ghosting

53 4 1
                                    

Hujan yang renyai di malam itu memberi kesejukan kepada bumi. Pokok-pokok tunduk patuh tidak mendongak angkuh keatas langit. Burung-burung dewasa berteduh didalam sarang menemani anak-anak kecil mereka yang masih belum pandai untuk terbang.

Seorang lelaki berpakaian serba putih, lebih tepat gaun hospital yang dipakainya sejak kelmarin, duduk melutut di samping sebuah batu nisan ,diukir namanya di atas batu itu.

Tapi dia masih tidak faham, kenapa dia masih 'di dunia'.

Dia bangun berdiri lalu meneruskan perjalanannya ke suatu tempat, tempat yang sangat dirinduinya-

-rumah.

Setelah tiba, dia menembusi dinding dan menemui dirinya dalam suatu kamar yang familiar untuknya. Iaitu biliknya sendiri.

Kedua matanya tertancap kearah seorang wanita sedang tidur lena di atas katil itu.

Tidak berniat untuk takutkan wanita itu, dia cuma duduk di atas kerusi terletak beberapa centimeters dari katil itu.

"Kalau aku sentuh, dia rasa tak ya?", fikir roh itu.

Dia tidak pasti adakah kehadirannya akan dirasai, tapi akhirnya dia memutuskan untuk memerhatikan wanita itu sahaja.

Tiba-tiba Naayla bercakap dalam tidur.

"Yeonjun..."

"Yeon.. jun..", panggilnya.

"Saya kat sini, sayang. Saya belum pergi sepenuhnya..", balas lelaki itu. Walaupun dia tahu suaranya tidak akan didengari.

Alangkah dia berharap isterinya juga dapat melihat makhluk halus seperti hueningkai.

Sudah tentu makhluk halus yang baik dan tampan sahaja, iaitu dia.

Haha XD!

Dia berharap dia menemui jawapan mengapa dia masih di dunia.

Serah // book 2Where stories live. Discover now