02

2.4K 314 193
                                    

02 : What Actually Happen?

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

02 : What Actually Happen?

Jihoon, Mashiho, Doyoung dan Asahi berada di dapur. Nak masak untuk kawan-kawan diorang tu. Katanya nak masak ringkas je. Nasi goreng kimchi, sebab Hyunsuk punya peti sejuk tak cukup stok bahan mentah. Sebab biasanya Hyunsuk makan kat luar ataupun pesan makanan.

"Hyung, ayam ni nak potong besar ke kecil?" Tanya Doyoung pada Mashiho. Mashiho suruh Doyoung potong ayam sementara dia buat air buat kawan-kawan dia yang lain.

"Mulut kau besar ke kecil?" Tanya Mashiho.

"Kecil?"

"Potong kecillah makna katanya."

Doyoung mengangguk faham. Dia memotong dada ayam tu kecil-kecil bersaiz dadu. Asahi di sebelah Doyoung tu sedang memotong sayur-sayuran iaitu daun bawang dan kimchi tu. Jihoon buat apa? Dia yang akan memasak semua benda tu nanti. Jadi, untuk sekarang, dia duduk diam je dulu.

"Jeongwoo! Kanan! Kanan, woi!" Jerit Jaehyuk. Matanya fokus pada skrin televisyen manakala tangannya lincah menekan alat kawalan PS5 itu.

"Hah! Jeongwoo! Kau dah kenapa bom aku, anat?!" Haruto membentak geram. Padahal, dia baru je nak masuk dalam air, nak lari dari musuh tapi Jeongwoo lempar bom kat dia.

"Mana aku tahu aku lempar bom! Ingatkan aku lempar KitKat kat kau!" Kata Jeongwoo.

Sebabkan kalah, Haruto membuat keputusan untuk berbaring di atas sofa sebelah Junkyu. Kepala dia letak atas peha Junghwan. Kaki pula dia letak atas peha Junkyu dengan selamba.

"Ruto, berapa hari kau tak basuh stoking kau?" Tanya Junkyu.

"Tak lama pun. Dua bulan?" Serentak itu Junkyu menolak kaki Haruto membuatkan Haruto juga jatuh atas lantai.

"Argh, hyung! Sakitlah!" Haruto menggosok punggungnya.

"Haruto, aku tengah berperang ni. Diam sikit." Jeongwoo berkata tanpa memandang Haruto. Ingat seram lah tu?

Manakala di dapur, mereka berempat seperti membincang masalah dunia.

"Aku tak pasti. Nak letak ke tak." Kata Mashiho.

"Aku lagi tak tahu, hyung. Patut ke aku potong je? Tapi kita tak tahu nak letak ke tak." Kata Doyoung pula.

Mashiho menggigit bibir bawahnya. Wajah dia memang seriuslah sekarang. "Kau tahu kan... Benda ni tak boleh buat main. Kau kena buat keputusan, hyung."

Jihoon selaku ketua cef runsing memikirkan masalah ini. "Kau tak rasa banyak sangat ke? Nanti muak kan. Takut tak habis je."

"Hyung, kita ada Junghwan, Haruto dan Yedam. Apa susah?"

"Betul cakap Shiho hyung, hyung."

"Tak, tapi-"

"Jihoon hyung! Kita nak letak hot dog je pun dalam nasi ni! Kenapa nak fikir panjang?" Tanya Asahi, setelah lama dia berdiam.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Kde žijí příběhy. Začni objevovat