You, I punya!

7.6K 515 81
                                    

Random. Cerita raya dari kita. Haha. Hentam je ni... halal la... 😝😝

**************

Badan dipusingkan 90 darjah ke kanan, dan dia melihat penampilannya di cermin. Kemudian dia pusing 180 darjah pula ke kiri, dan melihat penampilannya sekali lagi.

"Ok ke tak ni ha? Cukup letops tak ni?" Omelnya sendiri.

Pintu bilik tiba-tiba terbuka.

"Eh, sayang dah balik!"

Suaminya itu masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Songkok di atas kepala ditarik ke bawah sambil memerhati gelagat sang isteri di hadapan cermin.

"Ini baju raya ke berapa pasang ni, B?" Tanya suaminya itu sambil menarik keluar baju melayu yang dipakai untuk ke masjid bersolat terawih tadi. Selesai baju itu digantung ke tempatnya, dia  menghenyak punggung ke atas katil dengan hanya bersinglet dan berkain pelikat.

"Cantik tak, sayang? Baru sampai tadi. Tu yang I try tu."

Si dia senyum. "You pakai apa je yang tak cantik, baby? Semua cantik. Masalahnya, baju ni macam seksi la. Nampak melentik punggung you tu. Kalau I je tengok tak apa la."

Fifi kembali menoleh menghadap cermin.

"Ya ke? Mana ada la. Ok je. Tutup punggung la!"

Ipin berdecit. "Tak percaya. Memang tutup. Tapi ketat melekap nampak habis bentuk badan. Dari mana you beli ni?"

Fifi berdecit. Aduh, rugilah duit aku! Beratus aku beli ni!

"Butik terkenal la. Rugilah duit I beli baju ni untuk raya rumah Mak tahun ni... Ingat nak vogue la... semua yang I beli, semua you reject! Tak ada sense of fashion langsung!"

Ipin senyum. "Vogue, vogue, nak tunjuk dekat siapa?"

Fifi mengambil tempat duduk di atas katil juga sambil mencebik.

"Tak boleh pakai la ni?"

Suaminya gelak kecil. "Hish! Tak baik membazir. Pakai je la."

Terus bercahaya wajah Fifi. "Serius? I boleh pakai baju ni?"

Ipin angguk. "Pakai dekat rumah. Tak payah pakai kain pun tak apa. Top sahaja. Lagi I suka!" Balasnya selamba dan terus bangun keluar dari bilik sambil tertawa. Malam ni ada perlawanan bola sepak, dan pasukan kegemarannya, Bayern Munich bakal beraksi. Jadi, kemudianlah fikirkan pasal baju raya sang isteri yang entah ke berapa tu!

"Ei, sayang!!" Fifi memekik tak puas hati.

Fifi mencebik memandang cermin. Tahun pertama menyambut hari raya sebagai suami isteri. Dan tahun ini, mereka bakal beraya di rumah keluarga Ipin dahulu. Memandangkan Mama tiada di Malaysia.

Jadi, jujurnya dia agak gementar. Dah masuk 4 pasang baju dibelinya. Semuanya kena reject dek suami bertuah ni! Sendat la! Pendek la! Jarang la!

Haih! Semua benda tak kena la! Baju apa nak pakai ni?!

************

"Fifi mesti selalu pergi spa kan? Kulit muka bersihnya!"

"Bagi la petua, macam mana nak jaga muka dan jaga badan macam Kak Fifi!"

Fifi hanya tersipu-sipu malu dipuji biras dan adik sepupu Ipin.

"Petuanya, minyak kasih-sayang daripada sang suami yang tercinta ni!" Tiba-tiba Ipin menyampuk dari arah belakang.

Ketiga-tiga wanita itu menoleh.

The untold stories...Where stories live. Discover now