01

3.5K 345 204
                                    

01 : His Ignorant

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

01 : His Ignorant

"Junkyu, Doyoung. Balik terus rumah nanti, jangan nak pergi tempat lain. Faham tak?" Pesanan dari Tuan Kim langsung tak dihiraukan oleh anak-anak lelakinya.

Kim Junkyu, anak pertama dalam keluarga Kim ini yang berumur sembilan belas tahun. Tahun ini merupakan tahun terakhirnya sebagai pelajar sekolah. Kim Doyoung, anak kedua dan anak bongsu keluarga Kim yang berumur tujuh belas tahun.

"Dengar tak appa cakap apa?"

Junkyu menggulingkan bola matanya. Penat betul dia pagi-pagi dah kena bebel. Usai memakai kasut, mereka berdua pun bangun dan menuju ke kereta mereka yang dibawa oleh pemandu peribadi mereka untuk ke sekolah.

"Kami pergi dulu." Ujar Doyoung.

Junkyu dan Doyoung duduk di tempat duduk belakang, seperti biasa.

"Tuan muda, ada yang tak kena ke hari ni?" Tanya pemandu peribadinya yang diberi gelaran sebagai Lee Ahjussi.

"Tak ada apa." Laju Junkyu menjawab.

Doyoung melepaskan keluhan kecil. Apa yang Junkyu lakukan, dia harus akur dan ikut. Alasan mereka berdua tidak melayan Tuan Kim adalah disebabkan mereka berdua pulang lewat petang kelmarin, oleh itu Tuan Kim bising. Sepatutnya mereka berdua ikut Tuan Kim menghadiri makan malam bersama salah seorang terbesar di Korea Selatan namun, keduanya sengaja tidak pergi.

Beberapa minit perjalanan menuju ke sekolah mereka, akhirnya mereka tiba. Setelah memberi ucapan terima kasih kepada Lee Ahjussi, mereka berdua segera turun. Sewaktu mereka berdua berjalan melepasi pagar sekolah, mereka berdua didatangi oleh sekumpulan pelajar lelaki yang sebaya dengan mereka.

"Junkyu, kenapa tak angkat call aku semalam?" Tanya lelaki yang agak pendek itu tapi tidak terlalu pendek cuma lebih pendek dari Doyoung dan Junkyu.

"Ah... Hyunsuk. Kau tahu kan apa yang terjadi kalau aku ingar arahan appa aku?"

Mereka kecuali Doyoung menganggukkan kepala. "Aku hampir lupa." Kata Hyunsuk.

"Dah. Jom kita masuk kelas. Nanti bising pulak pengawas kat sini." Ujar Yoshi.

"Ehem, aku pengawas." Kata Yedam.

"Aku pun." Diikuti dengan Asahi dan Jihoon serta Haruto.

"Apa-apa sajalah. Marilah." Yoshi merangkul leher Jihoon dan Hyunsuk lalu mereka semua masuk ke dalam kelas masing-masing.

Hyunsuk, Jihoon, Yoshi dan Junkyu sekelas iaitu kelas 7-1. Jaehyuk dan Asahi sekelas iaitu kelas 6-1. Yedam dengan Mashiho sekelas iaitu 6-2. Doyoung, Haruto, Jeongwoo dan Junghwan pun sekelas iaitu 5-2.

"Doyoung, kau macam tak happy je hari ni. Parah sangat ke appa kau marah kau?" Tanya Junghwan, dia perasan akan kelainan teman karibnya. Oleh itu dia bertanya. Tambahan lagi mereka teman semeja yang duduk sebelah-menyebelah.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Donde viven las historias. Descúbrelo ahora