09

1.6K 271 97
                                    

09 : Promises

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

09 : Promises

"Otak ah! Mana janji kau haritu?! Kau cakap nak ada masa aku susah senang kan?!" Junkyu melepaskan beberapa das tembakan pada zombie-zombie yang mendekatinya.

"I-Itu lain ceritalah! Aku tak sengaja lah tinggalkan kau tadi!" Jihoon memukul zombie-zombie itu dengan batang kayu besbol itu. Di poketnya ada pistol tapi dia tak nak guna. Nak simpan peluru. Si Junkyu ni gelabah yang nak guna. Padahal awal-awal dah pesan jangan bazirkan peluru sebab peluru tu limited. Tapi Junkyu, mana pernah nak dengar orang.

Cerita dia macam ni. Lepas situasi sedih haritu, mereka tak nak berlengah masa, jadi mereka berlatih beberapa hari dengan senjata Jaehyuk tu lalu hari ini, mereka keluar untuk pergi mencari penawar ke rumah Doyoung dan Junkyu sebab diorang cek kat baju appa Junkyu, ada satu surat mengatakan yang penawarnya ada, tapi dekat rumah Doyoung dan Junkyu. Dan kenapa ada Jihoon tapi bukan Doyoung? Semua sebab Jihoon kalah main batu, kertas, gunting. Jadi, al-kisahnya, mereka yang kalah kenalah keluar. Lepas tu, dah kenapa mereka bergaduh?

Dia macam ni tau, Jihoon dengan Junkyu memang duduk melekat bersama masa keluar rumah sampailah kat kawasan penuh zombie ni, tiba-tiba sahaja Jihoon ghaib bila ada zombie kerumun mereka. Tinggal lah Junkyu terkebil-kebil. Nasib ada Hyunsuk yang tolong. Sebab tu lah Junkyu nak marah sangat.

"Sahabat konon!" Junkyu menggulingkan bola matanya.

Jihoon, Junkyu, Hyunsuk, Yedam dan Asahi berlari menuju ke sebuah kereta. Mereka menyorok di belakang kereta. Lagi lapan orang kat mana? Diorang kat rumah. Apa yang empat orang ni buat? Macam aku kata, diorang nak cari penawar. Tapi macam tak dapat je.

"Huh? Eh siot, kau pakai baju aku ke?" Tanya Junkyu.

"Alah, kawan kan." Jawab Jihoon, selamba.

"Otaklah!" Junkyu menampar bahu Jihoon dengan kasar.

"Kau? Tampar bahu aku?" Jihoon apa lagi, tak nak mengalah. Dia pergi tarik rambut Junkyu. Macam orang gila mereka bergaduh. Seorang tarik rambut, seorang lagi tarik telinga.

"Sakit, bodoh!"

"Habis, aku tak sakit?!"

"Hoi! Kita ada tengah-tengah zombie! Apa kau gila ke bergaduh masa macam ni?!" Tanya Hyunsuk, lebih kepada nak marah sebenarnya.

Maka, mereka berdua beransur pulih dari keganasan semasa. Hyunsuk menarik nafas lega setelah melihat Jihoon dan Junkyu sudah mendiamkan diri. Tiba-tiba, Yedam menepuk bahu Hyunsuk berkali-kali.

"Hyung..."

"Diam, Dam. Jangan panggil hyung lagi ni. Kita kena diam." Kata Hyunsuk.

"Hyung... Belakang hyung tu..." Kata Yedam lagi.

Hyunsuk menggulingkan bola matanya. Dia melepaskan keluhan kecil. Dia melihat Jihoon, Junkyu sedang menjauhinya serta Asahi dan Yedam di sebelahnya yang ketakutan.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now