im not your dad (1)

59 5 4
                                    

Kelas sains pada petang itu akhirnya melabuhkan tirai. Cikgu Lee mengarahkan anak-anak muridnya untuk mengemaskan barang-barang mereka untuk siap sedia menunggu ibu bapa ataupun penjaga datang menjemput mereka.

Dani, Daniel dan Dania menyimpan buku dan peralatan tulis mereka. Kegiatan mereka terhenti tatkala Cikgu Lee memanggil salah seorang daripada mereka.

"Dani? ,mari sini sekejap cikgu nak maklum sesuatu"

Tanpa berfikir panjang, Dani berjalan hingga ke hadapan kelas untuk menemui cikgunya.

"Dani, tadi papa awak call, dia cakap petang ni kawan papa kamu yang ambik kamu bertiga. Nama dia uncle Soobin, boleh cikgu confirm kamu kenal tak lelaki tu?", sudah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menjaga keselamatan anak-anak murid mereka. Mereka harus memastikan hanya orang yang terdiri daripada keluarga atau mereka yang murid-murid kenal sahaja dibenarkan untuk mengambil mereka di sekolah.

Dani termangu seketika sebelum mengangguk laju. "Oh, kenal!  Dia memang kawan papa saya. Tapi cikgu,kenapa papa tak boleh datang ambik?", soal kanak-kanak itu.

Cikgu Lee juga tidak tahu apa-apa. Memang Darwan menelefonnya untuk maklumkan tentang itu tapi tidak mengemukakan alasannya.

"Cikgu tak tahula Dani, papa kamu suruh maklumkan macam tu. Hmm ok korang tiga siap-siap tau nanti uncle soobin tu sampai"

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya satu figura tinggi datang menerpa di pintu kelas. Soobin telahpun tiba.

"Ya encik cari siapa?", cikgu Lee bertanya ramah.

"Saya datang untuk ambik anak-anak encik yeonjun, kawan saya yang maklumkan pada cikgu tadi"

"Uncle soobinnnnnn!!!" tiga kembar itu berlari mendapatkan uncle kesayangan mereka. Mereka memang pun rapat cuma sejak dua menjak ini jarang sedikit soobin dapat bertemu dengan anak-anak itu kerana sibuk dengan kerja.

"Heyyy Dani, Daniel, Daniaaa. Harini uncle yang pick up korang. Nak ice cream tak?  Uncle belanja yang mahal punyaaaa"

"NAKKK!!", serentak tiga serangkai itu menjawab.















"Papa kat mana, uncle?", memang sudah dapat diagak itu soalan pertama akan ditanya. Soobin memegang stereng kemas, masih memikirkan jawapan yang selamat untuk diberi.

"Papa korang katanya nak belikan sesuatu special untuk korang. Sebab tu uncle ambik korang ni", tipu sunat diberi oleh soobin.

"Wowwww!  Apa tu agak-agaknya??", ceria Dania tidak menyabar untuk mengetahui apakah kejutan itu.

"Papa kitorang memang banyak surprise. Sebab tu mama sayang betul kat papa. Kami pun sayang sangat kat papa. Papa memang ayah yang hebat", pintar dan matang si Dani berkata-kata. Meskipun baru berusia 10 tahun, dia sudah menunjukkan ciri-ciri anak sulung yang semakin matang dari segi tingkah laku dan percakapannya.

Soobin hanya tersenyum kelat. Mungkin dengan anak-anak ini dia boleh tipu.

Tapi tidak pada Naayla.

Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di perkarangan banglo mewah milik Darwan. Naayla yang dengar bunyi kereta segera keluar dari pintu.

Dia aneh. Bunyi kereta ini bukan milik kereta suaminya.

Dia melihat ke luar. Kelihatan tiga kembarnya keluar dari perut kereta itu. Soobin Alex mengekori mereka setelah itu.

"Soobin?", panggil Naayla.

Soobin menunduk hormat 45 darjah. Dia memikirkan ayatnya yang seterusnya. Kali ini, dengan perempuan ini, dia tidak boleh berahsia.




"Boleh saya bercakap dengan awak sekejap?"






































Naayla hampir pengsan. Mujur dia sempat berpaut pada lengan soobin yang sempat menangkapnya.

Dia lemah lutut setelah mendengar berita itu.

"M-macam mana boleh jadi...? Dia boleh sembuh kan? Boleh buat surgery kan???

Soobin tidak dapat memberi sebarang jawapan untuk itu kerana dia pun tidak pasti.

"Saya nak pergi lawat dia-", tanpa berfikir panjang Naayla segera membuat keputusan.

"T-tapi.. Anak-anak tu macam mana?", soobin mengingatkan Naayla anak-anak kecil itu masih tidak mengetahui apa-apa.

"Soobin.. Awak.. Tolong tinggal dengan mereka sekejap?  Saya cuba untuk balik awal. Ganggu awak tak?"

Soobin sememangnya tidak kisah lagipun budak-budak itu sudah besar, bukannya hingusan mentah lagi. "Takpe saya boleh jaga mereka. Awak pergilah jumpa Yeonjun. Hati-hati"

"Cakap dekat anak-anak saya, saya pergi beli barang dapur. Biasanya dorang tak kisah",  kata Naayla.

"Oh dan satu lagi..."

"Buatlah macam rumah sendiri. Ambiklah apa-apa kat dapur untuk awak makan, nak mandi ke, ikutlah"

Serah // book 2Where stories live. Discover now