Bab 35

823 88 7
                                    

MATA kelabunya diam merenung Ayra yang lena di sisinya. Wajahnya kosong tidak beriak, namun di dalam hati sudah berselirat dengan berbagai perasaan. Takut, risau, sebak dan bermacam-macam lagi. Kalau masa bisa diputarkan kembali, sememangnya semua perkara ni tidak akan berlaku . Dia akan pastikan.

"Jangan pergi sana"

"Jangan...tak nak pergi sana!"

"Abang...kita jangan pergi sana"

Suara tangisan itu kerap menghantuinya dan kala itu juga hantinya retak dan hancur. Kalaulah dia dengar akan kata-kata itu, pastinya semua ini tidak bakal berlaku. Dia takkan pernah hilang sesiapa. Semua silapnya.

Tak semena-mena air mata jantannya turun mengalir. Ayra yang masih nyenyak terlena didakap erat. Menghamburkan tangis tanpa suara. Sakitnya itu, hanya tuhan saja yang mengetahui. Kalau diikutkan hati, dia rela mati menggadai nyawa untuk 'dia'. Namun, dia sedar akan tempat dan darjatnya. Hanyalah seorang hamba, rendah dan hina. Tak mampu melawan takdir-NYA.

Terasa gerakan kecil dari Ayra. Lantas tangan naik mengesat air mata yang sudah berjuraian. Pelukan di longgarkan sedikit tapi tidak dilepaskan. Wajah mamai yang melawan kantuk itu dipandang sayang. Beban yang terasa menumpuk di bahu, bagaikan terlepas begitu sahaja. Buat sementara waktu.

"Pukul berapa?" Suara serak Ayra buat dia ketawa. Jam tangan yang sedari tadi belum dibuka, ditilik sekilas.

"5.36 petang. Jom bangun, kita dah lambat asar. Jemaah tau" bahu isterinya ditolak sedikit lalu lengan yang sudah lenguh menampung kepala tadi direnggangkan sedikit.

"Sakit eh? Sorry" kepala dipalingkan kebelakang. Wajah serba salah Ayra menyapanya. Satu senyuman dicarik bersama gelengan.

"Tak apa. Sikit je ni"

Kruk!

"Aduhhhh!"

"Sikit ke macam tu? Awak ni pun" Ayra turun dari katil mendekati suaminya, wajah Farhan tika itu jelas menunjukkan riak hampir menangis. Bibir diketap menahan tawanya dari terletus. Bahu lelaki itu dipegang.

"Janganlah nangis tak macho! Buruk! Tahan air mata tu! Tahan!" Pipi Farhan ditekup dengan tangannya. Lelaki itu menepis laju. Ayra hamburkan tawa.

"Mana ada saya nangis. Sakit je" masih mengawal egonya. Rasa nak patah tangan sebenarnya!

"Elelele, cover malu lah tu!" Tangan tak habis mencucuk-cucuk pipi itu. Farhan menepis rimas. Butang lengan baju dibuka lalu dilipat hingga kesiku. Tuala yang tergantung dibelakang pintu dicapai laku dilemparkan ke bahu. Stokin di kaki juga dibuka.

"Like for real, muka awak macam nak nangis. Cry baby! Cry... hahaha" Ayra membuka langkah sama. Kain baju kurungnya dibuka meninggalkan seluar track yang masih dipakai. Tuala biru yang tergantung dibelakang pintu turut dicapai lalu digantung ke bahu.

Farhan menjeling isterinya itu dari depan. Nafas ditarik dalam, sabar. Sejujurnya, memang benar sakit tapi tak adalah sampai menangis. Ayra yang masih mengekek ketawa diendahkan kemudian berlalu masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Pintu ditutup kuat tanda protes. Sekurang-kurangnya hati yang sayu tadi kembali berbunga.

Tawa Ayra pecah dan semakin kuat. Terhibur telatah suaminya itu.

•••

Fail setebal gunung everest bertimbun di atas mejanya. Sesak nafas jadinya. Blazer hitam dibuka dan disangkut pada kerusinya. Punggung dihenyak kuat pada kerusi hitam dihadapan mejanya. Tangan naik menongkat dagu. Kemudian, pintunya diketuk.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now