"tolong jaga dia"

67 8 0
                                    

"sarapan dah readyyyy! Dani,Dania,Daniel..Diana mari makan~!", laung soobin dari meja makan yang sedang dihidangnya dengan beberapa lauk-pauk untuk keluarga itu.


Dia mendengar bunyi deruan hentakan tapak kaki yang sedang menuruni tangga. Anak-anak Darwan sedang berjalan menuju kearah meja makan. Dia perasan sesuatu. Anak-anak itu mengenakan pakaian seragam sekolah.


"eh, korang start sekolah harini ke?", tanyanya kerana hari ini baru hari kedua setelah pemakaman Darwan. Sepatutnya mereka bercuti tiga hari.


Anak-anak itu berpandangan sesama sendiri untuk memutuskan siapa yang akan bercakap. Akhirnya Dani selaku abang sulung bersuara, "kami sengaja nak sekolah harini. Duduk kat rumah macam ni.. jadi sedih sebab asyik teringat kat papa. Kalau kat sekolah okay sikit kut, boleh gelak tawa dengan kawan-kawan lain", ujarnya.


Soobin memandang anak-anak itu dengan pandangan redup. Dia kasihan akan anak-anak itu tapi kagum akan kematangan mereka dalam mengatasi kesedihan mereka.


"okay takpe. Sekarang korang makan dulu. Siap nanti uncle hantarkan korang ke sekolah", pelawanya sambil menyenduk nasi ke dalam mangkuk untuk mereka.


"takpe,kami pergi dengan driver kami. Uncle duduk rumah jelah dengan mama.."


Soobin berhenti menyenduk. Baru dia perasan apa khabar la keadaan wanita itu untuk harini.


Dania duduk di atas kerusi meja makan itu lalu mengambil sendiri nasi untuknya. "takpe uncle,kami boleh buat sendiri. Uncle rehat lah dulu. Ataupun marilah makan sekali", ajaknya.


"er..er takpe makanlah dulu. Uncle nak naik bilik jap", lalu dia terus meninggalkan budak-budak itu untuk menuju ke tingkat atas tetapi bukan untuk ke biliknya, tetapi bilik Naayla.


Dia mengetuk pintu beberapa kali untuk memaklumkan kehadirannya pada wanita itu. Tidak berapa lama setelah itu, pintu dibuka dan dia mendapati Naayla masih dalam pakaian tidur semalam.


"kau okay tak? kenapa pakai baju semalam? dah...mandi belum..?"


Naayla hanya menggelengkan kepalanya. Kedua matanya tertunduk ke bawah, enggan bertentang mata dengan soobin.


Soobin tiada pilihan. Dia memegang tangan wanita itu lalu menariknya mereka berdua masuk kedalam bilik semula. Dia tidak menutup pintu untuk mengelakkan salah faham oleh kanak-kanak itu nanti.


Dia mendudukkan Naayla ke atas katil kembali lalu dia berjalan ke arah almari pakaian. Dia membelek beberapa baju lalu menariknya keluar. Soobin turut mengambil sehelai seluar lalu meletakkan pakaian-pakaian itu di samping Naayla yang masih duduk termenung kosong. Kemudian dia masuk ke dalam bilik air untuk menyediakan tub mandi air suam untuk Naayla.


Dia kembali semula pada Naayla lalu duduk di samping wanita itu. Dia memegang kedua tangannya dengan berhati-hati. "pergi bersihkan diri kau dulu. Lepas tu turun makan, siap makan, aku nak bawak kau jalan-jalan ambil angin kat luar".


"aku mimpi dia semalam..", akhirnya Naayla bersuara.


"siapa"?


"suami aku", jawabnya.


"mimpi pasal apa"?


"dia cakap.. dia masih kat sini.." Naayla meraup wajahnya dengan kedua tangannya. "aku ni dah on the way nak gila ke? aku taknak terus macam ni tapi kalau aku asyik rindu dia macam ni, jangan katakan anak-anak aku, aku sendiri dah tak terurus"


Soobin memegang kedua bahu Naayla lalu menggosoknya kecil untuk menenangkannya. "ambik benda baik je dari mimpi tu. Mungkin maksudnya Yeonjun selalu ada disisi kau walaupun dia dah kat atas.."


"hm okay sekarang kau pergi bersih badan dulu. Aku tunggu kau kat bawah untuk kita makan sama-sama. by the way budak-budak tu pergi sekolah harini. Aku dah tanya kenapa tak pergi lusa, dorang cakap sengaja nak pergi sekolah harini. ahh pastu driver yang hantarkan dorang. So kau tak payah risau"


Naayla menggangguk setelah mendengarnya. "terima kasih bin, kau banyak tolong aku masa aku tengah susah. Nanti aku balas balik"


Soobin senyum kecil. "tak payah. aku ikhlas tolong korang semua. Aku tak harapkan ape-apepun..aku cuma nak kau dengan anak-anak yeonjun gembira"

Serah // book 2Where stories live. Discover now