BAB 18

121 4 0
                                    

'Natrah nanti tolong bagitahu Leya aku dekat Studio Painting 6 takut dia cari. Thank you bye.' Qisya segera meninggalkan Natrah selepas memesan pada rakannya itu. Tampak sibuk gadis itu pada hari ini.

Petang itu mereka ada perbincangan untuk pelajar yang menjadi fasilitor bagi persiapan hari esok. Orentasi tersebut bakal di jalankan selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad.

'Qisya minta tolong, aku tak sempat ada hal nak jumpa dengan katerer. Minta tolong yang lain bawak kotak-kotak ni turun dekat badminton court bawah tu. Thankyou sangat.' Aisya kelihatan sedikit kelam kabut maklumlah dia merupakan ketua fasilitor dan juga penolong ketua pelajar jadi banyak sedikit yang perlu dia lakukan.

'Okay Aisyah boleh no problem. Elok-elok jangan lari.' Sempat Qisya pesan melihat Aisya berlari anak menurun tangga. Risau melihat gadis itu.

Qisya mengeluarkan telephone bimbit untuk memanggil sesorang. Beberapa minit kemuadian datang beberapa rakannya.

'Wah Leya kau bawa satu studio ke.' Tergelak Qisya melihat Leya membawa Farhan, Atirah, Natrah, Aliya,Haikal dan Amirul.

'Dah tu, kau yang suruh bawa ramai-ramai.' Rajuk Leya sambil memeluk tubuh. Qisya mengelakkan Leya sambil mengusap lengan rakannya itu. Terhibur melihat rakannya.

'Mana barang yang banyak sangat tu.' Ujar Haikal dengan nada yang berlagak.

'Ini ke Qisya?' Farhan sudah siap sedia mahu mengangkat kotak-kotak tersebut.

'Haah, ini kau orang tolong bawa kotak-kotak ni bawak turun dekat badminton court.' Qisya meminta tolong mereka dan dia turut mengambil beberapa kotak yang boleh dia bawa.

'Ini untuk esok ke Qisya?' Soal Natrah yang berjalan menuruni tangan di belakang Qisya.

'Yup, esok ada aktiviti sikit dengan kotak nanti malam ni lepas isyak Fareez briefing dengan semua sekali.' Jelas Qisya. Suaranya kedengar sedikit mengah kerana membawa barang dan menuruni tangga.

Qisya berjalan agak perlahan dan berhati-hati kerana tidak mahu menjatuhkan kotak tersebut. Dia membawa dua kotak sekali yang bersaiz kotak air mineral tetapi kosong. Qisya terus berjalan menuju ke badminton court tiba-tiba langkahnya terhenti bila ada seseorang di hadapannya.

'Nak saya tolong.' Suara seorang lelaki di hadapan Qisya. Gadis itu menurunkan sedikit kotak yang dipegang untuk melihat pemilik suara di hadapannya.

'Tak apa ringgan je ni.' Qisya menolak lembut pertolongan lelaki itu dan senyum tanda hormat. Betul kotak itu langsung tidak berat.

'Ini untuk esok?' Soal lelaki itu pula

'Yup. Awak siapa ye?' Soal Qisya semula kerana tidak pernah dia lihat lelaki ini di mana-mana.

'Siapa mamat ni tak pernah tengok pun.' Qisya cuba mengingat siapa gerangan lelaki ini.

'Saya Asyraf semester 3.' Lelaki itu mengenalkan dirinya. Patut Qisya tidak kenal juniornya yang baru masuk dari diploma.

'Oh, okay saya gerak dulu.' Qisya meminta izin dengan lembut dan terus beredar

Qisya jadi pelik dengan sikap junior tersebut namun segera dia mengabaikan dan berjalan menuju ke gelanggang badminton.

'Qisya.' Farhan datang dan terus mengambil kotak-kotak yang Qisya pegang. Tidak sempat dia berkata apa-apa.

'Thankyou. Semua kotak dah habiskan?' Soal Qisya ingin kepastian.

'Ini yang last kau bawa.' Ujar Farhan sambil menyusun kotak-kotak tersebut.

Malam itu mereka berkumpul untuk penerangan aktivti sepanjang hari orentasi, sesi perkenalan senior dan junior dan pembahagian kumpulan untuk aktiviti esok pagi. Sesi pertama merupakan sesi perkenalan antara senior dan junior. Aktivit tersebut di jalankan dalam lebih kurang dalam 30 minit.

'Okay sekarang kita akan bahagikan kumpulan yang telah di tampal di notice board dan mungkin ada yang telah berjumpa denga fasi masing-masing. Silakan semua fasilitor iaitu kakak dan abang semester 6 berdiri di hadapan.' Arah Fareez dengan santai dan bersahaja dia tidak mahu terlalu serius kerana kesian mereka semua waktu kelas sudah serius. Jadi waktu seperti ini perlu santai-sanatai sahaja.

Qisya antara yang berdiri di hadapan bersama rakan-rakan yang lain. Dia melihat junior-junior di hadapannya sambil tersenyum manis kerana dia tidak mahu membawa karakter sombong dalam kalang junior-juniornya. Tiba-tiba matanya berhenti kepada seseorang yang memerhatikan dia dari tadi. Qisya kenal wajah itu namun sebaik mata mereka bertaut lelaki itu mengalihkan pandangannya

'Okay, Assalamualaikum semua nama akak Qisya bagi siapa yang tidak kenal. Sebab ikut list ada nama yang di tambah akak pun tak pasti kenapa. Okay so back to basic kita kenal-kenal dulu boleh.' Ramah sahaja Qisya dengan junior-junior. Mereka duduk di dalam bulatan agar lebih mudah untuk melihat dan mengenal masing-masing.

Sesi kenal antara satu sama lain berjalan dalam tempoh 30 minit.

'Okay so balik ni tidur jangan nak main game, jangan tengok Korean drama sebab aktiviti kita pagi-pagi nanti tak cukup tidur dah satu hal.' Sempat Qisya memesan kepada kumpulannya.

'Alamak kantoi Kak Qisya ni macam tahu je kita orang suka tengok drama korea.' Ana menyiku lembut lengan Alisa rakan sebelahnya.

'Akak tahu. Sebab akak pun macam kau orang.' Gelak Qisya bersama mereka.

'Akak ni lawak juga ingat serius sahaja.' Tegur Adam yang senang mendapat Qisya sebaga fasilatornya.

'Sebab tu orang cakap putih cakap don't judge a... apa ye aku lupa.' Fahmi sudah mengaruk kepala baru mahu menujukkan kepandaiannya. Mereka semua ketawa dengan gelagat Fahmi yang sememangnya suka membuat lawak.

'Don't judge a book buy it's cover. Apalah Fahmi ni.' Qisya membantu Fahmi yang masih cuba mengingati peribahasa tersebut.

'Anywhere rehat betul-betul esok kita jumpa okay. Assalamualaikum.'Qisya melambai dan senyum pada mereka.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now