Bab 57

1.1K 68 6
                                    

"Sayang, bangun"

Terpisat-pisat dia bangkit dari lenanya. Mata memerhati sekelilling, baru tersedar yang mereka tiba dihadapan sebuah balai polis.

"Kenapa kita dekat balai?"

"Syahrul call saya suruh settled something. Awak kena kena turun juga, jom" Farhan keluar dari tempat pemandu, berjalan ke tempatnya bagi membantu membuka pintu kereta. Ayra capai beg tangan di bawah tempat duduknya. Huluran tangan lelaki itu disambut.

"Kejap!" Tangan pantas melekap ke perut. Farhan cuak, bahu isterinya dipegang.

"Kenapa?"

"Baby tendang. Aduh, cramp!"

Farhan hela nafas lega. Ingatkan apalah tadi, nak kata air ketuban pecah, kandungan isterinya itu baru berapa bulan.

"Baby, jangan tendang mommy. Kesian mommy" tangan kasarnya naik mengusap perlahan perut membulat itu. Ayra kembali tenang, tangan Farhan dialih berhati-hati. Laju pula jantung dia buat kerja Apabila merasakan sentuhan lembut itu.

"Better?"

"Better than before" Lengan kekar itu dirangkul kemudian sama-sama melangkah masuk ke balai.

Farhan menyuruh Ayra tunggu di luar. Sementara dia masuk ke pejabat berjumpa dengan pegawai atasan yang turut sama membantu dalam kes mereka tempoh hari. Sementara di luar, Ayra bermain dengan telefonnya. Tiada apa yang menarik dihadapannya, hanya polis-polis yang lalu lalang, keluar dan masuk. Terdapat juga sekelompok manusia, keluar mungkin yang bagaikan dilanda kegusaran berbincang sesuatu dengan seorang pegawai di situ.

"Irana!"

Kepala terangkat mendengar panggilan kuat itu. Mata mendarat pada dua orang wanita dihadapannya. Mata dikelip-kelipkan beberapa kali, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tika ini.

"Apa yang kau buat ni Rana!" Seorang wanita berpurdah yang datang bersama seorang lelaki tadi menolak-nolak bahu Irana yang kekal berdiam dihadapannya. Ada air mata yang mengalir turun dari pipinya.

"Sebab dia ayah aku kena tangkap. Sebab dia juga mak aku bunuh diri. Aku nak balas dendam, diorang tak layak bahagia pun. Diorang tak pernah peduli tentang kita" Irana juga tidak kurang samanya. Suara kekal mendatar namun setitis air matanya jatuh menyembah bumi.

Wanita berpurdah itu pula, melangkah setapak ke hadapan. Tangannya naik melingkar ke bahu Irana yang teresak-esak menangis dengan wajah yang pucat dan baju banduan yang tersarung di tubuh.

"Irana ada kakak ke?"

"Sayang" terhinjut bahunya diseru tiba-tiba. Kepala menoleh kebelakang, wajah tampan suaminya menyapa mata. Tangannya digenggam lelaki itu. Ayra menjingkit kakinya sedikit, bibir didekatkan ke telinga Farhan.

"Siapa perempuan yang dengan Irana tu?" Farhan menoleh ke arah kelibat dua orang wanita yang saling berpelukan dan seorang lelaki tampan berkemeja di belakang mereka.

"Sepupu dia" dia perasan akan wajah Farhan yang mulai menegang. Terdiam dia disebelah, tangan yang digenggam juga tidak diendahkan.

•••

Mereka duduk bersama disebuah meja bulat. Ayra, Farhan, Akif, Shahrul, Encik Faizal, Naura Adellea, wanita berpurdah tadi dan Fakhrul Riyadh, lelaki yang datang bersama dengan Naura tadi. Melihatkan mereka atas dan bawah, sungguh sepadan. Awalnya, Ayra menyangka yang mereka adalah pasangan suami isteri, tapi setelah melihat kedudukan kerusi mereka yang berjarak, dia tahu sangkaannya meleset jauh.

"Kamu berdua ini, suami isteri?" Soal Encik Faizal, bapa mentuanya. Kedua-dua mereka tampak tersentak.

"Tak, saya belum kahwin. Ini..."

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now