Kemaafan

5.2K 355 55
                                    

Tit! Tit!

Kereta Toyota Yaris miliknya itu berbunyi tanda telah berkunci. Dia berjalan tenang dengan beg tangan tergantung di pelipat lengan menuju ke lobi utama hotel itu. Terus sahaja ke kaunter.

"Hello..." ucapnya lembut dengan senyuman terukir di bibir.

"Eh, Puan Sya!" Terus sahaja salah seorang gadis yang duduk di kaunter berdiri.

"Hi!" Balasnya.

"Boleh tolong I untuk cek kan, Encik Hafiz dah habis meeting ke belum?" tanyanya.

"Boleh, Puan. Sekejap ya. Saya call office." Laju sahaja tangan mengangkat ganggang. Apabila panggilan berangkat, terus dia tanyakan tentang bos besar merangkap pemilik hotel 4 bintang itu.

"Puan, Hana kata dah habis. Tapi bos ada discussion sekejap dengan Encik Aidil."

Sya terangguk-angguk.

"Saya hantarkan Puan ke office?"

Laju Sya menggeleng. Tangan juga digoyangkan ke kiri dan kanan, menandakan dia menolak.

"It's okay. I'll wait here. Kalau I naik office, lagi lama bos you nak habis kerja."

Gadis itu tertawa. "Saya beritahu Hana, puan tunggu di lobi."

Sya mengangguk. "Thanks."

Lantas dia berjalan ke sofa-sofa yang bersusun di kawasan lobi hotel milik suaminya itu.

Masih terlalu baru hotel ini beroperasi. Baru lebih kurang 4 ke 5 bulan. Jadi memang suaminya masih sibuk menguruskan.

Namun hari ini, sepatutnya hari terakhir sang suami bekerja, sebelum mereka sama-sama menunaikan umrah di tanah suci minggu hadapan. Bersama dengan ibu dan mertuanya sekali.

Pagi tadi, Hafiz dah berjanji nak keluar membeli-belah beberapa barang lagi sebelum mereka berangkat. Jadi, dari universiti tadi, Sya terus ke sini.

+By, I dah tunggu dekat lobby. Jangan lama sangat...

Mesej kepada sang suami dihantar.

Lama juga sebelum telefon bimbitnya berbunyi semula.

Hubby: Hana kata you tak nak naik office. Meh la naik office. Boring tunggu dekat lobby tu. Dekat office boleh tatap muka I yang macam bidadara ni! 😉

Syasya tertawa sendiri. Geleng kepala.

Kalau bab perasan, bagi kan kat mamat ni. Tanpa waswas!

+🤢 encik bidadara perasan, cepat sikit. I lapar....

Hubby: 😂😂 ok sayang. Gimmi 5 min to wrap up. Then I turun 😘

Syasya senyum puas hati. Telefon bimbit disimpan ke dalam beg tangan berjenama. Baru sahaja dia nak bersandar selesa,

"Syasya?"

Tersentak namanya disebut seorang lelaki. Syasya lantas menoleh. Terlihatkan sahaja lelaki yang berdiri terpacak tak jauh dari sofa yang dia duduki itu, spontan Syasya terus berdiri dan mengundur menjauhi.

Dada terus berdebar. Dia rapatkan beg tangan ke tubuh.

"Syasya ingat saya?" Tanya lelaki itu.

Syasya telan air liur. Geleng kepala. Langkah mengundur diambil lagi.

"Syasya, saya... Wahid. Kita jumpa di Sydney."

"So... sorry. I rasa encik sal... salah orang!" Lantas dia terus tergesa-gesa pergi menuju ke arah lif. Batal hasrat menunggu di lobi. Biarlah dia terpaksa menunggu berjam-jam di pejabat suaminya itu, daripada terus di situ.

The untold stories...Where stories live. Discover now