Bab 51

919 88 16
                                    

BERMAIN dengan hujung baju sendiri. Mereka telah diheret ke dalam sebuah bilik gelap yang berpintu besi. Mata dan tangan ditutup dan diikat. Entah di mana mereka sekarang ini pun tidak diketahui. Hanya ada satu lubang udara disiling, agak meyakinkan bahawa tiada siapa yang bakal menemui mereka di sini.

"Wrong time ke kita datang tadi?" Tiara yang duduk di bermain jari di sel sudut paling hujung menyoal. Kesian, baru aje kahwin dah terheret sekali dengan masalahnya. Rasa serba salah menghurung diri. Tak patut dia meminta Tiara membawanya ke sana. Tetapi, kalau dia tidak ke sana tidak dapatlah dia bertemu Farhan buat kali yang 'terakhir'.

"Pada engkau, mungkin. Pada aku, itulah setepat-tepat masa kita sampai. Aku memang dah lama tahu ni tempat aku cepat atau lambat" tangan naik memegang kepala sendiri. Serabut.

"Maksud kau?"

"Diorang nak harta dan kepuasan dendam. I'm the key to everything. Diorang tak boleh dapat dengan Tariq atau even siapa-siapa. Aku satu-satunya waris harta atuk aku. Clishé tak? I don't know, lawyer buka buku, nama aku first sekali kena petik"

"Ayra...kau dah ingat?" Terangkat sedikit tubuhnya, esakan sahabatnya mula bergema ke segenap ruang. Terpempam juga dengan kenyataan yang meluncur di bibir pucat itu. Tak pernah menyangka bahawa gadis itu sudah ingat akak segalanya. Ada rasa gembira dan sedih yang bercampuk aduk.

Ayra mengangguk lemah dalam esakannya. Semuanya bagaikan ulang tayang sewaktu dia pengsan tempoh hari. Kebenaran yang disangka seindah pelangi musnah akibat hakikat kehidupan realiti dirinya. Dari awal peristiwa permergian atuknya, pertemuan pertama bersama Farhan, status diri gadis kecil bernama Anissa, konflik keluarga yang tak pernah menemui nokhtahnya, manusia berhasrat dengki dan dendam yang tersimpan sejak sekian lamanya.

"Dia nak aku, aku ada apa yang dia nak. Aku kena keluar, confront him"

Tiara masih tercengang disudut sel sendiri, rasa macam bahan uji kaji pun ada duduk dalam bilik kotak berkaca lutsinar tapi versi bawah tanah yang berhabuk lagikan gelap.

"You...crazy monkey"

"I know right"

•••

"Apa kau buat kat sini? Kau tak sihatlah lagilah" Theo mendekati Farhan yang berkerusi roda memasuki bilik siasatan. Pembedahan mengeluarkan peluru di dada lelaki itu berjalan dengan lancar. Sebelah kaki Farhan turut luka yang entah bila terkena sesuatu. Lelaki itu terpaksa berkerusi roda ditolak oleh Tariq di belakang. Mereka tak terus ke hospital kerana tak mahu ia menjadi kes polis secara besar-besaran. Biarlah dia uruskan dan jelaskan sendiri pada abangnya yang juga merupakan seorang polis.

Dia percayakan Firhad. Lelaki itu turut menyediakan pasukan kecil khas untuk kes peribadi ini. Usai pihak atasan bersetuju dengan visi dan tujuan penyiasatan peribadi ini, mereka terus memulakan langkah pertama untuk mengesan keberadaan Tiara dan Ayra yang dipercayai dikurung di suatu tempat.

"Ini Farhankan?" Kedua tangan naik berpeluk tubuh, sebelah keningnya terangkat-angkat menayangkan riak berlagak. Theo menjeling sahaja.
Lali dengan sikap rakannya itu.

"Farhan, sini abang nak tunjuk" perasaan akan Firhad yang memanggilnya mendekati sebuah cermin tingkap dihujung bilik, terus lengan Tariq ditepuk untuk menolaknya ke sana.

"Kau ni berat juga eh? Dahlah kuat cemburu, nak kata handsome aku lagi handsome. Haish, kesian buah hati aku tu dapat kau" sempat memerli Farhan yang duduk dikerusi roda itu.

"Buah hati abah kau. Lagi satu, cemburu-cemburu pun dia pilih aku, kau ada? Tak ada kan. Dah senyap tolak aku ke sana. I paid you for this okay, aku ambil balik nanti"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now