Bab 34

781 93 9
                                    

BUKU dalam genggaman di peluk erat ke dada. Masing-masing diam berjalan beiringan keluar dari bangunan universiti. Banyak mata yang tidak lepas memandang mereka. Mana tidaknya,  jejaka hot malaya berjalan di sebelah dia yang pendiam lagi tak berapa nak hot dan cantik. Terasa kerdil sungguh diri ini.

"Awak buat apa kat sini?" Tanpa sedar, bibirnya menutur persoalan itu. Ayra mengetap bibir. Otaknya sudah tidak berfungsi dengan betul ketika ini. Perbualan antara Farhan dan Madam Faridah tadi betul-betul memakan dirinya.

"We're married. Takkan nak buat dia macam perempuan simpanan pula? She'll be more curious"

Aku ke? Atau...dia ada kahwin lain? Ha? Nak mati ke lelaki ni? Hati kecilnya berteka-teki.

"Hey, you're okay?" Farhan di sebelah dikerling sekilas sebelum mengangguk. Tiba-tiba, buku dalam pelukannya diambil lelaki itu. Tangannya pula di cari dari bawah lalu digenggam erat. Farhan dipandang dengan tanda tanya.

"I know you heard us" Ayra tertunduk merenung tangan mereka yang bersatu. Jelingan-jelingan liar di sekelilling sudah tidak di ambil tahu. Sesekali terasa ibu jarinya diusap perlahan. Hati di serbu rasa sebak.

Perasan apa ni?

"Awak sorokkan apa-apa ke dari saya?" Ayra menyoal perlahan.

"You'll know it soon. It just, not the right time yet." perlahan suara itu berbisik padanya.

"Ayra, awak percayakan saya?"

Ayra terdiam seketika. Mengerling pada sisi wajah suaminya. Ada sinar pengharapan di situ.

"Remember me, keep me in your memory"

Kepala dipegang kuat. Dia mendesis kesakitan. Langkah terhenti menahan rasa sakit di kepala yang mencucuk-cucuk. Suara yang sama sering berulang-ulang di kaset minda. Tanpa nama, wajah dan bayang.

"I hate myself"

Badannya lemah lalu bertahan mencengkam lengan Farhan di sebelahnya. Terasa tubuhnya dicempung lalu merebahkan kepalanya di atas bahu lelaki itu.

"Stay awake, please" suara bisikan Farhan adalah suara terakhir yang di dengarnya sebelum semuanya bertukar gelap.

•••

Ayra yang terbaring lemah di atas katil di tatap bersama kuku jari yang di gigit di bibir. Resah dia melihat isterinya itu berpeluh dalam tidur. Berkali-kali lap pun, pasti mengalir jua. Tangan yang terkulai lemah di sisi di genggam erat menggunakan sebelah tangan. Sesekali naik mengelap peluh yang merinik di dahi isterinya itu.

"She's fine. Dia cuma terganggu dengan frekuensi memori yang datang semula. Amnesia boleh jadi teruk kalau tak di pantau. Pesakit tak boleh terlalu push diri untuk mengingat sesuatu dan kadang-kadang, benda itu macam lintasan aje. Jadi pesakit mudah terkejut. Kau kena mula balik appointment dengan doktor untuk isteri kau. Buat pemeriksaan otak" panjang lebar Doktor Zafran memberi penjelasan. Nafas dihela berat. Bagaimana dia mahu memulakan pemeriksaan otak itu kalau pesakit ini sendiri tidak tahu akan sakitnya. Haih.

"Thanks Zaf. Insha Allah nanti aku cuba ikhtiar macam mana" tangan dihulur buat bersalaman. Usai, berjabat tangan mereka sama-sama beriringan turun ke pintu utama.

"Sorrylah kacau kau hari ni. Aku tak boleh nak fikir dah. Dia tak pernah pengsan macam ni" Farhan tersengih sambil bersandar di tepi pintu. Zafran yang melihat rakannya itu turut tersenyum.

"Ala, tak ada apalah. Apa guna ada kawan doktor kan? Nanti bila-bila rumah aku nak roboh aku panggil kau pula kan? Architect Farhan Khairi" balasnya diselit gurauan. Mereka tertawa. Melihat Farhan yang kembali ceria buat hatinya sedikit lega.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now