Har ❤ Q - wanita korporat

6.6K 615 120
                                    

"Kena ke, Pa?"

Syed Khalis ketawa mendengar soalan itu.

"You've been avoiding this for many-many years, pinky pie. It's about time. Like it or not, the company will be yours to handle."

Q berdecit. Berita buruk yang dah lama dia tangguhkan kesannya.

"Pa, you know I'm not capable of handling a big company like SYKH Holdings. Janganlah pressure Ica macam ni. Adoi..."

Syed Khalis ketawa lagi.

"Habis, pada siapa lagi Papa nak serahkan company. You satu-satunya keturunan kami."

Q memicit kepala kali ini.

"Lisya jangan bimbang. Papa tak expect Lisya terus duduk di kerusi ni untuk urus. Papa akan assign assistant for you untuk ajar Lisya everything about the company."

"And kalau boleh Papa nak Har pun start lah training untuk manage the company. Lagi cepat you berdua boleh take over, lagi cepat Papa boleh retire."

"Kenapa Papa tak bagi je saham tu pada Abang, Pa? He knows better."

Syed Khalis menunduk, tarik nafas dalam.

"As much as I adore Har, he is still just my son in law, Lisya. And you are my bloodline, my daughter. Sebab tu, Papa tetap nak Lisya yang pegang saham terbesar company."

"Papa tak percayakan, Har?"

Syed Khalis senyum. "Sebab Papa percayakan Har lah, Papa nak hire him to become the CEO. But still, Papa tetap nak the company to be owned by you."

Syes Khalis pandang anak tunggalnya itu.

"Papa lelaki, dan Papa tahu kasih-sayang lelaki ni boleh bercabang pada lebih dari satu wanita. May God forbids, but if that happens, at least I know, my daughter and my grandchildren has enough resources to move forward."

Q diam. Memandang ayahnya itu lama. Mengeluh perlahan.

Apa yang Papa cakap tu tak salah langsung. Kerana tiada jaminan, yang Har akan setia dan tetap hatinya pada Q buat selama-lamanya. Andai kata hati Har berubah, dan kala itu Papa dan Mummy dah tiada, dan semua kelebihan harta yang Q ada dah diserahkan kepada Har, maka apa yang tinggal untuknya? Kalau datang satu lagi perempuan bersifat parasit seperti Amalina, dan sekali lagi iman Har tergugat, apa nasib Q?

Memang tak baik berburuk sangka pada suami sendiri, tetapi dia rasa berhati-hati itu tidak salah.

Dia akhirnya mengeluh berat.

"Ok. When? Ica kena bagitau Har dulu." Tanya Q.

Syed Khalis tersenyum puas hati. "Tanya Har as soon as possible. Papa dah tak sabar nak kenalkan Lisya pada staff."

Q senyum sedikit. Mengangguk. Tarik nafas dalam.

*************

"Abang dah jangka benda ni, dan Abang dah sedia. So, jawapan Abang, yes, Abang izinkan. Tapi, Abang sendiri belum sedia nak tinggalkan company Daddy. Entahlah, jujur kata, Abang keberatan."

Q senyum memandang Har yang sedang berjalan laju di atas treadmill itu.

"Tapi untuk Icayang belajar pasal selok-belok company tu, Abang setuju."

"Ica suruh Papa bagi Abang je. Tapi Papa kata..."

"Dia nak serah company pada Baby? Walaupun dia setuju jadikan Abang CEO?" tebak Har langsung memotong bicara sang isteri.

Q tertunduk. Dia rasa dia perlu berterus-terang dengan Har sekarang. Itu adalah yang terbaik. Biar jelas dan nyata keadaannya dan kehendak Papa antara mereka suami isteri.

The untold stories...Where stories live. Discover now