Azim×Rina - Terpaling romantik...

3K 321 25
                                    

Helaian kain terakhir dimasukkan ke dalam mesin bajunya itu. Sambil itu dia menyanyi perlahan lagu kanak-kanak untuk menghiburkan Imran, anak bongsunya.

Usai baju dimasukkan, dia masukkan sabun ke ruangannya. Belum sempat dia tutup semula bekas yang masih penuh berisi sabun serbuk itu, BURR.....

Bekas itu dah dulu jatuh tergolek ke lantai bersama isinya sekali. "NO!!!! Imrannn...."

Melambak serbuk sabun di lantai.

Rina tepuk dahi. "Ya Allah...., Imran... Kenapa Imran tarik... Cepatnya tangan... Penatlah mama macam ni. Baru je mama kemas telur yang Imran pecahkan dekat lantai tadi..." rungutnya. Sumpah, rasa nak menangis saat itu.

Dia terus mendukung anak bongsunya itu sebelum si kecil itu memilih untuk bermain dengan sabun pula. Lagi jenuh.

"Natrah!" Jeritnya memanggil si sulung.

"Ya, mama!" Si anak juga hanya melaung.

"Ayah mana?"

"Entah... Tak ada dekat bawah. Atas kot, mama!"

Rina berdecit. Tidur lagi ke apa si Boy ni?

Lekas-lekas dia sudahkan urusan dengan mesin basuh sambil mendukung Imran.

"Jom, Imran. Kita main dekat depan!" Ujarnya pada si anak dan membawa si kecil ke depan.

Dia lihat anak sulungnya itu sedang terbongkang menonton televisyen.

"Natrah, tengokkan adik sekejap. Mama nak pergi naik atas."

"Ala, Natrah nak tengok tv. Nanti adik panjat-panjat..." rungut si anak. Enggan si adik mengganggu konsentrasinya menonton.

"Natrah...." rendah suaranya memberi amaran.

"Okey... okey..." balas anak sulungnya itu sambil mengeluh.

"You come here, little monster... Jangan memanjat macam monkey!"

Rina tergelak kecil mendengar kata-kata Natrah. Dia tahu, kadang-kadang terasa kasihan juga pada si kakak. Adiknya itu memang buas semacam. Mungkin kerana kondisi autisma dan hyperaktif yang dihidapi Imran. Tapi Rina syukur, walaupun masih mentah umurnya, Natrah anak yang baik. Merungut sedikit, tapi dia akan tengokkan adiknya bila disuruh. Tak mahu dimarah mama barangkali.

Dia lantas melangkah memanjat tangga rumah mereka dan terus ke bilik utama. Pintu ternganga sedikit dan dia nampak Azim duduk di birai katil membelakangkannya.

Baru sahaja dia nak melangkah masuk, "Rindu.... Dah berapa lama dah tak jumpa. Bila nak turun KL?"

Kaku langkah Rina.

Heh?? Dengan siapa pulak dia berindu-rindu ni?

Rina tak terus masuk, tetapi mengintai ke dalam. Dia lihat suaminya itu sedang memandang telefon.

Video call ke? Tapi tak dengar suara pulak!

Dia tajamkan pandangan, dan dia nampak earbuds di telinga si suami.

"I'ols memang susahlah nak pergi tempat you... Line tak clear maa..."

Azim tertawa pula. "Ya ah! Kan kita memang hari-hari berpelukan sebelum tidur dulu!"

Buntang mata Rina lalu dia terus menolak pintu luas dan berjalan laju ke arah Azim. Terlihat sahaja Rina mampir, Azim terus berkata, "Eh, jap, jap!" Dan memadamkan skrin.

"Awak bercakap dengan siapa tu?"

"Deng..."

"Berindu-rindu bagai! Siapa tu? Perempuan mana?" Tinggi suara Rina kali ini.

The untold stories...Where stories live. Discover now