Har❤Q & An❤Dira (Part 2)

5.5K 567 175
                                    

Assalamualaikum,

Another chapter hantam keromo oleh kita. Terimalah seadanya....

Update 6.6.2021
Cerita ni memang dah pernah publish dah dulu. Lepas tu kita unpub. Now kita republish. Buat penawar rindu (kalau ada yg rindu ah).
And yup, ini memang story yang akan buat korang geram ngan Har. Har pun manusia yang banyak kekurangan. Kadang-kadang terbabas & buat salah. Ini hakikat kehidupan. Tak ada hero/heroin perfect dalam dunia nyata. Haha..

***********

Pokok-pokok ditepi jalan kelihatan laju ditinggalkan. Q menongkat dagu memerhati. Suasana sepi di dalam kereta tanpa sebarang suara. Hanya lagu yang terpasang perlahan. Lutfil dan Tasha dah terlena di belakang.

Dia melepas keluh berat.

"Baby, are you okay?"

Laju Q menoleh memandang Har yang sedang memandu. Tampal sebuah senyuman, angguk sekali dan menoleh ke tingkap semula.

"Marah Abang sebab drag Baby and kids pergi meeting malam ni?"

Q geleng kepala beberapa kali.

"Then? Kenapa senyap je?"

"Tak ada apa nak cakap. Senyap je lah!"

Har mencuri pandang isteri yang tertongkat dagu itu.

"Penat eh? Mesti siang tadi Lutfil buat hal kan?"

Q mengeluh lagi. Geleng kepala. "Tak lah. Anak-anak behave je tadi."

"Orang lain pulak yang tak behave..." sambungnya sangat perlahan.

"Hah? Apa dia?" Tanya Har.

Q berdecit kali ini. "Tak apa lah! Drive laju sikit boleh tak? Lambatnya macam kura-kura."

Har kerut kening. Dah kenapa pulak ni?

Namun dia tekan pedal memecut kenderaannya itu lebih laju membelah jalan.

Q sandarkan kepala ke kerusi. Mata dipejam.

"Kita geramlah, Q! Terjojol bijik mata dua-dua beradik tengok si Amalina tu! Rasa nak cungkil keluar je mata An dari soket tau!"

Q ketawa. "Dah tu, apasal tak cungkil?"

Kali ini Dira mencebik. "Q ni! Kesian pulak dengan Daddy kita tu kalau dah tak ada mata. Jadi Kasim Selamat." Kata Dira merengek. Pembaris sangat pulak dah biras aku ni!

"Kasim Selamat tu siapa pulak?"

Dira tepuk dahi. "Haih, susah lah mengadu domba dengan budak melayu celup ni! Kasim Selamat pun tak kenal!"

Kali ini Q ketawa berdekah. Dah tu? Aku memang tak tau!

"Kasim Selamat tak penting. Yang penting sekarang, Amalina yang cantik dan sweet talker tu! Bahaya Q! Bahaya!"

Q hanya tersengih. Namun jujur, jauh di sudut hati, Q juga rasa terancam dengan Amalina. Si dia nampak sempurna. Cantik, pandai bergaya dan membawa diri, pandai mengambil hati kanak-kanak, punya Public Relations (PR) skill yang bagus. Tak lupa juga pandai berseloroh.

"Diorang kan ada urusan kerja dengan Amalina. Lagipun, diorang meeting bertiga. Bukan berdua-duaan. Tak perlu risau kot eh?" Kata Q.

Dira ketap bibir. "Q tau tak, kebanyakan kes cerai-berai bermula dengan mesyuarat, reunion, majlis macam ni lah. Asalnya meeting dengan klien, lama-lama jadi lain."

Q memandang Dira. Sengih.

"Dira, jangan fikir jauh sangat, boleh?"

Dira berdecit. "Tak boleh. Kita risau!"

The untold stories...Where stories live. Discover now