10

1.8K 334 321
                                    

10 : His Change

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10 : His Change

"K-Kau?"

Asahi menundukkan pandangannya.  Asahi duduk di atas lantai menghadap mereka. Dia duduk membelakangi tingkap yang langsir terbuka luas itu. Cahaya malam menerangi bilik itu.

"Aku dah cakap jangan masuk. Sekarang... Korang terkejut." Ujar Asahi, perlahan.

"K-Kenapa kau tak bertukar jadi zombie?" Tanya Junghwan.

Jeomgwoo menyiku perut Junghwan. "Auch!" Jeongwoo memberi pandangan tajam pada Junghwan.

Kenapa mereka terkejut sekarang? Semuanya disebabkan perubahan Asahi sekarang. Asahi yang sekarang ni bukan Asahi yang dulu.

"Jangan cakap kat aku yang kau... Sebenarnya..."

"Ya. Aku vampire." Jawab Asahi, dengan nada mendatar.

Rambut Asahi yang asalnya hitam bertukar menjadi putih, matanya kemerahan, kulitnya pucat serta kukunya menjadi panjang. Luka di tangan Asahi membaik dengan sendirinya.

"A-Aku tak sangka... Yang vampire tu wujud." Kata Junghwan dengan terketar-ketar.

"Asahi, macam mana kau boleh berubah jadi vampire ni?" Tanya Jihoon, hairan.

"Duduklah. Aku tak terliur pun nak terkam korang." Kata Asahi.

Masing-masing teragak-agak nak pergi dekat. Asahi menggulingkan bola matanya. "Korang semua darah tak sedap. Basi."

"Hoi! Kau cakap baik-baik eh, darah aku bersih dan murni." Marah Haruto.

Masing-masing tengok Haruto dengan pandangan kau-seriuslah.

"Err..."

"Boleh aku turun? Memandangkan korang dah tahu aku macam mana."

"Hah, marilah kita bincang kat bawah."

Mereka semua turun ke bawah iaitu di ruang tamu. Asahi duduk di atas kerusi manakala yang lain berdiri. Mereka dapat rasakan aura Asahi lain. Dengan gigi taringnya kelihatan. Matanya merah pekat. Kukunya yang panjang berwarna hitam tu. Tambahan lagi kulitnya yang pucat tu. Jadi selama ni mereka berkawan dengan bukan manusialah?

"Ceritalah." Kata Jeongwoo.

"Sebenarnya, eomma aku cakap yang aku tak boleh kawan dengan manusia pada awal aku datang ke Korea. Dia cakap kat aku jangan rapat sangat dengan manusia. Lepastu aku tanya dia, aku ni alien ke sebab tak boleh kawan dengan manusia? Dia cakap aku bukan alien. Tapi dia tak cakap kenapa aku tak boleh kawan dengan manusia." Ujar Asahi dengan panjang.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now