Har❤Q & An❤Dira (Part 3)

6.5K 637 185
                                    

Plan nak up esok. Tapi rasa pemurah lak hari ni 😝😝😝 Lanjer awal..

#helmetON

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

"Abang!"

Har tersentak. Terpisat-pisat mata yang baru dibuka setelah lena.

"Sahur." 

Har pandang si isteri yang berdiri tegak di sisi. 

"Sahur?"

Si dia mengangguk. 

Har pandang keliling. Eh? Mengapakah aku masih berbaring di atas sofa ini sehingga masuknya waktu sahur? Bukan semalam tunggu kopi ke baring sini?

"Eh tap..."

"Cepat bangun! Nanti lewat pulak!" Potong Q dan terus berlalu pergi. Har hanya menurut dengan pandangan.

Aik! Tak berkasih-sayang pun kejut sahur?

Dia lantas bangun dan terus ke bilik air menggosok gigi dan membasuh muka. Terus mengatur langkah ke meja makan. Q sedang mencedok nasi ke dalam pinggan.

Har senyum melihat lauk-pauk. "Sedapnya..." pujinya.

Q hanya diam tak menjawab. Selesai dia mencedok nasi ke dalam pinggan, dia duduk. Mula mengambil lauk.

Har kerut kening. "Abang punya?"

Q berdecit. "Ada tangan kan? Buat lah sendiri."

Nada dingin daripada sang isteri itu buat Har terkebil-kebil. Eh? Apakah?

"Icayang, semalam Icayang tidur dekat mana?"

Q selamba mengunyah.

"Baby, Abang tanya ni."

"Bilik anak."

Har terdiam. "Kenapa?"

Q diam tak menjawab. Terus makan.

"Oo, Tasha bangun eh?"

"Mm..." itu sahaja jawapan Q.

Har angguk perlahan-lahan.

Jap, aku buat salah apa semalam?

"Baby marah Abang sebab terlena ke malam tadi? Tak minum kopi yang Baby buat?"

"Tak ah!" Jawapan pendek lagi.

Har garu dahi kali ini. Tak selera rasanya nak makan, tiba-tiba si isteri dingin macam ni.

"Abang ad..."

"Makan je boleh tak? Dah pukul berapa dah ni? Nanti tak sempat." Terus dipotong oleh Q .

Har mengeluh. Ok fine! Tak mau bercakap. Makan dulu. Lepas ni kita cerita.

Maka mereka sepi menjamah makanan sahur. Q selesai makan dulu, dan terus ke dapur. Pinggan mangkuk dan peralatan memasak masih penuh di dalam sinki. Dia mula membasuh pinggan.

"Meh Abang tolong bilas." Tiba-tiba suara itu kedengaran di sisi.

Q menoleh. Dia mengeluh. Segera tangan yang berbuih dibilas di bawah aliran air.

"Nak tolong kan? Basuh lah!"

Dan dia terus berlalu meninggalkan Har terpinga-pinga.

"Weh? Apa dosa aku weh?" Tanyanya perlahan. Namun dia hanya menggeleng dan menyambung membasuh pinggan mangkuk.

Semalam aku buat salah apa? Semalam kan hari Ahad. Kami keluar membeli-belah anak beranak. Buka puasa dekat luar, lepas tu balik rumah. Elok je. Tak ada apa masalah pun! Dah tu, dah kenapa tiba-tiba nak emosi?

The untold stories...Donde viven las historias. Descúbrelo ahora