serah

65 4 11
                                    

Soobin, Naayla bersama keempat-empat anak-anak itu tiba di hospital. Anak-anak itu masih bingung mengapa mereka kesana.

"Kenapa kita datang sini mama?  Sape sakit?"

Naayla tidak menjawab pertanyaan itu lalu terus membawa mereka semua menaiki lift. Setibanya di hadapan satu pintu bilik wad, Naayla mengarahkan Dani, anak sulungnya untuk membuka pintu. Dani mengetuk pintu itu terlebih dahulu.

Mereka berempat mengintai ke dalam serentak. Mata mereka terbeliak, mulut mereka terlopong.

"Papa!!"

Mereka segera mendekati lelaki itu lalu memeluknya beramai-ramai. Darwan membalas pelukan mereka dan mengosok kepala mereka seorang demi seorang.

"Papa.. Papa sakit apa.. Muka papa pucat..", Diana bertanya dengan wajah murung.

"Papa sakit biasa je. Doktor suruh duduk sini sampai papa kuat balik..", dia senyum.

"Kalau macam tu, biar kitorang duduk dengan papa sekali. Biar papa cepat sikit kuat. Papa kan pernah cakap, kitorang ni kekuatan papa", si anak Diana itu pintar berkata-kata. Tetapi ucapannya itu membuatkan yeonjun, Naayla dan soobin berasa hiba.

"Boleh.. Diana, semua anak papa boleh duduk sini. Tapi hari sekolah, kene sekolah. Kerja sekolah jangan tak buat. Ulang kaji kene selalu. Faham?"

"Faham papa. Jadi harini, biar kitorang teman papa!!"

Soobin hanya memerhatikan keluarga itu dari belakang. Dia ingin sekali berborak dengan yeonjun tetapi dia memberi ruang untuk kanak-kanak itu dahulu.

Yeonjun mengalih pandangannya kearah soobin yang hanya diamkan diri sejak tadi.

"Soobin", panggilnya.

"Terima kasih..tolong tengokkan mereka semua. Aku tak tahu nak balas apa kat kau.."

Soobin hanya tersenyum kecil. "Takde apa kau perlu balaskan. Aku nak kau.. sihat balik je..", senyumannya terhenti apabila dia menyedari apa yang dikatanya.

Yeonjun memandang kosong. Naayla yang sedang berdiri di antara mereka cuba menahan air mata.



Ergh. Uhuk!  Uhuk!

Batuknya kembali. Dadanya terasa senak dan sesak.

"Sayang!?", Naayla bergegas ke katil melihat keadaannya dengan lebih dekat.

"T-tak.. Uhuk!  Tak-bo.. leh.. Arghh uhuk!  Bernafas.."

"Soobin!  Panggil doktor cepat!!", laung Naayla.

Anak-anak mereka yang tidak mengetahui apa-apa menggosok-gosok tubuh belakang papa mereka.

"Mama.. Papa kenapa-"

"Kalian berempat, keluar sekarang!  Biar mama dengan papa je! Cepat keluar!!", arah si ibu kepada anak-anaknya.







Soobin bergegas berlari mendapatkan doktor dan jururawat. Setelah menjumpai mereka, dia kembali ke wad bersama petugas-petugas kesihatan.

Naayla terketar-ketar memangku Darwan yang semakin pucat berbanding kebiasaan. Dia batuk mengeluarkan darah dengan sangat banyak.. terlalu banyak.

"Awak.. jangan tinggalkan saya.."

"Puan, minta keluar dahulu. Biar kami cuba sedaya kami untuk selamatkan suami puan", pohon salah seorang jururawat di kalangan mereka.

Naayla tidak mahu berganjak. Dia tetap mahu berada di samping Yeonjun.

"Puan.. Tolong bagi kerjasama.."

"TAKNAK!!  SUAMI SAYA PERLUKAN SAYA! BIARKAN SAYA KAT SINI!!"

Soobin yang sedang menyaksikan mula tidak sedap hati melihatkan naayla seakan mula bersikap degil.

Dia terpaksa menggunakan tenaga lelakinya untuk menarik Naayla menjauhi Darwan. Genggamannya tidak terlalu menyakitkan tapi cukup kuat untuk meleraikan pegangan Naayla pada suaminya.

"TAKNAK!!  SOOBIN LEPASKAN AKUU! DARWAN DAH NAZAK AKU KENA DUDUK DEKAT DIAA!!"

Naayla meronta-ronta menangis tatkala dia masih ditarik menjauhi Yeonjun yang mula diberi bantuan pernafasan oleh doktor.

Darwan, sudah separuh nyawa. Darah yang keluar merumitkan lagi keadaan. Ternyata kansernya menyerang dengan mendadak sehingga ke saluran pernafasan utama.

Akhirnya soobin berjaya membawa Naayla keluar dari wad serta merta. Pintu segera ditutup dan dikunci oleh jururawat dari dalam.

Naayla, penuh perasaan marah memukul mukul dada sasa soobin.

"KAWAN KAU NAZAK KAT DALAM!  KENAPA KAU TARIK AKU KELUAR??!", naayla terus menerus meneriak, tidak menyedari anak-anaknya sedang menyaksikan dari sebuah kerusi panjang di lorong wad itu.

"Naayla, jaga emosi kau. Budak-budak tu tengah tengok..", soobin memberi peringatan.

Naayla memandang ke belakang, melihat anak-anaknya tercengang melihat ibu mereka berwajah merah padam, rambut kusut masai, air mata mengalir deras ke pipi.

Soobin kasihan melihat wanita sebayanya itu. Tidak dapat diungkapkan betapa runtunnya hati wanita itu ketika itu.

Dia tahu dia tidak patut. Bahkan dia tidak mahu.

Tetapi dia ingat akan pesanan sahabatnya.





















"Soobin, nanti satu hari kalau aku takde.. Kau jaga Naayla?"

"Apa kau merepek ni bang? Taknak lah aku, bini kau kut"

"Aku tak merepek soobin. Aku serious ni. Tolong jagakan dia. Sebab aku tahu, dia tidaklah sekuat yang aku nampak. Dia memang wanita yang kuat. Dia tabah, dia cekal. Tapi aku tahu kelemahan dia. Aku kenal dia lama dah soobin, dia sebenarnya lemah .. Bila aku takde"

"Sekarang ni maksud kau apa yeonjunKahwin dengan dia ke apaYeonjun please jangan macam ni senang2 je kau buat keputusan-"

"Kau taknak kahwin pun takpe. Aku mintak jagakan je. Jaga anak-anak aku jugak. Aku tahu kau boleh. Aku tahu kau sayangkan jugak anak-anak aku. Tapi soobin, kalau satu hari.. Kau jatuh hati kat naayla.."




















Soobin menunggu jawapan dari si lelaki itu. Dia tidak sanggup mendengar apa-apa lagi tapi sebaik sahaja lelaki itu menyambung kata-katanya..






















"Aku benarkan kau.. Kahwini isteri aku"
















Naayla terus menangis dan menangis di sebalik pintu wad itu. Dia menyebut-nyebut nama Darwan berkali-kali dengan suara yang lemah.

Soobin duduk melutut disamping wanita itu. Dia melakukan sesuatu yang tidak disangka oleh Naayla.

Soobin Alex mendakap tubuh kecil wanita itu, merapatkan kepalanya di dadanya untuk member semangat kepada Naayla.

Serah // book 2Where stories live. Discover now