Bab 49

917 89 42
                                    

Media: Tiara's wedding dress


TERSERGAM Indah pelamin bertemakan putih suci di hadapannya. Bunga-bungaan ros putih dan merah menjadi penambah seri yang menghiasi pelamin sederhana itu. Kata uminya, buat sederhana dahulu untuk persandingan belah keluarga mereka. Kerana belah pengantin lelaki, sudah merancang persandingan yang lebih gah dari ini. Sungguh, tuhan sahaja yang tahu betapa rendah diri dan serba salahnya dia pada keluarga bakal suaminya itu.

Busanan pengantin yang tersarung dibadan ditilik lagi dan lagi. Bukan hendak memuji diri sendiri, tetapi dress sederhana ini katanya buatan tangan bakal ibu mentuanya. Dari bawal manik, veil dan handsock juga buatan tangan wanita itu. Terharu, satu rasa yang mampu dizahirkan. Tatkala sudah sah menjadi ibu mentuanya nanti, bakal dia peluk-peluk wanita itu mengucapkan tanda terima kasih dan terharunya.

"Kak, lama lagi ke kau nak tenung baju tu? Dah cantik dah. Sini-sini, nak pakaikan veil" Atina, adik bongsunya memanggil. Mereka hanya tinggal dua beradik setelah abang sulungnya Thaqif meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sampai saat ini, dia masih tak dapat menerima pemergian abang kesayangan itu hingga terasa kehadiran lelaki itu disisinya.

Sentiasa.

"Dik, macam mana kalau abang ipar kau nanti tak handsome?" Tiara sempat melontar gurauan buat menghilang gugup.

"Derh, aku dah tengok gambar dia. Helok je! Nama pun sedap, cute gitu"

"Cute ke nama dia? Biasa je akak baca haritu. Tariq Ammar bin Mahmud, basic nama lelaki melayu aje akak rasa" Tiara menongkat kepala dengan sebelah tangan yang menahan lentokan kepada ke kanan. Maklumlah, berhias tengah ruang tamu. Mana nak ada kerusi.

"Kau rasa. Aku lain"

"Nak kata, standard aku lagi eloklah kan?" Tawa kecil terletus dibibir.

"Choi! Nanti kau tengoklah t siapa lagi tinggi siapa lagi rendah. Plus, aku dengar lelaki kalau beraura pengantin mengancam kak!"

"Gatal"

Atina mencebik.

"Cakap je"

"Okay done!" Atina bersorak sendiri setelah siap meletakkan Tiara dan veil di atas kepala kakaknya, Tiara. Ha, ada lawak hambar di situ!

Tiara tegakkan semula kepala. Memerhati lagi segenap wajahnya yang disolek tipis dan kepala yang dihiasi veil manik kecil dan Tiara bersalut perak.

"Okay kejap, akak nak ambil something" penuh berhati-hati dia berjalan naik ke biliknya. Laci meja solek dibuka. Rantai cincin pemberian Theo tempoh hari telah disimpan rapi di dalam sebuah kotak baldu.

Makin berkerut dahinya, menyedari kotak tersebut sudah tiada ditempatnya. Kalut jadinya, segenap ruang bilik dicari. Tetap tiada.

Keluar sahaja dari pintu bilik, wajah Puan Aida uminya menyapa pandangan. Segara bahu wanita itu dipegang.

"Umi, nampak tak rantai cincin kakak yang kakak simpan dalam kotak merah dalam laci?"

"Yang kawan lelaki kau bagi tu?" Tiara terdiam selepas itu. Kemudian, dia mengangguk juga.

"Aku dah bagi orang"

"Umi!"

"Huh...Tiara, sebelum kau marah umi. Umi nak kau tahu yang bakal suami kau yang suruh"

Tidak. Tak mungkin. Tariq sekejam itukah? Mana lelaki itu tahu dia punya rantai itu?

"Kalau ye pun, janganlah bagi orang sesuka hati umi. Tanya kakak, kakak boleh bagi pada Ayra ke atau sesiapa sahaja yang kakak percaya. Rantai tu, penting umi" wajah tak berperasaan uminya dipandang dengan satu rasa kecewa. Membuak amarahnya tatkala berita itu sampai ditelinganya sebentar tadi. Apa salah rantai itu?

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now