LOV{s}ER

63 9 6
                                    



"Soobin..", tangannya meraih tangan lelaki itu. Soobin tersentak atas tindakan tiba-tiba wanita itu. 

"kita nak pergi mana ni?", tanya Naayla. Mereka berdua sudah berjalan beberapa meter daripada kediaman Naayla. Seperti yang dikatakan Soobin, dia mahu membawanya ke suatu tempat.

"sikit lagi kita nak sampai.. kau dah penat ke?", lelaki itu cuba memahami situasi Naayla.

"takdelah aku okay je. Cuma tertanya je", balas perempuan itu.

Tangannya masih belum melepaskan tangan Soobin. Soobin mula tak sedap hati. Nak lepas rasa serba salah, nak teruskan pegang bini orang pulak.

"uhmm..", dia berdehem.

Naayla masih tidak perasan apa yang dia sedang lakukan. Tangannya seakan tidak mahu melepaskan genggaman itu.

"sayang.. ingat tak dulu kita selalu date kat tepi jambatan sungai belakang rumah mak ayah awak?"

"huh?!", terkejut soobin dibuatnya.

"kelakar laa masa tu.. kasut awak tercabut pastu jatuh dalam sungai. Peliknya kasut tu tak timbul pulak tu. Berkaki ayam la aw..."

"NAAYLA!"

Naayla tersentak dalam percakapannya. Dia toleh ke arah kirinya dan mendapati soobin disebelahnya. 

Dia lihat ke bawah mendapati tangannya memimpin tangan lelaki itu. Dengan pantas dia lepaskan.

"m-maaf.."

Dia berjalan pantas kehadapan, menjauhi Soobin. Matanya mula berair lagi. "kenapa aku sampai macam ni.." rontanya dalam hati.

"N-naayla..", panggil soobin.

"jauhi aku", wanita itu bersuara.

"jangan battle ni sorang-sorang naayla.. kita redah ni sama-sama", pujuk lelaki tinggi itu.

"macam mana aku nak battle. aku.. aku baru je berhalusinasi dan aku rasakan kau adalah dia.."

Dari hari pertama Soobin berada di rumahnya lagi, segala apa yang dilakukan lelaki itu, cara layanan dia malah masakan dia sama seperti mendiang suaminya.Bagaimana mungkin dia ingin move on.

"kau..dengan suami aku, tak banyak beza. Kau tak takut ke satu hari aku apa-apakan kau?"

Serah // book 2Where stories live. Discover now