BAB 23

123 3 0
                                    

'Aku tak faham apa hubungan kau dengan Qisya tu?' Soal Kalis rakan serumah merangkap sahabat Nazrin semasa belajar dulu. Semasa diploma dan ijazah sarjana muda Nazrin menyambung pengajian di Austrlia dan balik ke Malaysia untuk menyabung pangajian di dalam ijazah sarjana dan menjadi pensyarah. Kalis pula lebih memilih untuk menjadi pelukis sepenuh masa.

'Apa soalan kau ni? Tiba-tiba ?' Pelik Nazrin dengan sahabatnya itu.

'Bukan apa, tiba-tiba aku teringat pasal kejadian dekat galeri. Aku rasa kau bukan jenis macam tu dengan perempuan. So, Qisya ni someone yang kau pernah cerita dekat aku. Betul ?' Tembak Kalis sambil menuju ke dapur untuk mengambil air kopi yang di bancuh tadi.

Nazrin pernah cerita pada Kalis tentang Qisya tetapi dia tidak pernah pula tunjuk gadis itu pada sahabatnya walaupun hampir 10 tahun mereka berkawan. Nazrin membuka cerita yang tidak pernah di ceritakan kepada sesiapa. Tergelak besar sahabatnya itu mendengar kisah unik Nazrin dan Qisya.

'Seriuslah kau buat macam tu kat dia. Kejap yang aku tak faham kenapa kau tak jujur dengan dia. Give her the truth bro.' Ujar Kalis dan menghulurkan secawan kopi o pada Nazrin.

'Kau tak akan faham kenapa aku buat macam ni. Ingat senang ke nak tarik hati perempuan macam tu. Effort, we need effort.' Nazrin meletakkan cawannya di meja dan mula melakar sesuatu di buku notanya.

'Then explain me. Kalau suka bukan cakap suka ke then kenapa kau usik macam nak bagi dia benci. From your story if I be her memang aku benci gila dekat kau.' Kalis pula yang tidak berpuas hati dengan sikap Nazrin.

'Kau pun kenal aku dari zaman belajar. Memang taklah aku nak sweet, belikan hadiah and kau ingat dia nak terima semua tu.' Jelas Nazrin dan tangannya masih ligat melakar sesuatu.

'Bro kalau kau bagi ini pun dia dah boleh cair.' Kalis merampas buku nota Nazrin. Lakaran wajah Qisya di dalam buku nota Nazrin walaupun hanya lakaran biasa namun wajah Qisya dapat di lihat dengan jelas.

'Aku buat ke ni ?' Soal Nazrin merampas semula buku tersebut. Dia pun tidak sedar bila dia melukis lukisan tersebut.

'Hai mabuk dah member seorang ni.' Perli Kalis dan berlalu pergi.

Nazrin berlari perlahan dia dalam keadaan tidak tentu arah dan masuk ke dalam studio. Dia menarik nafas dengan sedikit kuat dan cuba tenangkan diri.

'En.Nazrin cari ini ke ? Farhan menunjukkan buku sketch bersaiz A5 yang agak tebal.

'Awak jumpa dekat mana? Nazrin cuba berlagak tenang namun dia perasan wajah Farhan yang terlihat kelat.

'Kalau encik bukan lecture saya memang saya....' Farhan cuba berlagak tenang dia menahan marah dan tidak mahu bersikap biadap

'So, awak dah tengok buku saya. Yang berhak marah itu saya bila ada orang sibuk degan urusan peribadi orang lain.' Nazrin segera merampas buku tersebut dan terus berlalu pergi.

'Jelaskan atau saya akan jealskan pada Qisya.' Farhan menarik kuat lengan pensyarahnya itu. Nasib baik tiada pelajar lain di situ kerana jam menunjukkan hampir pukul 7.30 malam.

'Qisya? Dia tak kisah dengan cerita tu. Sebab dia tak kisah pun pasal benda ni.' Ujar Nazrin dengan angkuh dan berlalu pergi.

