11

1.7K 281 216
                                    

The Memories :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

The Memories :

Pada tanggal 10 Disember 2006, Korea Selatan telah dihebahkan dengan berita penemuan puak vampir di bandar Seoul. Kekecohan terjadi apabila puak vampir itu mula menyerang manusia dan cuba mengambil alih negara itu. Para pihak berkuasa telah melakukan operasi penangkapan vampir ini. Seramai dua ratus vampir telah ditangkap dan dibunuh beramai-ramai. Dipercayai bahawa dua ratus vampir itu merupakan satu per empat dari suku mereka.

"Kita kena sembunyikan Asahi." Kata Tuan Hamada.

"Kaito, bawa Asahi sembunyi. Cepat!"

Kawasan perumahan mereka dipenuhi dengan orang-orang yang cuba membunuh puak mereka. Tuan Hamada dan Puan Hamada berasa cemas lebih-lebih lagi apabila memikirkan tentang dua anak lelaki mereka ini iaitu Asahi dan Kaito. Kaito yang sudah berusia lima belas tahun itu memeluk Asahi, adiknya.

"Hyung akan lindung Asahi." Ujar Kaito.

Asahi yang ketiduran itu tidak menyedari akan keadaan cemas yang sedang mereka hadapi ini. Kaito memeluk Asahi, kemas. Dia sedaya upaya berusaha tak nak bagi Asahi terbangun dari tidurnya. Ini kali pertamanya dia menjadi takut pada manusia.

"Aku dah jumpa dia!" Seorang lelaki bersuara garau berkata.

Kaito menjadi cemas. Tangan Asahi digenggamnya. Mereka berdua sedang bersembunyi di dalam almari di dalam bilik Kaito.

"Mana kau sorok lagi anak-anak kau?!" Tempik lelaki bersuara garau itu.

Puan Hamada dan Tuan Hamada hanya mendiamkan diri. Mereka berdua berpegangan tangan. Mereka sekarang dikelilingi dengan manusia yang sedang membawa api di tangan.

"Jangan apa-apakan anak aku. Kalau kau nak bunuh aku... Kau bunuh aku. Jangan mereka dan isteri aku." Kata Tuan Hamada.

"T-Tak! Bunuh aku! Jangan suamiku!"

Lelaki dihadapan mereka itu ketawa kuat. "Wah... Mulianya cinta kau berdua. Apapun, hari ni kau mati."

Manusia-manusia menarik mereka berdua keluar dari rumah. Ada satu unggun api yang besar di luar mereka. Kelihatan juga beberapa vampir sudah dibakar disitu.

"Tunggu apa? Masuklah dalam ni."

Mereka berdua tidak bergerak. Kenapa tak guna kuasa vampir? Kerana mereka sudah membuat perjanjian yang mereka tidak akan menyakiti manusia. Bahkan dalam situasi begini sekalipun.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now