Bab 15

1.2K 127 18
                                    

PINTU bilik yang terbias cahaya kebiruan dari luar dikuak kasar. Pelbagai peranti elektronik dan perisian komputer komputer canggih penuh mengisi ruangan bilik sederhana besar itu. Skrin besar dan beberapa monitor kecil turut memenuhi segenap rataan dinding.

Room 34 : Dark Cases Investigation 1

Nama bilik yang sedang diterjahi sekarang. Tiga orang lelaki yang tadinya sibuk menggodek komputer terus berpaling kearahnya.

"Eh, Farhan. Kau buat apa kat sini?" Terpapar riak hairan diwajah seorang Theo Arfan. Begitu juga dengan dua lelaki yang lain.

"Kenapa? Aku tak boleh ada kat sini ke?" Farhan menyoal dengan nada sinis. Maaf ye, dia yang melabur untuk dark cases ni. Heh!

"Alaa, tu pun nak sentap! Dah sini, kitorang jumpa something" terus saja kaki dibawa mendekati tiga lelaki itu. Mata dikecilkan cuba meneliti skrin yang ditunjukkan.

"Rakaman ni diambil sepuluh minit lepas Encik Farhan arahkan kami untuk track location diorang, which is the suspek tu. So, masa kami dah berjaya track tu, lelaki ni dah tak ada kat dalam mall. Jadi, kami terus hack CCTV luar untuk track diorang and...this is what we got"

Rakaman seorang lelaki berjaket hitam yang dia jumpa di kedai buku tadi. Lelaki itu tidak keseorangan. Tangannya menghulur sebuah telefon dan disambut seorang lagi lelaki yang elok duduk diatas motor bersama puntung rokok dibibir. What's going on with that phone?

"Kenapa dengan telefon tu? Ada apa apa ke?" Farhan menyoal.

"Setakat ni, kami tak boleh nak track telefon tu. Nombor telefon pun kami tak ada"

"Any signal yang boleh sync dengan that phone?" Farhan menyoal lagi. Fikirannya diserbu seribu satu persoalann.

"Can't find it. Even, kita tak tau pun pasal phone tu. But, anyways... we've got a new email from unknown" Akif yang berada dibelakang menyandar tubuh pada meja mengangkat wajahnya.

"Unknown? Kenapa dengan email tu?" Sebelah keningnya terangkat dan wajahnya cukup menjelaskan yang dia sedang keliru.

Email? Unknown? What?

"Dia send video kereta merah yang terpadam hari tu. I don't know if it was really similar or it was the real one. Encik Farhan boleh tengok untuk pastikan" Shahrul bangkit dari kerusi dihadapan komputer dan memberi ruang pada Farhan untuk melabuh punggung disitu. Masing masing diam menanti riaksi lelaki itu.

"This is...real"

"Huh?" Theo mula mendekati Farhan dan membongkokkan badannya meneliti video kereta merah yang menghentam belakang kereta sahabatnya itu berkali kali. Keningnya bertaut lalu dipandang Farhan bersilih ganti.

"Serius. Itulah kereta merah tu!"

"Tapi orang awam mana yang boleh ada video ni?" Akif bersuara semula.

"That's the second issue. First, focus cari kereta merah itu. Cari kereta dan pemiliknya sekali. Lepastu, boleh cuba godek pemilik email yang hantar video tu. I've got to go" jam tangan dikerling sekilas. Farhan mula bingkas bangun dari kerusi. Belum sempat melangkah keluar, dia berpaling semula.

"Send me the video in a secret file. Theo balik, mak kau bising!" Sempat berpesan kepada tiga lelaki yang masih tidak berganjak dari tempat mereka. Sempat dia mendengar Theo mendengus kuat.

"Ish, mak aku ingat aku budak kecil ke? Tak kahwin tak semestinya aku budak budak! Eeei, tak suka betul!" Dia bangkit dari kerusi mengemas dompet dan telefonnya dimeja disebelah. Akif dan Shahrul melepaskan tawa yang sudak tidak tertahan sejak tadi.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now