Farhan jadi terpingga-pingga apa masalah mereka berdua sebenarnya. Jadi, kalau dia bercerita pada Qisya maksudnya Qisya dah tahu pasal ni dan tidak apa peduli pun. Tapi kenapa ayat Nazrin tadi macam sedih.

Pagi itu kelas berjalan seperti biasa Farhan baru sahaja sampai dan turun dari motor dia ternampak Qisya dan Leya berjalan masuk ke dalam fakulti mereka dan kebetulan Nazrin ada di belakang berjalan menuju ke fakulti juga.

'Qisya, Leya.' Sengaja Farhan memanggil mereka berdua begitu.

Nazrin yang di situ terkejut dengan suara Farhan yang agak kuat. Dia hanya melihat tiga rakan itu berbual mesra sambil bergelak tawa di hadapannya. Nazrin berjalan laju dan sengaja melanggar bahu Farhan.

'Allah maaf saya nak cepat tak perasan. Maaf Farhan.' Hakikatnya dia sengaja berbuat demkikan. Macam budak-budak.

'Eh, tak apa En.Nazrin.' Farhan segera mengutip buku yang terlepas dari tangannya. Qisya turut membantu rakannya itu.

'Hish, orang tua ni memang sengajakan.' Marah Farhan dalam hati apa boleh dia buat lelaki itu pensyarahnya.

Malam itu mereka ada perjumpaan pelajar semester 6 berkait dengan kem 3 hari 2 malam untuk mereka. Semua di minta untuk berkumpul di Studio Painting 6. Kem yang bakal di jalankan merupakan program wajib bagi pelajar semester 6. Kem ini lebih kepada taklimat tentang karya pelajar dan hasil kerja akhir pelajar dan di sana juga mereka akan di minta untuk melukis , menceritakan tentang projek yang bakal mereka lakukan dan berkongsi ilmi sesama mereka.

'So, seperti yang kauorang tahu kem kita akan di jalankan pada jumaat, sabtu dan ahad ini. Kita akan bertolak ke Janda Baik pada jumaat pagi.' Fareez selaku ketua pelajar menerangkan serba sedikit apa yang perlu mereka lakukan.

'Untuk makluman kau orang kita memang dah ada jawatan yang atas-atas cuma malam ini aku perlu lantik jawatan yang lain.' Tambah Fareez lagi.

Perjumpaan itu berlangsung dalam 2 jam dan semua perkara telah selesai dari barang yang perlu di bawa hingga pelantikkan jawatan kuasa yang lain.

'Qisya, so nanti Qisya beli barang apa yang patut untuk Emergancy Box. Belilah panadol, minyak kapak, krim nyamuk nanti claim dekat Fareez okay.' Minta Fareez dengan lembut. Qisya telah di lantik sebagai AJK Kesihatan nak atau tidak dia harus pegang jawatan itu dengan baik.

'Alraight, nanti apa-apa Qisya whatsapp Fareez okay.' Ujar Qisya matanya mencari Leya yang sibuk berbincang dengan Firdaus kerana mereka AJK Makanan.

'Rasa macam nak demam pulak.' Datang seorang hamba Allah yang menjengkelkan.

'Kalau nak demam pergi tu PK bukan cari aku.' Selamba Qisya membalas malas mahu melayan Affan.

'Kau ni Affan sudah-sudahlah kacau Qisya.' Farhan datang menepuk bahu rakan kelasnya itu.

'Eh, kenapa tak boleh. Aku single, Qisya single okay apa.' Usik Affan sambil mengenyet mata pada Qisya. Qisya berasa sangat meluat namun dia cuba untuk tidak menampakkan di wajahnya.

'Dah jom Qisya layan mamat ni memang tak sudah.' Leya terus menarik lengan rakannya itu

'Bye Farhan.' Qisay melambai Farhan tapi yang balas Affan dengan wajah mengusik itu

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now