Tariq × Teja (special chapter MPP & UCD)

9.2K 567 183
                                    

Assalamualaikum,

Sebenarnya chapter ni dah tulis lama. Lepas MPP versi wattpad habis publish.  Haha. Kita edit sikit and publish semula. Sebab tu tiberr keluar cerita raya.

Kita publish semula. Istimewa buat semua yang dah beli MPP & UCD. Yang belum beli, UCD masih available. MPP stok sangat limited. Satu seller je yang masih ada stok.

So, siapa yang masih tertanya-tanya Teja end up dengan siapa, di sini ada jawapannya! Hehe

*************

Teja bercekak pinggang di hadapan bagasi yang ternganga luas di atas katilnya itu.

Apa lagi yang tak masuk?

Oh brooch and pins! Macam mana nak lilit tudung kalau tak ada brooch. Lalu dia ke meja solek pula. Mengambil kotak yang berisi kerongsangnya dan pin tudungnya dan dimasukkan di dalam beg.

Rasanya macam semua dah masuk. Dia lantas duduk di atas katil. Memandang baju kebarung kain tenun terengganu berwarna merah hati, juga baju melayu dengan tona yang sama.

Teja senyum. Raya pertama bersama suami, Muhammad Tariq.

Oleh itu dia sangat teruja. Tak pernah-pernah Teja membelanjakan duit lebih 100 ringgit untuk menempah baju, tahun ini, dia hantar baju untuk dijahit di kedai jahit di dalam Pertama Complex.  Baju Tariq juga dia hantar tempah di kedai jahit lelaki di dalam Pertama Complex itu. Durra la ni, rakan sekerja di University Malaya Medical Centre yang mencadangkan.

"You hantar situ Teja! Pasti puas hati. Jahitan dia kemas. Nanti kau pakai baju, terletak elok. Baju melayu kat hantar dekat Just Fit tu. Tak menyesal punya. Semua baju I and husband, memang I hantar situ."

Memandangkan ini kali pertama beraya sebagai suami isteri, jadi Teja bersetuju. Selalunya, memang Teja malas nak fikir pasal baju raya. Kalau rajin sikit, dia belikan kain, sekali untuk maknya, dia minta tolong Mak Biah je hantarkan tempah pada Kak Wati di kampung tu. Baru 45ringgit.

Tapi tahun ini, Teja berbelanja berganda-ganda lebih untuk harga tempahan sahaja. Siap tempah tiga pasang baju. Belum masuk baju Tariq. Bulan Rejab dah hantar dah baju raya untuk dijahit! Memang betul-betul nak raya ni! Kopak dibuatnya. Tak apa lah, sekali sekala.

Dia tergelak kecil memandang baju yang tergantung itu. Terkenang wajah sang suami itu.

"Sukati sayang lah. Saya tak kisah. After all, baju je pun, sayang. Kita beli siap pun ok."

"Tapi ini raya first kita as husband and wife, Ami. Mestilah kena grand sikit."

Tariq sengih. "Ok. Serious talk, I don't mind at all. Nanti saya bagi duit, ok?"

"Tak apa, tak apa. Duit baju raya, saya belanja."

Tariq memandangnya lama, sebelum gelak kecil. Kemudian kepala Teja digosoknya lembut.

"Eleh, minah ni. Puasa pun entah cukuo entah tak, nak raya sakan! Tak malu?" Ejeknya.

Teja mencebik. Laju tangannya mencubit peha Tariq.

Dan Tariq ketawa. "Someone is just too excited to celebrate eid with her husband, eyh?"

Teja senyum. "Indeed, she is!"

Tit! Tit! Bunyi telefon menyedarkan Teja dari lamunan yang panjang. Dia lihat skrin telefon. Ala, kenapa hospital call ni.

Namun panggilan dia jawab.

"Hello, Dr Teja. Kak Ina ni." Kata jururawat yang berkhidmat di wad Teja bekerja itu.

"Hello. Ye Kak Ina. Ada apa?"

The untold stories...Where stories live. Discover now