kalung

48 6 4
                                    

Chapter inj mengandungi amalan sedikit khurafat sjfjskfkssks so apa apa hanya berdasarkan imaginasi saya. Jangan tiru aksi ini di rumah mahupun di mana mana.














Tujuan Soobin pada pagi itu setelah menyiapkan keperluan anak-anak Darwan sebelum ke sekolah dan juga Naayla adalah untuk mencari sejarah asal-usul Yeonjun.

Dimana dia dilahirkan.

Siapa yang uruskan ibu beliau ketika melahirkan Yeonjun.

Dia yakin. Kunci penyelesaian bermula dari situ.


Makanya dia menemui nenek yang pernah bersama Yeonjun suatu ketika dahulu sebelum dia menjadi manusia.

Knock knock

Pintu rumah yang usang itu diketuk pelan. Seorang wanita tua berambut putih membuka pintu itu dari dalam. Kepalanya didongak untuk melihat figura tinggi dihadapannya.

"Ya, kamu ke sini untuk apa nak?"

"Nek, saya Choi Soobin. Sahabat Yeonjun. Roh dia masih berkeliaran nek. Dia minta saya cari cara sama ada dia boleh tinggalkan dunia ni ataupun.. dia boleh kembali hidup".

Nenek berusia 90-an itu jalan membongkok.  "Masuklah dulu nak, kita borak kat dalam"

Secawan teh dihidangkan untuk lelaki tinggi itu. Dia mengucapkan terima kasih lalu menghirup pelan teh yang masih panas itu. Segar rasanya.

"Isteri dan anak-anak Yeonjun apa khabar?, tanya nenek itu.

"Anak-anak Yeonjun sihat. Mereka nampak positif walaupun kehilangan ayah mereka. Tapi Naayla.. Saya kesian sangat nek. Dia selalu termenung rindukan Yeonjun", ujarnya.

Nenek itu menunduk kebawah memikirkan sesuatu.

"Sebenarnya ada satu cara.. tapi kalian bahkan roh Yeonjun sekalipun mesti tak rela untuk bersetuju.."

Soobin mengerutkan dahinya. "Apa maksud nenek?"

"Yeonjun lahir dengan sumpahan, dia menjadi manusia kerana cinta yang berputik setelah mengahwini isterinya. Sejak pada itu, kesakitan dia boleh rasai. Mati itu juga pasti untuk dia.."

Soobin masih tekun mendengar.

"... Nenek ingatkan dia memang betul-betul meninggal dunia. Tapi setelah kamu katakan rohnya berkeliaran.. Dia belum mati nak.."

Soobin terbeliak mendengar ucapan nenek itu.

Apa?

"Kalau kamu tak percaya, pergilah gali kubur dia. Jasad dia masih utuh. Tak reput. Kenapa...?"

Kenapa?

"Kerana kalung yang menyimpan sumpahan itu masih belum dimusnahkan. Sumpahan masih ada tapi ia terkurung. Kalau ia dimusnahkan, maka dia akan betul-betul pergi. Jasad dia akan mula mereput"

Soobin masih ternganga mendengar segala yang dikatakan boleh nenek itu.

"Jadi.. Kalau tak dimusnahkan? Atau kalau ia keluar?", tanyanya dengan penuh debaran.

"Cerita yang sama akan berulang kembali. Yeonjun kembali menjadi separa syaitan"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Serah // book 2Where stories live. Discover now