permintaan baru

54 5 1
                                    

Soobin menguap dan menggeliat setelah berasa cukup tidur di pagi itu. Dia bangkit lalu menggosok-gosok matanya. Kemudian dia membuka langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sebaik sahaja dia berhadapan dengan cermin bilik air yang luas itu, dia terjerit besar, matanya bulat dan dia hampir jatuh terduduk sebaik sahaja melihat sesuatu..

"Soobin, ni aku, YJ"

Ditulis di cermin dengan calitan ubat gigi.

Nafasnya kencang turun naik. "Yeonjun??"

Fikirannya mula berfikir sesuatu kebiasaan yang manusia fikir.

"Maaf!  Maaf!  K-kau yang cakap kat aku untuk jaga keluarga kau, t-tapi.. kenapa kau jadi hantu??  Roh kau tak tenang ke? Kau nak aku pergi dari sini ke?", dia bercakap secara rawak, mengharapkan hantu itu mendengarkan dan memaafkannya.

Tiba-tiba, cermin bilik air itu diketuk beberapa kali. Tetapi Soobin menyedari ketukan itu berlaku sebanyak 5 kali.

"AHHH!" , dia berteriak sekali lagi, ketakutan.






Yeonjun's POV

Yeonjun Darwan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sahabatnya yang ketakutan itu.

"Aku nak buat camne biar dia sedar aku ni hantu tapi baik?"

Dia keluar dari bilik air itu lalu menuju ke laci meja, mengambil pen dan kertas.

"Mujurlah aku boleh memegang peralatan.."

Dia menuliskan sesuatu di kertas itu, lalu meletakkannya di atas katil.

"Aku harap soobin baca ni, dan dia tak ketakutan dahlah". Dia meninggalkan bilik yang diinap oleh soobin itu lalu menuju ke bilik anak-anaknya pula.






Soobin's

Soobin keluar dari bilik air setelah berjaya menenangkan dirinya.

"Mungkin aku rindu dia sangat kut sampai berimaginasi..", fikirnya.

Dia perasan ada kertas di atas katil itu. Dia yakin kertas itu tiada disitu sebelum ini. Dengan ragu-ragu dia mengambil kertas itu lalu membacanya.

"Soobin, jangan takut. Ni betul-betul aku, yeonjun. Betul, aku dah takde tapi roh aku masih disini. Kau jangan bimbang aku bukan nak marah ataupun cederakan kau, cuma aku nak kau tolong aku sesuatu, tolong cari tahu kenapa aku masih boleh berkeliaran.."

Lalu dia melihat di sisi paling bawah di sudut surat itu,

"...terima kasih sgt2 , kau tunaikan permohonan terakhir aku sebelum aku mati. Sekarang tolong aku untuk betul- betul pergi dari dunia ni.. Aku tak boleh terus macam ni, aku kene naik atas tapi aku tak tahu macam mana"

Soobin melipat surat itu setelah membacanya. Dia memandang disekelilingnya. "Jadi yeonjun boleh tengok aku sekarang.. Aku je tak boleh nampak dia"

"Aku tak boleh bagitahu Naayla pasal ni. Aku kene tolong abang dan selesaikan hal ni dengan sendiri aku.."

Dia kemudian segera ke dapur untuk mula memasak untuk keluarga Naayla.




Serah // book 2Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt