BAB 16

117 5 0
                                    

'Hebat kau semalam.' Tegur Nazrin yang melihat Qisya turun dari tingkat atas.

'Kus semangat, kau memang ada kat mana-mana ke?' Marah Qisya yang terkejut dengan kehadiran Nazrin.

'Hilang adab dah ke?' Ujar Nazrin selamba.

'Ehem, ye kenapa En. Nazrin ada apa-apa yang boleh saya bantu?' Qisya sengaja berlembut-lembut namun di dalam hati mahu sahaja dihempuk Nazrin dengan fail bersaiz A3

'Kau ni hebatlah kejap boleh jadi orang lain lepas tu jadi orang lain pula. Semalam bukan main lagi siap ada backup pula.' Nazrin menyeluk kedua tangannya ke dalam poket seluar.

'Bencinya tengok ingat handsome ke buat macam tu.' Sempat Qisya mengutuk Nazrin di dalam hati.

'Ya Allah, meyampahlah aku tengok. Tak payah buat gaya macam tu. Ops terlepas pula.' Qisya menutup mulutnya berpura-pura seperti terlepas cakap.

'Mulut kau boleh tahan ye sekarang.' Sempat Nazrin memerli Qisya.

'Kenapa dengan semalam biasanya ja.' Qisya pula berlagak selamba di hadapan Nazrin. Namun matanya cuba melihat juga kalau ada yang di kenali takut jadi gosip pula. Biasalah zaman berita cepat tular.

'Kau sejak masuk U memang pandai lawan cakap orangkan ?' Perli Nazrin lagi. Dia memang tidak pernah berlembut dengan Qisya lagi-lagi sejak Qisya pandai melawan.

'Saya tak lawan cakap orang pun. Maaf En. Nazrin saya banyak kerja dan saya tahu encik pun banyakkkk kerjakan. Bye. Assalamualaikum.' Qisya sengaja menekan perkataan 'banyak' kemudian dia terus belalu tanpa menghiraukan reaksi Nazrin.

'Budak ni memang dah pandai.' Nazrin tergelak dan meraup wajahnya. Lagi dia suka mengusik Qisya yang pandai melawan itu.

Kebetulan kelas lukisan hari ini Nazrin di tugaskan menjaga kelas Qisya. Nazrin sengaja mahu mengusik Qisya kerana dia masih tidak puas hati tentang semalam.

'Nur Qisya Ahmad ! I can't accept this.' Nazrin mencampak sketch Qisya sebanyak 50 helai bersaiz A4.

'Buruk !' Marahnya lagi. Nazrin sengaja memarahi Qisya di hadapan kelas. Mahu melihat reaksi gadis itu.

'Apa kena mamat ni marah-marah aku. Adoi.' Tidak puas hati Qisya di buatnya. Tapi apa boleh buat hanya marah dalam hati sahajalah.

'Maaf En. Nazrin nanti saya buat lagi.' Ujar Qisya seperti tiada perasan. Dia tahu lelaki itu sedang protes pada dirinya.

'Macam ni kerja budak U macam level budak darjah 6.' Semakin tegas suara Nazrin.

'Maaf. Saya akan perbaiki lagi lukisan saya.' Perlahan sahaja suara Qisya. Nak melawan memang tidaklah di hadapan pelajar lain. Dia langsung tidak memandang wajah Nazrin, Qisya hanya menundukkan pandangannya ke lantai.

'Jangan pandai cakap sahaja buat. Awak nak belajar atau main-main ? Buat dua kali ganda dari jumlah ni.' Tegas suara Nazrin lalu pergi kearah student lain.

'Baik En. Nazrin.' Qisya hanya menurut perintah tanpa melawan sepatah pun. Dia tahu ini cara Nazrin untuk membuat dia marah.

'Pelik tiada sebarang bantahan apa kena dengan budak ni.' Nazrin aneh dengan sikap Qisya. Dia jadi risau dengan sikap dingin Qisya lebih baik sikap marah dan benci Qisya.

'Qisya kau okay, nanti aku tolong kau buat ye.' Pujuk Leya yang hanya melihat kejadian tadi.

'Qisya kenapa En.Nazrin marah sangat. Aku tengok drawing kau okay je.' Atirah pula datang memujuk.

'Aku okay, kalau dia nak 100 aku boleh bagi 1000 bagi.' Sambil ketawa Qisya berjalan menuju ke mejanya. She maybe turn to pschyco after this.

Qisya berjalan perlahan menuju ke mesin air tin dia kelihatan agak penat dan lemah hari ni.

'Qisya okay tak?' Soal Atirah yang ternampak Qisya seperti tidak sihat.

'Entahlah rasa macam tak sedap badan .' Jawab Qisya perlahan lalu mengambil air tin mocha yang dibelinya.

'Kalau macam tu pergilah PK (Pusat Kesihatan).' Cadang Atirah, merek berjalan seiringan masuk ke studio.

'Tak apalah nanti kalau teruk sangat Qisya pergi.' Qisya senyum nipis kerana dia rasa tidak larat sekali.

Namun dia tetap gigih menyiapkan lakaran yang di minta Nazrin. Dia tidak boleh kalah dengan lelaki itu.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now