Bab 14

1.2K 129 43
                                    

KASUT meluncur disarung pada kaki. Entah apa kena dengan suaminya itu bawa dia pergi ice skating. Tak tau ke Ayra gayat benda benda ice skating ni? Namun, didiamkan sahaja. Melihat Farhan yang teruja mengajaknya kesini terasa sebersalah pula ingin menolak.

"Saya tahu awak tak suka ice skating. Kalau nak pergi tempat lain, saya okay je"  Farhan melabuh punggung diatas bangku yang didudukinya. Dagu ditongkat keatas menumbuk yang ditahan pada peha.

"Eh, no. Awak nak main ni dulukan? Kita skating lah dulu. Nanti baru pergi tempat saya pula" dia ni mind reader ke? Aduhai, bertambah pula sebersalah dia.

"Hehehe. Thank you" Farhan sengih suka. Mata tak lepas memandang Ayra yang manis berbawal maroon yang sedikit labuh, berkemeja maroon dan berskirt hitam. Itu pun dia paksa, kalau tak perempuan tu nak pakai jeans dengan kemeja je. Memang tak lah dia nak bagi!

"Ergh!" Ayra mengerang kegeraman, tali kasut itu asyik tercabut dari tadi. Sibuk mengikat kasut, tangannya ditepis. Farhan membantunya mengikat tali kasut itu. Jangan cair Ayra!

"Kalau tak boleh, minta tolong" Selesai mengikat tali kasut gadis itu, tangan disua kehadapan. Berharap gadis itu menyambutnya. Ayra malah, merenung kekeliru sahaja.

"Apa?"

"Jom, ice ni licin. Biar saya guide awak"

"Pikir sweetlah?"

"Tak kata sweet pun" Farhan mengangkat bahu bersahaja.

Ayra mengalah dan menyambut jua tangan itu, jantungnya sudah terasa seperti mahu tercabut dari kantungnya tika ini! Mata mata yang memandang kearah mereka dengan sengihan menambah lagi rasa membahang diwajahnya.

Tengok pakaian mereka yang sedondon serupa budak budak baru couple!

"Diorang tak pandang awak. Diorang pandang saya, jangan risau" tiba tiba Farhan bersuara. Berkerut dahi gadis itu mendengar bicaranya.

"Kenapa diorang nak pandang awak? Awak famous ke? Macam perasan je" Ayra menarik muka. Farhan ketawa seraya memandang lembut isterinya.

"Tak cuba google siapa saya?" Kening dijungkitkan bersama senyuman sinis. Ayra menggulingkan biji mata. Farhan melepas tawa kecil.

"Malaslah"

Ayra yang masih kekok berjalan diatas ais, dibantu oleh Farhan. Tengok gaya Farhan serupa orang berpengalaman. Tangannya juga digenggam kuat oleh lelaki itu seraya menyalurkan haba hangat. Melihat kaki yang mula meluncur perlahan, dia tersenyum. Tanpa sedar lelaki itu turut tersenyum memandangnya.

"Ehem"

Mereka berpaling kearah empunya suara. Senyum Farhan mati tatkala mengecam wajah yang tersenyum tawar dihadapannya. Tidak lama, senyum terukir semula dibibir. Sinis.

"You Farhan Khairi kan?"

"Yup" bahu Ayra dipeluk kejap dari tepi. Terpinga pinga gadis itu dibuatnya.

"Anayra. Anayra Ratna Dato' Mahmud" salam dihulur namun sekadar dipandang sepi oleh pasangan itu. Dalam diam, dia merengus sebelum menarik semula tangannya.

"Ni, student ice skating I. Diorang nak bergambar dengan you, boleh? Diorang ni pun pelajar Architecture juga. Kira you ni macam idola diorang jugalah" gadis bernama Anayra mempernalkan pelajar pelajarnya. Rata rata berusia 19 dan ke atas.

Farhan mengerling Ayra sekilas. Gadis itu mengangguk membenarkan. Dia juga turut mengeluarkan telefon bimbitnya. Famous rupanya laki aku ni!

"Ni isteri abang tu ke? Akak, marilah masuk gambar sekali" seorang dari mereka mempelawanya. Ayra menggeleng dan membuat tangan 'teruskan'.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now