happy with you

155 9 4
                                    

Pernikahan bahagia diantara Darwan dan isterinya, Naayla sudahpun hampir mencecah 10 tahun. Kesemua anak mereka telah melangkah ke alam persekolahan dan sadisnya kedua orang tua Darwan telah pun menemui ajal 2 tahun lalu akibat terlibat dalam satu kemalangan ketika baru pulang dari menziarahi kedua anak dan menantu mereka.

Satu kehilangan besar bagi Darwan dan Naayla.

Dan Naayla takut untuk menghadapi apa-apa kehilangan seterusnya.

Takdir. Tiada siapa yang tahu. Baik atau buruk, manusia tiada kuasa untuk memilihnya. Semua sudah tertulis.













"Sayang, petang ni awak ambikkan kembar dari sekolah boleh?  Saya nak bawak Diana pergi kedai buku. Saya dah janji dengan dia nak bawak dia. Boleh ke sayang?", Diana Neyle,  anak bongsu mereka yang sudah berumur 9 tahun.

Yeonjun yang sedang membetulkan kolar bajunya dan memeriksa penampilannya di cermin buat kali terakhir sebelum pergi ke kerja, memalingkan dirinya kearah Naayla yang masih sedang menunggu jawapan "okay" darinya.

"Boleh sayang. Tapi saya takut lewat sedikit ambik dorang. Tengah hari ni ada meeting, takut melarat sampai lewat petang", jawabnya sambil membetulkan rambutnya pula.

"Kalau macam tu.. Awak inform la pukul 4.30 awak boleh tak ambik DuDiDe. Kalau tak boleh takpe, saya cuba kejar masa", kedengaran mengalah dalam nada Naayla.

Yeonjun menyedarinya lalu segera berjalan kearah isterinya yang bersimpuh di penjuru katil. Dia duduk disamping Naayla sambil memegang kedua bahu wanita yang sudah berusia 31 tahun itu. Biarpun sudah menjangkau usia 30-an, Naayla masih kelihatan remaja. Seperti masih di usia 20-an. Naayla sangat menjaga bentuk tubuh dan kesihatannya serta kulitnya.

Begitu juga dengan Yeonjun, kedua mereka masih kelihatan pasangan muda. Orang lain tidak akan menyangka 4 kanak-kanak yang semakin membesar itu adalah anak-anak mereka.

Yeonjun menatap isterinya sedalam-dalamnya.Dalam hatinya sentiasa berazam untuk tidak mengecilkan hati wanita itu.

"sayang jangan macam tu. Okay, okay, saya ambik mereka. Saya kan boss syarikat. Boleh je saya excuse nak balik awal. Awak pergilah luangkan masa dengan Diana", dia mencuit hidung isterinya untuk memujuknya.

Naayla tersenyum manja melihat suaminya tidak akan jemu untuk menggembirakan hatinya. Dia terasa sangat beruntung untuk memiliki lelaki itu. Dia mengganguk lalu menghadiahkan satu kucupan di bibir suaminya.

"Awak dah lewat, saya dah packing bekal untuk awak. Ade kat atas meja makan. Dah pergi jalankan tanggungjawab suami kuuuuu~"



















Author: korang tengok cover book tentu dah boleh agak apa akan jadi dalam buku ni kan ◑ˍ◐

Serah // book 2Where stories live. Discover now