Bab 4

1.5K 169 20
                                    

SUASANA riuh dan kecoh di pandang SMK Sri Astana ini membangkitkan suasana pagi ceria dan bersemangat bagi para pelajar. Pertandingan persahabatan diantara dua sekolah ini menghadirkan debaran buat para peseta.

Kereta Audi R8nya di parkir di tepi. Bukan nak riak, tapi memang ini aje kereta yang dia bawa. Yang lain dia tinggal kat Kuala Lumpur. Hik. Dari jauh, kelibat Ayra diperhati. Manis bertudung labuh, berblouse ungu labuh dan berpalazo hitam.

Thanks Tiara!

Farhan tersenyum kecil. Dia hati yang berbunga bunga dia melangkah mendekati gadis itu. Namun, langkahnya terhenti serta merta apabila terpandangkan seorang lelaki yang cuba mendekati Ayra.

"Assalamualaikum, Ayra kan?" Ayra mengangkat kepala memandang gerangan tersebut. Dia terpaku.

"Waalaikumsalam, a...a..Idris? Kan?" Lama dia cuba mengecam wajah itu.

"Ya, alhamdulillah. Ingat pun. Abang ingat dah lupa" Idris Hilmi, Ketua Pengawas sekolahnya beberapa tahun yang lalu. Setelah beberapa tahun tidak bertemu, dia sudah ingat ingat lupa akan lelaki itu. Yang dia pasti lelaki itu sudah berkahwin. Berkahwin secara sembunyi kerana hubungan mereka yang tidak direstui orang tua.

"Eh, takkanlah lupa. Abang legend kot dulu. Piat tangan orang guna sebelah tangan aje" Ayra ketawa.

"Eh, tu...zaman abang gangster dulu bolehlah. Sekarang dah tua. Mana boleh kasar kasar"

"Tua apanya. Abang baru 27. Lainlah Ayra, terlebih muda 23 tahun"

"Apa apa ajelah. Ni, Ayra ada adik sekolah sini ke? Kenapa datang hujung hujung minggu macam ni?" Kunci kereta disimpan ke poket. Wajah gadis di hadapannya ditatap. Buat sementara waktu, pesanan isterinya sudah hilang dari ingatan.

"Haah, adik Ayra yang kembar dua orang tu main basketball harini. Abang?" Mereka mula berjalan beriringan masuk ke perkarangan sekolah.

"Err, abang...a..abang pun ada adik sekolah ni juga. Adik sedara, mak ayah dia outstation. Abang sajalah datang nak bagi semangat sikit" Sengihan tersumbing dibibir.

"Bagus diorang ada pakcik macam abang. Kesian diorang, ayah sendiri tak dapat datang" suara Ayra mengendur.

Ayah...

Idris terdiam. Dia mengeluh perlahan.

Farhan yang berada diseberang jalan mengetal rahangnya kuat. Sakit hatinya melihat gelak tawa mereka. Nafas ditarik dalam dalam. Muka dimaniskan semanis-manisnya.

•••

"Hey!"

Farhan menyapa pasangan kembar itu. Mereka yang sibuk memeriksa bola bola keranjang berpaling kearah empunya suara.

Senyuman mereka melebar.

"Abang! Ingat tak datang. Baru nak show off bakal abang ipar handsome" bola oren itu dibaling tepat ke dada Farhan. Farhan lebih pantas menangkap.

"Amboi, suruh abang datang nak show off abang je ke? Tak pe lah, abang balik jelah"

"Eh...tak tak. Gurau je. Jom, duduk kat tepi dulu. Nanti diorang nak buat line kat court ni"

"Jom" bahu dua beradik itu dipeluk. Dah macam peluk member, sama tinggi dan sama kacak! Aww!

"Akak!" Aniq menjerit apabila terlihatkan kakaknya yang kelihatan terpinga pinga di tepi padang.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now