Har ❤️ An

7.4K 402 136
                                    

Assalamualaikum,

Cak!! Kita tau ramai yang tak nak kawan dengan kita selepas latest update MPP semalam. Ngeeee...... 

Oleh itu, kita update sini la pulak! Bagi korang sejuk hati sikit dengan kita. 😝😝😝

Tajuk macam geli kan? Hahahaha... An confirm akan muntah hijau lah baca tajuk ni. Har tak apa, dia memang bangsa tak makan saman and acah sweet punya orang! Muahahaha..

Anyway, asyik cerita pasal hero-heroin. Hari ni rasa nak mengarut moment-moment sweet si kembar ni.. Ok? Leh gi?

Jom!

************************************

KISAH 1

Bulan Ramadhan, Tahun 2000

"Una nak yang ni lah Daddy!"

Dani menelek memandang baju yang dipilih anak daranya yang dah berusia 8 tahun itu. Dia berdecit.

"Skirt tu pendek sangat lah Una! Find something more decent lah!"

Husna mencebik. Ala Daddy ni! Bencinya. Tadi kata boleh pilih sendiri. Aku dah pilih, suruh carik yang decent pulak!

"Tapi kita kan nak balik kampung Opah raya ni. Dekat sana panas. Sesuai lah baju yang ni!"

Dani tersengih. Husna, kalau bab menjawab, memang bagikan dekat dia. Kalau anak aku sorang ni tak dapat masuk pidato ke, debat ke nanti, memang tak tahu lah nak kata apa.

Memang raya kali ini, mereka akan beraya di kampung arwah Jasmin. Biasalah, kawasan kampung, memang panas lah.

"Tapi itu bukan sebab untuk Una pakai skirt pendek macam tu! Una dah besar. Tak elok tunjuk kaki cantik tu sana-sini."

"Tapi Daddy..."

"Dadyy, An haus...! An nak tegen (vitagen)"

Dani berdecit. Ah sudah! Satu dah bunyi, sekejap lagi

"Har pun! Har nak tegen jugak..."

Kan aku dah kata! Dani garu kepala. Si kembar dah bising. Biasanya bila si kembar dah mula buat bunyi, dia hanya ada masa tambah-tolak 5 minit sahaja untuk melayan karenah si kembar yang berusia 5 tahun itu.

"Una, please? Pick yang lain! How bout that blue long dress? That's nice! Mesti Una nampak sweet pakai yang tu!"

Husna memuncung mulut. Melihat gaun labuh biru yang dicadangkan Daddynya itu.

"But it's dark blue! I don't like blue! Girls should wear pink or red or baby blue!"

Danny tercengang. What? Baby blue? Sekejap, mana anak dara aku tau pasal baby blue, dark blue segala ni? Adoi la..

"Daddy!!! An nak tegen! An haus!"

"Daddy...." Har juga merengek.

"Sekejap! Sekejap! Kita beli baju raya Una dulu. Lepas tu kita pergi beli air ok?"

Tiba-tiba Husna yang memang dah sebal hati kerana pilihannya tak mendapat persetujuan Daddy pula mengambil keputusan untuk memberontak.

"Una pun haus jugak! Kenapa daddy tak bagi Una minum! Kenapa daddy suruh Una puasa! Tapi An dengan Har, daddy kasi minum! This is so not fair!"

"Husna...." Suaranya dah rendah memberi amaran.

"No!! Una tak nak puasa jugak hari ni! Una penat! And no! Una tak nak that dark blue dress!"

The untold stories...Where stories live. Discover now