Bab 2

1.9K 196 16
                                    

Hari minggu membuatkan suasana di dalam Mall Aeon ini tampak lenggang. Mereka berhenti di sebuah kedai kasut Nike.

"Pergilah pilih" Farhan mempelawa.

Aiman dan Aniq lantas berpandangan sesama sendiri.

"Eh, tak perlulah. Kitorang punya kasut cantik lagi" Aniq menolak. Tidak selesa dengan pelawaan itu.

"Tak apa, Kak Ayra yang belanja" Ayra yang berada disebelah Farhan pula bersuara.

"Betul ni? Tak tipu?" Kakaknya dipandang berkali kali.

"Betul" Ayra mengangguk lagi. Mereka berdua tersenyum, kemudian melangkah masuk ke dalam dengan keterujaan yang membendung diri.

"Kau belanja, but aku bayar" Farhan mengenyitkan sebelah matanya. Ayra membuat wajah hendak muntah.

"Tak payahlah. Saya ada aje duit" Ayra menolak lagi. Kaki dibawa mencari kerusi di dalam kedai tersebut. Dia melabuhkan punggung di situ. Farhan pula duduk di kerusi di hadapannya.

Worst-View betul!

"It's not about you ada duit ke tak. It's about aku ikhlas. Ikhlas nak rapat dan berkawan dengan diorang" dia cuba meyakinkan Ayra lagi.

"Kenapa nak berkawan dengan adik adik saya?" Mata dilarikan dari memandang wajah itu. Lower your gaze ukhti!

"Ermm, because of you?" senyuman terkoyak dibibir. Menanti balasan dari Ayra. Mata terbuntang gadis tersebut, mengungkap segalanya.

"Hesh, apa aje yang awak merepek ni?" Kepala yang tidak gatal digaru.

"Ayra, cantik kau pakai tudung" Farhan memuji. Ayra yang terkulat kulat menerima pujian, serta mereta tersenyum kelat.

"Jangan tanya kenapa saya tak pakai tudung haritu, Saya sepak awak!" Amaran diberi. Melihatkan senyuman mengejek itu dia rasa tersindir.

"Kenapa? Kenapa kau tak pakai tudung waktu tu?" Farhan memang berani mati!

"Ish, waktu tu...saya down. Saya stress. Hati saya sakit. Jiwa saya bercelaru. Yang ada dekat kepala saya waktu tu cuma, saya nak keluar dari rumah tu" peristiwa yang menimpa keluarganya tempoh hari meninggalkan parut yang dalam dan takkan pernah dapat dihapuskan.

Farhan terdiam sebelum dia berdehem.

"Sorry" itu sahaja yang mampu dia ucapkan. Kalau boleh, dia nak peluk dan cium gadis dihadapannya. Membisikkan kalimat cinta yang tenang bahawa dia bakal sentiasa ada di sisi.

"Kau, pernah jatuh cinta?" Soalan cepumas dilontarkan. Fokusnya kini hanya buat Ayra Hijanna.

Banyak pula soalan dia! Cepatlah aku nak balik!

Farhan dipandang sekilas sebelum tawanya meletus.

"Saya normal. Alhamdulillah, allah masih titipkan perasaan fitrah tu" tangan naik membetulkan tudung. Bahagian dada yang terdedah membuatkan dia tak selesa. Tulah, dulu mak bapak ajar pakai tudung betul betul tak nak dengar!

"Can I know, who's your first love?" Farhan senyum senget. Badan disandarkan kebelakang lalu tangan diseluk ke dasar poket.

"Sibuk je!" Ayra mendengus. Dia juga turut bersandar kebelakang.

"Bukan selalu"

"Malas!"

"Ayra, sharelah"

Ayra menjeling. Dia fikir dia siapa? Member aku?

"Share ah" Farhan memujuk lagi.

"Jangan sibuklah"

"Sharelah, sayang" eh, kembang tekak aku lahai!

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now