BAB 26

117 1 0
                                    

Selepas BBQ pukul 10.00 malam mereka ada taklimat santai seperti berbual sambil menzahirkan idea, berkongsi pandangan bersama pensyarah yang ingin turut serta. Qisya mencari-cari kelibat seseorang. Jumpa pun dia melihat Nazrin duduk di atas keris bersama pensyarah yang lain. Baru sahaja dia mahu menghantar isyarat pada Nazrin namun dia di tegur sesorang.

'Qisya ada panadol tak? Akilah sakit kepala.' Aisyah duduk bertinggung di sebelah Qisya separuh berbisik kepadanya.

'Ada. Kejap.'Qisya mencari di dalam beg kecemasannya dan meghulurkan pada Aisya. Gadis itu mengucap terima kasih dan beredar.

Sebaik dia angkat kepala lelaki itu telah hilang. Qisya bangun perlahan katanya pada Leya mahu ke tandas. Dia berjalan dan menuju ke luar untuk mencari Nazrin semakin panas hatinya.

'Nazrin, Nazrin.' Qisya menahan suaranya takut ada yang mendengar.

'Bagi gelang aku balik.' Ujar Qisya cuba menahan suara dan marahnya.

'Kau ni tak putus asa.' Seronok melihat Qisya begitu. Sambil tersengih nampak jahat.

'Apa yang susah sangat kau nak pulangkan gelang aku.' Qisya berusaha mengawal suara sambil itu matanya memandang sekeliling. Takut ada yang melihat mereka berdua.

'Esok aku bagi.' Nazrin terus berlalu menuju ke biliknya sambil melambai Qisya dari belakang.

'Ya Allah apa dosa aku pada hambanya itu.' Qisya meneNdang batu kecil di hadapan kakinya itu.

Pagi itu selepas sarapan mereka ada taklimat akhir dan majlis penutup. Program akhir tamat dengan baik dan semua sudah siap sedia untuk balik Shah Alam. Sambil menunggu bas dan menguruskan proses pemulangan kunci ada yang sibuk bergambar termasuk Qisya dan rakan-rakannya.

'En. Nazrin, En. Luqman jom ambil gambar buat kenangan.' Ajak Haikal yang terlihat Nazrin dan Luqman duduk sambil berbual.

'Okay boleh.' Ujar Luqman dan menepuk perlahan bahu Nazrin untuk menuju ke arah pelajar-pelajarnya.

Qisya yang turut di situ mahu sahaja dia menghadiahkan penampar pada mulut Haikal yang sibuk mengajak Nazrin. Nazrin dengan selamba boleh berdiri di sebelah Qisya. Qisya cuba menjauhkan sedikit tubuhnya dia mencuit Leya perlahan. Terkejut Leya dan mahu sahaja dia ketawa dengan wajah Qisya yang meluat betul dengan Nazrin.

'Senyum.' Sempat Leya mengusik Qisya menyuruh dia senyum

'Okay semua senyum.' Hafiz sudah sedia dengan kamera DLSR miliknya. Tiba-tiba Nazrin menghulur handphone miliknya.

'Pakai phone saya boleh nanti saya whatsapp dalam group cepat sikit kau orang mesti nak post dekat Instagram, Facebook.' Sempat Nazrin bergurau dengan mereka. Qisya di sebelahnya sudah membuat muka tidak puas hati.

'Senyumlah cik adik.' Sempat Nazrin berbisik pada Qisya walaupun mereka berdiri tidak terlalu rapat. Qisya terkejut dengan tindak lelaki itu dan memandang Nazirn dengan tajam.

'Okay done everyone.' Hafiz menghulur semula handphone milik Nazrin.

Qisya baru sahaja mahu melelapkan mata memandangkan perjalanan jauh lagi. Tiba-tiba telehpone bimbit miliknya berbunyi tanda ada Whatsapp masuk.

'Wh...what.' Qisya segera menekup mulutnya agar dia tidak menjerit di situ. Dia melihat Leya nasib baik gadis itu masih tidur dan tidak terkejut.

Qisya mengangkat kepalanya dan mencari seseorang. Nazrin mengangkat tangan dan mengeluarkan jari tanda peace pada Qisya dengan wajah selamba. Dia nampak kelibat gadis itu yang duduk selang tiga kerusi darinya di cermin pemandu. Qisya semakin sakit hati melihat gambar yang di hantar Nazrin yang sudah dia potong tinggal mereka berdua sahaja.

'Orang tua.' Qisya menghantar teks tersebut pada Nazrin. Nazrin hanya tersenyum melihat pesanan whatsapp yang di hantar Qisya.

Bas berhenti seketika di kawasan rehat untuk mereka makan dan solat. Qisya dan Leya juga turun untuk solat dan membeli makanan bekal di dalam bas. Sebaik Qisya naik dan ingin mengambil tempatnya ada plastik putih tergantung di belakang kerusi tempat duduk berhadapan dengan Qisya. Qisya duduk dan melihat isi di dalam plastik yang berisi air botol perisa teh lemon, waffle strawberi coklat dan juga gelang milik Qisya. Dia sudah dapat teka siapa gerangan yang meletak plastik tersebut. Qisya terus tersenyum melihat gelang miliknya dan terus dia memakai semula tiba-tiba handphonenya berbunyi.

Kuat jodoh gelang tu dengan kau, macam tuan dia...

Aku jumpa dalam kolam mandi mesti jatuh masa kau nak naik...

Anyway have great meal....

Aku nak tidur jangan kacau....

Panjang pesanan whatsapp dari Nazrin. Qisya memandang ke cermin pemandu dan melihat lelaki itu mungkin sudah tidur dengan cermin mata hitam yang di pakainya.

'Thankyou.' Pendek sahaja gadis itu membalas. Terdetik di hati Qisya kadang-kadang dia tidak faham dengan sikap Nazrin. Apa yang sebenarnya lelaki itu mahu.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now