenang sahaja Qisya menjelaskan pada Nazirah.

'Bertuahnya Abang Ayen dapat dia cantik, pandai, independent, perfect 10 ' Nazirah memandang Qisya dan senyum sempat dia memuji Qisya di dalam hati.

'Plan akak bila kau orang nak tunang?' Banyak pula soalan Nazirah.

'Cik Yam tak bagitahu apa-apa ke. Insha allah habis degree ni akak fikirkan kalau boleh nak fokus dekat final year dulu.' Terang Qisya.

'Oh Irah pun lupa nak tanya ibu.' Ujar Nazirah yang cuba mengingati ada atau tidak ibunya memberitahu tentang pertunangan mereka.

Mereka berbual dan Qisya meminta izin untuk pulang kerana dia ada kerja yang perlu di siapakan. Nazirah juga ada hal lain yang perlu di lakukan.

'Keluar dengan siapa tadi?' Soal Nazrin sebaik Nazirah masuk ke dalam kereta.

'Dengan Kak Qisya .' Jawapnya selamba.

'What! Buat apa?' Terkejut Nazrin dengan jawapan adiknya itu.

'Kenapa orang nak jumpa denga kakak ipar pun tak boleh ke.' Ujarnya sengaja mahu mengusik Nazrin.

'Kenapa tak bagitahu abang. Boleh join.' Nazrin membuat muka merajuk.

'Hish ingat comel ke tua-tua buat muka macam tu.' Sempat dia mengutuk abangnya itu.

'Irah dengan Qisya memang boleh team mulut tak ada insurans.' Nazrin mengetuk perlahan kepala Nazirah.

'Sakitlah. Girls out kenapa Abang Ayen nak ikut.' Nazirah mengusap lembut kepalanya sambil membetulkan tudungnya yang senget sedikit.

'Mengumpat pasal abanglah tu.' Nazrin cuba serkap jarang adiknya.

'Haah, mestilah habis apa tujuan Irah jumpa Kak Qisya.' Jujur betul gadis itu pada abangnya tak jaga hati langsung.

Nazrin hanya menggeleng melihat adiknya yang kalau bercakap tidak mahu kalah.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now